I once was a man with dignity and grace
Now I'm slipping through the cracks of your cold embrace
So please, please
Could you find a way to let me down slowly?_
13 April 2019
Kaki kirinya laju menghentak lantai secara perlahan sambil menunggu ketibaan kawannya. Telefon pintarnya setiap 30 saat akan dibeleknya, menunggu apa-apa mesej atau notis tentang dimana adiknya sekarang.
Tangan kanannya menyikat rambutnya kebelakang. Kemudian, tangan tersebut menurun ke arah matanya pula. Ditonyoh kedua-dua matanya kasar, cuba melawan perasaan penat dan lelah yang semakin lama menyelubunginya.
Aplikasi kamera dibukanya lalu diubah kepada mod 'selfie'. Wajahnya muncul dalam skrin tersebut. Matanya merah dan sembam. Masih ada kesan air mata di wajahnya, hidungnya juga masih lagi merah. Dengusan kasar dilepaskannya lalu telefon Samsungnya dicampak atas permukaan meja. Mukanya dibenamkan kedalam kedua-dua tapak tangannya.
Dah takde masa nak touch up bagai.
Mukanya diangkat, matanya meliar sekeliling kafe tersebut, mencari kelibat Mir. Perkataan kesat dibisiknya kasar.
Mana perempuan ni...?!
Sementara dia menunggu, mindanya kembali memainkan peristiwa yang terjadi padanya 2 jam tadi. Mata mamanya memandang dia dengan perasaan terkejut, jelas yang dia tak percaya raksasa yang berdiri di depannya adalah anaknya yang dah 10 tahun hilang. Agaknya, mamanya ingat yang dia akan berubah menjadi lebih baik? Manusia yang takkan simpan dendam, baik dan sentiasa ikhlas dalam hidupnya.
Well, fucking shame on her, that kid did not exist. From the start of my life, that kind of Bil already dead since her birth.
Api amarah yang mula menyala dalam matanya perlahan-lahan terpadam. Hatinya hancur bila teringat macam mana ibu kandungnya sendiri pilih manusia yang paling hina kat muka Bumi ni dan bukannya anaknya sendiri. Darah dagingnya sendiri. Muka Jamal yang penuh kesal buat dirinya rasa jijik.
Parasit. Penipu. Sampah.
Dan muka Ben pula memenuhi ruangan kepalanya. Senyuman lembut Ben, gelak tawanya yang sentiasa penuh dengan keikhlasan dan sinar matanya yang jelas dia terima Bil seadanya. Sekali lagi, dirinya terasa jijik dan sebak. Kenapa? Kenapa dia tak perasan muka Ben dan Jamal seiras?! Setiap inci pada badannya terasa jijik, bulu romanya berdiri. Tangan kirinya mencakar-cakar lengan kanannya, kerana dia masih boleh rasa pegangan Ben pada tangannya.
Garu dan garu dan garu dan garu. Dia teruskan sehingga terkoyak kulitnya, menyebabkan darah mula mengalir. Tapi, dia tak rasa apa-apa akan tetapi perasaan jijik tu masih lagi menyelubungi dirinya.
"Jahanam. Jahanam. Jahanam!!"
"Bil!!"
Akhirnya dia tersedar daripada minda separa sedarnya. Baru dia perasan yang dia tengah berdiri kat tengah-tengah kafe ni sambil cakar kedua-dua lengannya. Darah mengalir pada tangan dan lengannya. Pelanggan-pelanggan dalam kedai kopi tu kebanyakannya tengah perhatikan dia. Didepannya, muncul figura aku yang tengah cuba kembalikan dia ke alam nyata.
"Kau apasal ni? Nak self-harm jangan kat public! Buat trauma orang lain" Soal aku dengan nada selamba tapi jauh di benak mindaku, aku cuba baca apa motif Bil buat benda macam ni kat tempat awam. Aku kenal Bil, dia ada 'self-restraint' yang kuat, heck, lebih kuat dari aku. Tapi kenapa sekarang dia nak breakdown?
Bil memandang aku lama. Matanya membuntang luas, dan tanpa menjawab soalan aku, dia mendakapku erat. Aku terkejut tapi tak menolak. Macam aku cakap, ni kali pertama Bil tunjuk kelemahannya. Akhirnya, aku melilit tubuhnya dengan kedua-dua lenganku. Aku mengusap belakangnya perlahan. Tubuhnya menggeletar, takut? Sedih? Marah? Aku tak dapat nak agak.
YOU ARE READING
LoveSick (gxg) [√]
Horror[cover drawn by me] #4th story [ Part 1 of Bloody Love series ] Pernah tak korang rasa yang diri korang ni tak normal? Ok-ok, aku bagi contoh, korang tak gelak pada benda lawak, korang tak nangis pada benda sedih. Senang citer korang blank je. No em...