Oh slowly fading from the misery
I've accepted who I'm supposed to be
I've accepted who I'm supposed to see
Lady in the mirror
Oh everyday I'm getting a bit older
And every time I break I get stronger
Everyday it's getting a bit colder
When I grow closer
To the devil on my shoulder
To the devil on my shoulder-
Tiga bulan berlalu lepas Syaf bagitau berita "gembira" tu pada aku. Dan, dalam masa sebulan tu aku jadi bukan diri aku. Aku jadi diam, tak beri apa-apa respon pada sesiapa termasuklah Bil dan Syaf. 'Dia' dalam badan aku pun terdiam, dia terkilan dengan berita tu. Aku rasa kosong. Emptier than before.
Aku skip kelas, lepak kat mana-mana kawasan terpencil sensorang. Badan aku makin keding, otak aku celaru, perasaan aku berbolak-balik tapi last-last, aku tetap tak rasa apa-apa.
Aku dah buat surat minta cuti panjang, aku nak balik. Aku sakit duduk kat sini, tengok Syaf bahagia ngan orang lain yang bukannya diri aku. Aku nak balik, sementara setan dalam badan aku ni still boleh dikawal. Tapi malangnya, students still takleh keluar outing atau balik ke rumah sebab kes Alan tu tak settle lagi. Kalau ikutkan hati aku, aku nak ngaku je pasal kes tu tapi aku taknak balik ke sarang neraka tu. Seksa kat sana tu bukan main-main.
Hari ni aku skip kelas lagi. Aku dah tak kisah dah, lagipun Bil tolong aku sikit dengan tipu kat cikgu yang aku ada penyakit yang bahaya. So, memang ambil masa yang lama nak sembuh. Of course, cikgu-cikgu percayakan dia. Rasa macam semua manusia kat sini percayakan perempuan tu. Aku melepaskan keluhan berat.
Ktak!
Pintu bilikku dibuka perlahan selepas tombol dipusingkan. Figura Bil muncul dalam pandanganku. Dahinya berkerut dan matanya memerhatikan aku atas bawah. Dalam tangan kanannya ada sebungkus plastik putih. Bibirnya melepaskan keluhan besar lalu langkahnya dikorak besar ke arah aku yang tengah duduk di tepi katilku. Pahaku ditampar perlahan sebagai tanda sapaan. Plastik tadi diletakkan atas meja belajarku. Mukanya menoleh ke arahku. "Dah nak masuk tengah tahun dah ni. Kau pasti kau taknak keluar dari bilik ni? Dah tak terurus dah kau ni"
Aku hanya menggeleng lemah kemudian mengheret badanku ke atas permukaan tilamku. Badanku direbahkan lalu aku menyelubungi tubuhku dengan selimut sehingga ke kepala. Sekali lagi, aku dengar dia lepaskan keluhan lemah. "At least makan ah weh. Kau kena makan kang kau takde energy. Hell, entah-entah kau boleh mati dalam dua tiga hari lagi kalau kau tak makan!"
Kakiku menendang pahanya perlahan. "So what? Lebih rela mati dari tengok dia bahagia ngan orang lain" Kali ni Bil menampar pahaku dengan kasar. Aku terkejut tapi tak memberi respon ataupun makian. Air mukanya jatuh merudum. Despair, anguish, dissapointment, and helpless. Semua tu terpancar kat wajahnya. Tangannya mencapai hujung selimut aku lalu ditariknya perlahan, selimut tu tak bergerak.
Dia beralih untuk duduk atas lantai semata nak pandang muka aku, tapi aku beralih dan biarkan belakang badanku menjadi tatapannya. Keluhan lemah dia lepaskan seraya merehatkan kepalanya pada belakangku. Tangannya masih menggenggam selimutku.
"Tapi.. Kau sendiri cakap kau akan buat apa je untuk pastikan Syaf milik kau..."
"Then kau nak suruh aku bunuh Zali pulak?"
Bil terdiam seketika. "Well, it's one way to-"
Aku bangun dari baringku lalu memusingkan badanku untuk mencapai kolar bajunya. Badannya aku tarik kasar sehingga upper bodynya ternaik atas permukaan katil. Mukanya jelas terkejut. Aku ternampak ada sinar ketakutan yang bersinar dalam bebola matanya seketika tadi.
"Stop it. I don't want to commit that sin anymore! Kau tak tau betapa sakitnya aku nanti bila tengok Syaf menangis sebab Zali mati!! Bertambah remuk hati aku bila sedar yang dia menitiskan air mata semata manusia lain selain aku!! Kau tak paham!! Sebab kau takde hati!! Sebab kau raksasa!"
YOU ARE READING
LoveSick (gxg) [√]
Horror[cover drawn by me] #4th story [ Part 1 of Bloody Love series ] Pernah tak korang rasa yang diri korang ni tak normal? Ok-ok, aku bagi contoh, korang tak gelak pada benda lawak, korang tak nangis pada benda sedih. Senang citer korang blank je. No em...