LS 20 - Paralyzed

1K 70 48
                                    

When did I become so cold?
When did I become ashamed? (oh)
Where's the person that I know?
They must have left
They must have left
With all my faith

-

[a/n: Listen to this while read this chappy :)]

18 Julai 2019

Cerek elektriknya dia letak semula atas kaunter dapur rumahnya. Mug-nya berasap akibat air panas yang dituangnya tadi. Matanya digosok perlahan, anak mata kelabunya jelas pudar dek kerana penat. Umurnya baru 20 tahun tapi lelah yang dia rasa seolah-olah dia dah 40 tahun.

Tangannya mencapai balang serbuk kopi yang berada di rak sebelahnya. Matanya termenung ke arah balang itu tapi mindanya jauh melalut ke arah lain. Akibatnya, tangannya terlanggar balang tersebut dan menyebabkan ianya jatuh menghempap lantai.

Mata kelabunya membuntang, lantas tangannya ditarik semula. Malangnya, belakang tangannya terlanggar mug airnya dan membuatkan air tersebut tumpah atas tangannya.

Jeritan kecil dilepaskan dari bibirnya. Mug tadi terjatuh dan menghempas lantai. Bunyi hempasan mug itu bergema dalam ruangan dapur yang hening tersebut. Serpihan-serpihan kaca mug itu bersepah atas permukaan lantai. Perkataan kesat dilepaskannya lalu dia mencangkung untuk mengutip cebisan kaca itu. Pada masa yang sama, sisi tajam cebisan mug itu terhiris hujung jarinya.

"Agh!"

Dia menarik tangan kanannya yang digenggam oleh tangan kirinya. Darah mengalir keluar daripada luka tersebut. Desisan yang dikeluarkan daripada bibirnya perlahan-lahan bertukar menjadi jeritan kuat. Kedua-dua tangannya digenggam rapat dan badannya jatuh terduduk atas lantai.

Semua yang dilakukannya tak pernah betul selepas malam itu. Malam dimana Mir betul-betul melampaui batas, malam dimana luka di hatinya bertambah parah. Perasaan keseorangan yang dia rasakan semakin membuak pada malam itu. Malam dimana Mir diheret masuk ke lokap.

Kelopak matanya kering. Dia sakit, sedih, kecewa... Keseorangan. Setiap orang yang dia sayang akan berlalu pergi. Dia tahu dan sedar tentang hal ni tapi apakan daya, dia dulu termakan ayat-ayat manis Mir, janji mereka untuk kekal sehingga akhir hayat terhapus macam tu saja selepas Mir melanggar pantang larang.

Takdir memang nak aku sengsara, detik hatinya. Dia stress dengan semua kehilangan ni. Mindanya terlintas untuk menelefon sepupunya, tapi dia cepat-cepat menggeleng. Tak, Lay sendiri tengah depressed. Takkan Syaf nak bebankan dia lagi dengan hal peribadinya? Lagipun, hampir seminggu Lay kurung dirinya dalam rumah.

Syaf menutup matanya, badannya terketar menahan emosi. Segala imbasan peristiwa pada malam itu terbayang dalam kepalanya. Luka dan parut dalam hatinya membesar dua kali ganda pada malam tu. Segala rahsia semua terungkai pada malam tu juga. Pada malam Jumaat, 13 Jun 2019.

Didepannya, seolah-olah dia boleh nampak figura dan wajah Mir tengah cangkung di depannya sambil cuba rawat luka di jarinya. Mulut gadis kecil tu mesti sibuk membebel tentang betapa cuainya Syaf. Dia boleh rasa pegangan gadis itu pada tangannya. Kepalanya digeleng lemah. Tolonglah berhenti.

Matanya dipejam rapat. Dia biarkan badannya tersandar pada pintu almari dapur rumahnya buat seketika. Badannya penat, letih dengan segala emosi yang menimpanya bagaikan tsunami.

Satu-satunya permintaan yang dia kerap minta;

Ya Allah, bagilah aku rehat.

-

"Hmm, berat awak makin jatuh. 2 kg pula tu. Tak jaga makan ke?"

"Apa kena mengena berat saya dengan treatment ni?"

LoveSick (gxg) [√]Where stories live. Discover now