To cure me of this one disease
I’ll do anything to take the pain away
Can somebody just tell me that it’s gonna be okay
The devil's got a hold on me
And every night I ask him
When he’s gonna set me free_
"Terus gi hospital"
Aku menoleh ke arah Bil sekilas kemudian membalas perintahnya dengan satu anggukan kecil. Seusai aku pasang tali pinggang, enjin kereta aku hidupkan kemudian aku memandu kereta terus ke lebuh raya. Tak payah tanya dia, aku tau Bil nak mak dia masuk hospital yang dekat dengan rumah dia.
Lepas 10 minit pemanduan, Bil keluarkan telefonnya lalu mendail satu nombor. Dia menunggu beberapa saat untuk panggilannya diangkat.
"Talian kecemasan 999, apa boleh saya bantu?"
Bil menarik nafas kecil kemudian mulutnya dibuka. Intonasi suaranya bertukar menjadi sedih dan jelas suaranya terketar-ketar. "Erm, boleh hantarkan ambulans dan bomba dekat Jalan Mawar..? A-ada kebakaran kat sini"
Kemudian, operator tersebut menanyakan beberapa soalan tentang tempat kejadian. Akhirnya, dia menamatkan panggilan telefon itu. Apa yang buat aku terkejut bila dia campak telefonnya keluar tingkap. Taknak kena jejak katanya dan telefon tu telefon lama dan takde apa-apa maklumat pasal Bil so kalau polis jumpa henfon tu pun dorang takleh buat apa-apa. Dia menyandar kat kerusinya lalu meletakkan kedua-dua kakinya atas dashboard kereta aku. Sebatang rokok dia nyalakan, sebuah senyuman yang mengerikan muncul di mukanya.
Aku abaikan tawa kecil yang terlepas dari bibirnya. Sumpah dia dah tak waras. Fokus aku kembali ke jalan di depanku.
-
13 Jun 2019
Mataku masih terbuka, merenung ke arah siling bilikku. Tubuh aku terbaring terlentang bersebelahan dengan Syaf di atas katil. Tangan kiriku aku rehatkan kat atas abdomen aku manakala tangan kananku dijadikan bantal buat kepala Syaf yang sedang nyenyak tidur.
Or so I thought.
"Mir?"
Mataku berkelip sekejap kemudian kepalaku menoleh ke arahnya. Anak mata kelabunya memandang mukaku, lama. Walaupun matanya jelas dia mengantuk tapi sinar kerisauan kelihatan dalam anak matanya. Dia pusingkan badannya jadi bahagian depan badannya menghadap ke arah aku. Tangan kanannya memegang pipiku lalu mengusap-ngusapnya perlahan.
"What are you thinking lately ni? Asyik termenung je" Soalnya sambil memandang tepat ke arah anak mataku. Setiap inci dan detail kat wajahnya, aku tatap lama. Biar aku tanam dalam benak otakku agar takkan lupa muka suci, cantik bidadari dunia aku ni. Aku alihkan rambut yang menutup wajahnya dari pandanganku, lalu aku mendekatinya kemudian mencium hidungnya sekilas dan akhirnya bibirku hinggap di bibirnya.
"Nothing important, honest. Just, how lucky I am to have you by my side, Syaf"
Senyuman malu muncul di bibirnya kemudian dia menghadiahkan satu ciuman ringan di leherku lalu mukanya dibenamkan kedalam lehernya. "Ouh, now you're being a sap. Serius ni takde apa?"
Aku tergelak kecil, "Ya, sayang" Dahinya aku kucup lembut. "I'm okay. Dah, jom tidur" Syaf menangguk sambil menahan dirinya daripada menguap. Tangan kanannya jatuh di torsoku lalu memelukku erat. Aku ketawa kecil lalu melilit tangan kiriku di pinggangnya, manakala tangan kananku masih terperangkap di bawah kepala Syaf.
"By the way, saya gi hospital petang esok. Lawat mak Bil, alang-alang teman dia buat report kat balai"
Dia mengangguk lemah lalu membisik, "Okay, take care. Goodnight, Mir. I love you"
YOU ARE READING
LoveSick (gxg) [√]
Horror[cover drawn by me] #4th story [ Part 1 of Bloody Love series ] Pernah tak korang rasa yang diri korang ni tak normal? Ok-ok, aku bagi contoh, korang tak gelak pada benda lawak, korang tak nangis pada benda sedih. Senang citer korang blank je. No em...