LS 15 : Blood // Water

962 81 29
                                    

Now I am the violence
I am the sickness
Won't accept your silence
Beg me for forgiveness

-

Ktang!

Tin pepsinya dicampak jauh pada jalan raya. Bil mendengus kasar lalu mengusap mukanya yang dibanjiri peluh dingin. Rancangannya tak menjadi, untuk mencipta raksasa yang diingini. Sekarang ni Mir hanyalah budak yang takde apa-apa kegunaan. Sekadar beban semata. Langkah Bil dikoraknya perlahan, anak matanya melirik pada hujung kasutnya, mindanya pula tengah kuat memikirkan 1001 plan untuk mencapai objektifnya. Tapi, hampa. Semuanya menuju ke jalan mati.

Kalau benda ni berterusan, Bil akan kembali menjadi hamba. Ikut je perintah orang lain, hidupnya seakan-akan boneka. At least, dia dah terlepas dari lubuk dosa tu. Dah terlepas dari terus menjadi hamba seksual kaum Adam.

"Do what I told you to do then you'll be okay. I'll feed you, dress you up, buy you lot of nice things. Tu yang perempuan nak kan?"

"Argh!!"

Jeritan amarah dilepaskan Bil. Kedua-dua tangannya menggenggam rambutnya kasar. Dengusan demi dengusan dihembuskan dari mulutnya, kakinya menyepak segala benda yang ada atas jalan tar itu. Tin, plastik, batu, semuanya. Akhirnya, adrenaline yang mengalir dalam darahnya semakin berkurang mengakibatkan Bil untuk terduduk di penghadang jalan. Peluh semakin membasahi muka dan tubuhnya.

"Asal kau jadi macam ni Mir? Bukan kau kuat ke? Bukan ke kau lain dari yang lain? Fuck..."

Mukanya diusap lemah. Matanya mula berkaca, for the first time, Bil merasakan dirinya lemah. And the worst thing is, dia lemah sebabkan orang lain. Bukan dirinya.

"Bukan kau tak normal ke..."

Keluhan lemah dilepaskan, dia betulkan kedudukan topinya untuk menghalang cahaya matahari yang menyilaukan pandangannya. Dalam kepalanya, dia fikir pelbagai back-up plan kalau si Mir betul-betul dah giveup. Apa nak buat kalau si Mir balik ke hospital gila? Kalau Mir dah moveon dari Syaf, apa yang patut dia gunakan nak psycho si Mir? Atau paling teruk, kalau si Mir serah diri kat polis atas segala accident yang dah berlaku kat sekolah tu. Lagi-lagi pasal pembunuhan Alan.

Mana dia nak lari?

"Bil?"

Badannya terlompat sedikit apabila ada suara menegurnya dari belakang. Dia berpusing dan wajah kedua-dua manusia yang menjahanamkan plannya muncul dalam pandangan. Syaf dan Zali. Giginya diketap rapat , dia nak sangat bangun dan tumbuk muka mamat ni. Semua ni jadi sebabkan dia. 'Ya, memang silap aku pergi buat surat untuk Syaf, cakap yang si Zali nak confess perasaan dia. Tapi, ugh... This asshat pushed my curiousity and forced me to do so'; bentak hati Bil.

Bil mengangkat mukanya untuk memandang mereka, senyuman plastik menghiasi wajahnya. "Ehhh, lovebirds. Korang buat apa kat taman ni? Dating ehhh?" Soalnya dengan nada mengusik tapi dalam hati Bil ni dah bermacam bahasa dia maki dua manusia bebal ni. Muka Zali dan Syaf memerah kerana malu, bertambah lagi perasaan meluat dalam diri Bil. 'Kau fikir sweet ke sial? Aku yang merana sebabkan korang'.

Lepas beberapa saat, Zali berdehem kemudian menghulurkan tangan kirinya kepada Bil (tangan kanannya sibuk pegang tangan Syaf). "Ahh, yea bolehlah dikatakan dating. Kau asal duk kat tengah-tengah jalan ni?" Bil mencapai tangan lelaki tersebut lalu Zali menariknya untuk berdiri. "Hahahaha, aku tengah cari something. Ada orang buang barang aku"

Zali mengangkat keningnya sebelah. "Barang? Barang apa?"

Senyuman Bil melebar dan menipis. Matanya sejuk dan gelap. Tangan Zali digenggamnya kuat. "Ouh, barang yang menentukan hidup mati aku tapi ada dua manusia ni sesuka hati je buang barang aku tu dari aku.."

LoveSick (gxg) [√]Where stories live. Discover now