And he'll race for miles through the night
He runs because he knows he cannot hide_
23 Julai 2019
Lay rasa puas. Dia tersenyum lebar buat kali pertama dalam minggu tu. Akhirnya, dia dapat apa yang dia nak, apa yang dia dan Syaf berhak dapat. Hidup yang aman dan selamat.
No more lies, no more threats. Just her and her cousin.
Dia bercadang nak beli McDonalds ataupun KFC untuk Syaf. Dua tu memang favourite sepupunya. Lay tak bagitau Syaf pasal hukuman Mir. Dia tak sanggup dan dia pasti dia takkan dapat kawal perasaannya bila Syaf menangis sebabkan perempuan tu. Tak, air mata Syaf mahal dan jauh lebih bernilai untuk seseorang macam Mir. Raksasa tu tak layak dikesiankan. Apa yang dia dah buat, semuanya tak boleh dimaafkan.
Satu idea muncul dalam mindanya, satu senyuman sinis muncul di bibirnya. Dia tak tau bila Mir akan digantung, jadi ni mungkin kali terakhir dia akan bertemu dengan pembunuh tu. Should've grab this opportunity while it lasts.
Stereng keretanya dipusingkan lalu dia memandu keretanya menuju ke arah penjara. Aku tak sempat nak lepaskan geram, marah aku kat dia. Aku nak lepaskan beban yang ada kat bahu aku ni. Aku penat, penat ngan perasaan marah dan dendam. Aku nak tenang.
Setibanya dia kat bangunan penjara tersebut, dia bergegas keluar daripada perut keretanya. Kakinya mengorak langkah ke arah kaunter pertanyaan. "Erm, hai. Saya nak lawat Amira binti Abdullah?"
Lelaki yang bertugas di kaunter tersebut mengangkat kepalanya untuk memandang Lay. Nafas lemah dilepaskannya lalu satu gelengan kecil diberikan sebagai jawapan. "Saya minta maaf cik, tapi kami dah tak boleh benarkan sesiapa lawat cik Amira sekarang ni"
Kepala Lay diteleng sedikit, "Kenapa?"
Lelaki tu hanya menjungkit bahu. "Prosedur. Ketua saya yang tetapkan macam tu"
Lay melepaskan nafas berat, riak wajahnya jatuh merudum. "Ahh, what a pity. I mean, dia akan kena hukuman dia tak lama lagi, and I'm one of her friends, wanna say goodbye to her. Mesti dia rasa lonely dan bersalah sangat-sangat..." Anak mata hitamnya melirik ke arah lelaki tu. Muka jejaka tu masih lagi neutral.
"I just wanna say that I don't hate her and I forgive her.. Tapi tulah, she'll die with the thoughts yang saya, sepupu saya benci kat dia... Mati dalam keadaan bersalah... " Matanya tertacap pada anak mata lelaki tersebut. Wajah pegawai itu mula berubah. Lay menahan dirinya daripada tersenyum, keluhan kecil bebas dari bibirnya. "What a sad way to die.."
Akhirnya lelaki tersebut menderam. Dia bangun dari duduknya lalu anak matanya melirik ke arah jam di dinding bilik tersebut. Kemudian dia memandang Lay semula. "5 minutes... That's all you have"
Lay tersenyum kecil, "Thankyou"
Lelaki tersebut tak membalas, hanya melepas dengusan berat lalu mengorak langkah ke arah sebuah ruangan yang ada tanda 'Visitors'. Pintu bilik tersebut dibuka dan Lay nampak dua atau tiga orang banduan tengah bercakap dengan keluarga atau mungkin juga kawan-kawan mereka. Pegawai tadi menunding jari telunjuknya ke arah meja paling hujung, berdekatan dengan sebuah lagi pintu besi.
"Tunggu kat sana. Saya pergi panggil banduan tu sekejap"
Lay hanya mengangguk lalu melangkah ke arah meja yang tersedia. Kerusi besi itu dia tarik lalu punggungnya dilabuhkan atas permukaan sejuk tersebut. Tangannya diletakkan atas permukaan meja besi tersebut lalu jarinya mengetuk-ngetuk permukaan sejuk itu.
Tak lama kemudian, pintu besi yang berdekatan dengan mejanya dibuka luas. Muncul wajah aku dan pegawai tadi. Mataku membuntang seketika tatkala ternampak wajah gadis berambut hitam tersebut. Aku gigit lidahku daripada menghembuskan kata-kata makian yang berada di hujung lidah aku. Pegawai tadi menyuruh aku duduk berhadapan dengan Lay. Kedua-dua tanganku berada di belakang badanku dan digari. Pegawai tadi sempat menyatakan, "5 minit je masa korang" kemudian dia berlalu pergi. Great, 5 minutes in hell. And by hell I mean, her.
YOU ARE READING
LoveSick (gxg) [√]
Horror[cover drawn by me] #4th story [ Part 1 of Bloody Love series ] Pernah tak korang rasa yang diri korang ni tak normal? Ok-ok, aku bagi contoh, korang tak gelak pada benda lawak, korang tak nangis pada benda sedih. Senang citer korang blank je. No em...