LS 16 : Killer in The Mirror

855 72 19
                                    

Now I know there's no one I can trust
I used to think there was
Tell me that I'm cutthroat
I think you got your eyes closed
Feel the fear and swallow back the tears
Let weakness disappear
There's nobody but me here
The killer in the mirror

-

"M-Mir..."

Suara Bil tersekat di tekaknya, hanya keluar bisikan lemah memanggil raksasa didepannya. Muka takut, resah milikku yang diwarnai oleh darah Zali ditatap Bil lama. Otaknya tengah giat fikir sama ada orang di depannya ni sememangnya diri aku atau tidak.

Mulutku dibuka perlahan, suaraku terketar-ketar dilontarkan kepada Bil. "Bil... Tolong aku... Aku taknak buat ni... Tapi-tapi!!" Bil terus melangkah laju ke sebelah tubuhku, hati-hati supaya kakinya tak pijak lopak cecair merah yang berada di lantai bilik aku dan Syaf. Tubuh kecilku dia rangkul perlahan-lahan kemudian menggosok-gosok bahu kiri milik aku.

"Shh... Relax. Citer kat aku apa jadi sebenarnya" Pujuk Bil sambil menggosok-gosok bahuku. Tubuh kecilku masih menggigil ketakutan dan disebabkan terkejut. Dalam mindaku masih terbayang jeritan Zali, bagaimana badanku menggigil disebabkan adrenaline bila mataku memandang lopak-lopak cecair merah yang semakin lama semakin banyak atas lantai bilikku. Tiada langsung perasaan kesal terintas dalam kepala aku. 'Dia' dalam mindaku tersengih bangga dan kerap ulang,

"Stop worrying. Kau akan dapat apa kau nak tak lama lagi.."

And aku tau kemungkinan besar binatang tu menipu lebih dari 90%, tapi apakan daya, nasi dah jadi bubur. Zali dah mati. Aku sendiri kalah dengan ajakan raksasa ni. Kepalaku semakin berat dan berpusing sebab terlampau berfikir dan perasaan cemas ni menjadikan aku lemas. Akhirnya, aku memandang Bil semula. Dalam perspektif aku, setiap benda sekeliling aku warna merah gelap. Darah. Termasuklah Bil. Akhirnya aku lepaskan nafas lemah lalu membuka mulutku sebelum kegelapan menyelubungi diriku.

"...aku... Aku lepaskan 'dia'..."

-

Bil mencangkung lalu menarik keluar tubuh aku dari tab mandi kemudian mendukungku ke arah katilku. Tubuhku dia lap dengan tuala sampai kering then dia keluarkan sepasang seluar trek dan tshirt hitam lengan panjang kemudian pakaikan tubuhku dengan pakaian tersebut. Selimut tebal milikku dia tarik sampai menutup keseluruhan badanku kecuali kepalaku. Atas dahiku dia letakkan tuala basah kerana nak elakkan aku dari demam.

Mata hazelnya memandang, meniliti wajahku ketika aku tak sedarkan diri. Dalam otaknya ligat memproses jawapanku tadi. 'Dia' terlepas dan ni yang berlaku. Tawa kecil terlepas dari bibir Bil. Matanya bersinar dengan ketidaksangkaan. Akhirnya, uji kaji dia menjadi. Anak matanya melirik ke arah mayat Zali. Raksasa dalam tubuh aku yang buat semua ni.

"Oke, analisis kemudian. Sekarang ni kita kemas"

Bil bangun dari duduknya di atas katil kemudian berjalan ke arah mayat lelaki tersebut. Bau hanyir dan warna merah pekat darah tu membuatkan dia sedikit mual tapi dia menahan dirinya daripada termuntah. Sarung tangan plastik Bil sarung kemudian dia mengangkat kepala Zali. Muka lelaki tersebut pucat, seakan-akan warna biru. Mulut mayat lelaki tersebut ternganga dan matanya terbuntang. Terdetik perasaan simpati dalam hati Bil tapi dia abaikan. Plastik sampah hitam dia capai kemudian dia mula membersihkan bilik tersebut.

-

Badanku terasa bahang dan panas. Tak selesa. Seakan-akan ada banyak jarum mencucuk-cucuk kulitku. Akhirnya, aku melepaskan dengusan berat lalu membuka kelopak mataku. Ahh, padanla panas. Langsir bilik aku diikat. Aku buka mulutku untuk memanggil Syaf tapi suaraku tersangkut di tekak dan membuatkan aku tersedak.

Serta merta, Bil muncul dalam pandangan. Di dalam kedua-dua tangannya ada dua biji mug. Dia melangkah laju ke arahku lalu meletakkan kedua-dua mug tadi di atas meja belajar aku. Kemudian, membantu aku untuk duduk, then tangannya mengusap belakangku cuba nak tenangkan aku.

LoveSick (gxg) [√]Where stories live. Discover now