Round and round like a horse on a carousel, we go,
Will I catch up to love? I could never tell,
I know,
Chasing after you is like a fairytale,
but I,
Feel like I'm glued on tight to this carousel-
Syaf disumpah.
Mata kelabunya tak lekang dari perkataan tersebut. Disumpah, sesape yang rapat, yang dekat ngan dia akan mati atau cedera parah. Dah tentulah, sekarang semuanya masuk akal.
Cecair hangat mengalir di pipinya, jarinya menggeletar tapi dia berjaya buang sisa air mata tersebut. Hatinya hancur dengan tuduhan tu tapi nak buat macam mana, people already pointed out the obvious. Apa dosa dia sampai kena sumpahan camni?
Lututnya dipeluk erat, air mata masih bertakung tapi tak tumpah dari kelopak matanya. Otaknya tengah memikirkan seribu satu sebab nasib dia sebegini.
Sebab dia selalu reject orang? Sebab ramai orang merana kerana dia? Sebab dia lemah dan tak boleh nak buat apa-apa pun tanpa bantuan orang lain?
"Agh! Aku benci diri aku!!"
Jeritnya lalu mengusap rambut panjangnya kebelakang. Berapa hari dah dia duk terperap dalam bilik Lay? Rasa macam dah seminggu. Roommates Lay pun dah blah sebab ada dia, takut-takut jadi mangsa sumpahan pula. Dia runsing, tak tau nak buat apa. Semua orang jarakkan diri daripadanya. Kecuali Lay, Bil dan Mir.
Mir.., dia rindu budak tu. Suara dia, cara Mir tengok dia, rasa macam dihargai dan disayangi. Jarang orang pandang dia dengan penuh admiration, selalunya hasad dengki yang banyak. Tapi Mir, selalu senyum bila dengan dia. Ya, Syaf perasan yang Mir ni memang susah nak open-up, ramai yang ngadu, ngumpat pasal Mir tentang ni. Tapi, ngan Syaf dia tak macam tu. Selalu senyum, gelak, sakat dan malu-malu. For the first time, dia rasa macam ni. Perutnya rasa sesuatu yang aneh, jantungnya berdegup kencang dan dia selalu rasa nervous bila dekat-dekat dengan Mir.
Senyuman lembutnya lesap dari wajah putihnya bila sedar nasib Mir bila dekat dengan dia. Jantungnya bagaikan ditarik kasar, rangka rusuknya memeluk organnya kuat. Sesak, sakit dia takut. Takut orang-orang yang dia sayang akan jadi mangsa balanya pula.
Anak mata kelabunya melirik sekeliling bilik dormnya. Terdesak untuk mencari jalan keluar daripada seksaan dunia ni. Akhirnya pandangannya jatuh pada satu objek berwarna silver di sebelah cerek elektrik di atas lantai biliknya. Sebilah pisau. Otaknya tak mampu berfikiran rasional lagi, akhirnya kaki Syaf mengorak langkah ke arah objek tersebut.
Dia mencangkung lalu mengambil objek tersebut. Berat objek tu dia timbang dengan sebelah tangannya. Ketajaman objek tersebut dapat dilihat dari jarak jauh. Jari telunjuk kirinya bermain-main dengan mata pisau tersebut, test sama ada tajam atau tumpul.
Kakinya pula bergerak ke cermin biliknya. Matanya penuh dengan sinar keazaman dan warna kelabu anak matanya seakan-akan bertukar hitam. Dia dah tak rasa dirinya sebagai manusia lagi. Tangan kirinya meraba-raba lehernya sambil matanya melilau wajahnya lalu ke badannya. Riak mukanya bertukar menjadi jijik. Dia benci manusia yang berada di depannya.
Nafas panjang ditariknya, kedua-dua tangannya menggenggam pemegang pisau tersebut lalu hujung mata pisau itu dihalakan di depan lehernya. Giginya diketap kuat lalu matanya dipejam rapat. Wajah Mir muncul dalam kepalanya serta merta.
"I'm sorry"
Pak!!
Lehernya tak rasa apa-apa sakit tapi pipi kanannya terasa kebas. Matanya buntang lalu menoleh ke kananya. Lay berdiri di sebelahnya dengan tangannya menggenggam tangan Syaf yang ada pisau. Daripada terkejut wajahnya bertukar menjadi marah. Syaf cuba merentap tangannya tapi genggaman sepupunya jauh lebih kuat.
YOU ARE READING
LoveSick (gxg) [√]
Horror[cover drawn by me] #4th story [ Part 1 of Bloody Love series ] Pernah tak korang rasa yang diri korang ni tak normal? Ok-ok, aku bagi contoh, korang tak gelak pada benda lawak, korang tak nangis pada benda sedih. Senang citer korang blank je. No em...