LS 12 : Oh Raven

1.1K 72 17
                                    

And here you are again
Bad news from a bad friend
They call you an omen
Only here to torment
Wicked and hellbent
A damned soul pretending
But I don't believe them
Oh, oh, oh, oh

-

Gigiku diketap kuat, tanganku digenggam rapat. Aku menahan diri aku daripada menumbuk dinding hallway sekolah ni. Bil berjalan di sebelah aku, iring aku balik ke kelas. Lepas apa yang dia cakap tadi, budak nama Shieda tu minat kat Syaf aku? Oh, hell no. Memang aku takkan biarkan. Tadi sepanjang rehat, lepas Bil bagitau aku pasal ni, aku terus hilang kawalan. Adrenaline mengalir dalam salur darah aku terus ke kaki dan otakku dah arahkan aku untuk pecut ke kelas perempuan tu, bunuh dia kat situ juga.

Tapi Bil halang aku. Kali ni dia kata aku takleh nak sesuka hati aku bunuh orang. Aku kena buat something yang nampakkan Syaf tu memang badluck. And akhirnya disinilah aku, berjalan ke kelas dengan api amarah yang memenuhi perut kosong aku. Tangan kananku mengusap rambut purpleku kebelakang.

Kenapa aku freaked out sangat? Sebabnya kali ni pesaing aku perempuan. Aku tak tau macam mana nak kaitkan kematian perempuan tu (welp, soon to be kematian) dengan si Syaf. Orang dah takkan anggap yang Syaf bawak malang lagi tambahan pula, dorang tentu akan syak ada pembunuh bersiri kat sekolah ni. That's not the worst part yet. Kalau sekolah ni buat siasatan lebih dalam, check profile sorang-sorang pelajar, pekerja, guru kat sini, tak mati ke aku? I mean, kalau dorang tau aku dari mana, konfem aku jadi orang pertama dalam suspect list dorang.  Haih, apa aku nak buat ni--

"Ha! Meh sini jap!!"

Angan-angan aku terganggu bila lengan bajuku ditarik kasar oleh Bil. Eh, perempuan ni. Apa masalah? Boleh je tepuk bahu aku, bagi warning dulu. Ni tak, terus main tarik tangan aku and heret je. Pikir aku ni patung?

"Kau ni asal?"

Marahku lalu merentap tanganku jauh dari pegangannya. Bil menoleh ke arah aku sambil menjeling kemudian berjalan dua tiga tapak ke depan. Aku membontoti Bil, selepas beberapa langkah kami korak, akhirnya dia berhenti. Aku turut sama berhenti lalu menoleh ke arahnya kemudian memandang ke depanku. Kelas 5 Beta. Huh...

"Apa kita buat kat sini?", bisikku kasar sambil menjelingnya.

Dia hanya mengangkat bahu lalu menolak tingkap kelas tu terbuka. Tingkap kelas-kelas kat sekolah ni semuanya sliding and tinted tapi tak gelap sangat. Senyuman mesra plus palsu dilakarnya lalu dia menyandarkan badannya ke depan. Matanya melilau mencari sesuatu. Or rather, dia mencari seseorang.

"Ah! Shieda!"

Mataku membuntang. Kepalaku dinaikkan pantas dan muka gadis berambut pendek paras bahu muncul dalam pandanganku. Kulitnya putih kemerahan dan ada freckles di pipinya. Cermin matanya menyerlahkan lagi identitinya sebagai seorang nerd. Aku terpaksa ngaku, dia comel. Tapi, still tak sesuai untuk Syaf. Yang sesuai untuk Syaf hanya aku sorang. Rail tingkap kelas tu aku genggam kuat bila perempuan tu mendekati aku dan Bil. Senyuman kecil plus malu terukir di bibirnya.

"Hai Bil. Nape datang sini?"

Even suara dia kecil dan lembut, aku hampir tak dapat tangkap apa yang dia cakap tadi. Perempuan sebelah aku ketawa kecil lalu menggaru-garu pipinya. "Er, well, saya datang sini sebab nak tegur awak. Lepas semalam, saya rasa nak kenal awak lebih lagi. Err, boleh kan?"

Dahiku dikerutkan, riak wajah jijik hampir aku buat tapi terbatal sebab perempuan ni pergi tendang kaki aku. Ah, shit betul ah dia ni. Muka gadis di depan kitorang bertukar merah lalu dia menundukkan wajahnya. Jarinya mencapai rambutnya untuk memintal-mintal hujung rambutnya. Eh eh, perempuan ni. Aku tak tau ah tu tindakan refleks sebab dia malu or dia saja nak menggedik. Tak kisahlah mana-mana pun, aku meluat ngan perempuan ni. Shieda mengangkat wajahnya untuk memandang kami berdua. Senyuman kecil bermain di bibirnya.

LoveSick (gxg) [√]Where stories live. Discover now