I thought we were friends, but now we're enemies
I thought we were friends, but now we're enemiesPull your knife out of my back, your blood runs black
I was just surprised at how you turned on me so fast
I let you in, I held you close
My blood flows like a river cause I trusted you the most
And now I know it's over (woooh ooooh)-
Dah seminggu kitorang lepak ngan budak Shieda ni. Aku tak tau apa motif Bil tapi yang pasti dia tak bagi aku serang Shieda. I mean better habiskan something tu cepat-cepat right? Tangguh-tangguh memang tak siaplah kerja tu. Tapi Bil macam biasa tersengih malas and suruh aku sabar sebab dia nak test 'experiment' baru dia.
Haih, and binatang dalam badan aku ni dah mencakar-cakar mintak dilepaskan. No, buang masa and tenaga aku kalau lepaskan dia semata nak bunuh perempuan Shieda ni. Aku mendongakkan kepalaku lalu membuang pandanganku ke langit. Keluhan ringan dilepaskan. Apapun Shieda tu kena blah dari sini, tak kisahlah mati ke lari dari sekolah ni ke, janji jangan dekat ngan Syaf aku.
"Menung apa tu?"
Aku terkejut lalu menoleh laju ke arah kiriku. Bauan lavender menyapa aku. Ahh, jantungku laju disebabkan bauan ni buatkan adrenaline dan hormon aku menjadi tak stabil. Duduknya kat sebelah aku, angel and beautiful sin aku, Syaf. Mata kelabunya yang bersinar memandang mata hitamku, rambut panjangnya pula diusap oleh angin sepoi-sepoi bahasa. Mukanya glowing disebabkan sunkissed. Kepitan yang aku terasa di dadaku menjadi hangat dan selesa, kupu-kupu bebas terbang dalam perutku. Haih, aku suka perasaan ni.
Aku menghadiahkan senyuman kecil padanya. Cermin mata bulatku dibetulkan. "Ah, takde apa. Just termenung kosong" Dia mendengung perlahan kemudian melontarkan senyuman sinis kecil. "Hmm, ingatkan termenung pasal saya"
Dup!
Apa dia ni? Sengaja nak buat aku mati sakit jantung ke cane? Aku menelan liurku dengan payah lalu cuba mengumpul kesemua tenaga dan keberanian dalam diriku kemudian sebuah kenyitan mata aku hadiahkan ke arah Syaf. Senyuman kecil berkuntum dibibirku dan tambah pula mukaku yang memerah kerana malu dengan tindakan aku tadi. Aku melanggar bahunya dengan bahuku secara lembut.
"Welp, maybe I do, maybe I don't. Take a guess"
Tadi aku cakap yang aku malu and maybe nak tanam diri aku hidup-hidup en? Welp, aku tarik balik semua tu sebab mata aku diblessingkan dengan wajah Syaf yang memerah. And to tell you the truth, Syaf jenis yang susah nak blushing. Dia melepaskan "Eh.., erm, awak.." Dan akhirnya dia menekup mukanya dan tangan kirinya menumbuk bahuku perlahan. Aku melepaskan tawa besar. Dia menjeling aku, muka masih merah.
"Apa yang dia suka sangat entah"
Aku menangkap tangan kirinya lalu jari kami intertwined dengan erat. Tangannya hangat dan selesa, aku memicit tangannya perlahan. Mukanya terkejut. Aku melemparkan senyuman senget yang rare ke arahnya. "Sukalah. Jarang nampak awak blush. And I'd say, red suits you well"
Oke, kalini aku maybe dah melebih sebab muka dia bertambah lagi tona merah. Dan sumpah, aku seakan boleh nampak steam keluar dari kepalanya akibat malu dan panas yang teramat. Dia ketawa lalu menyandarkan badannya pada tubuhku, transferkan majoriti beratnya pada badanku. Lucky for us, badan aku fit and kitorang dua stabil duduk dalam posisi camtu. Nafas hangat dia menyapa kulit pada leherku yang sejuk. Badanku menggigil. Damn, the things that she done to me.
"You sounded like Bil right now. Sure ke awak bukan adik kandung dia?"
Aku menggulingkan bebola mataku eventhough dia tak boleh nampak. "Oh, ha ha. Lawaknya. Ok, I'm gonna admit spend time dengan dia memang akan melekat behaviour gatal dia kat saya but hey, I'm not that bad kan?" Ujarku sambil merehatkan pipi aku atas kepalanya. Dia ketawa kecil. Mata hitamku tertacap pada bangunan sekolah yang berada 200 meter didepanku. Lirikan mataku jatuh pada bayang Shieda yang tengah bergurau senda dengan Bil kat dalam kelas di tingkat 2. Kilauan mataku berubah dari hangat dan approachable kepada cold and murderous. Tangannya aku picit sekilas.
YOU ARE READING
LoveSick (gxg) [√]
Terror[cover drawn by me] #4th story [ Part 1 of Bloody Love series ] Pernah tak korang rasa yang diri korang ni tak normal? Ok-ok, aku bagi contoh, korang tak gelak pada benda lawak, korang tak nangis pada benda sedih. Senang citer korang blank je. No em...