Isn't it lovely, all alone?
Heart made of glass, my mind of stone
Tear me to pieces, skin to bone
Hello, welcome home_
1 Ogos 2019
Kelopak matanya perlahan-lahan terbuka. Sekelilingnya dia perhatikan, dia tak tau kat mana dia sekarang ni. Putih, dinding terlampau kosong, bilik ni bukan biliknya.
Dia bangun dari baringnya perlahan-lahan. Anak matanya tertacap pada kedua-dua lututnya. Tangannya meraba mukanya lalu menonyoh mata kirinya lemah. Tiba-tiba, belakang kepalanya terasa sakit, seolah-olah ditusuk oleh sesuatu yang tajam. Kelopak matanya ditutup, matanya dipejam rapat. Sakit.
Kedengaran suara seorang wanita menjerit. Tubuhnya kaku, matanya membesar sambil perlahan-lahan mindanya memproses apa yang jadi di depannya.
"Sial..."
Dia mengeluh lalu memukul bahagian sisi kepalanya untuk hilangkan memori tersebut. Dia taknak ingat lagi apa yang jadi pada hari tu. Hari dimana dia hilang segala-galanya.
Kcak!
Daun pintu biliknya terbuka perlahan-lahan. Wajah seorang gadis berambut hitam dan tinggi lampai menyapa pandangannya. Gadis ni buatkan dia teringat 'dia'. Nurse tu hanya melemparkan senyuman kecil sebagai sapaan. Mata gadis yang berada di katil tersebut melirik ke arah tag nama di dada nurse tersebut.
'Zirah'
Kepalanya berdenyut lagi. Desisan dilepaskan di bibirnya. Nama tu familiar bagi dia tapi dia tak ingat kat mana dia pernah jumpa atau dengar nama tersebut. Zirah mengorak langkah mendekatinya lalu perlahan-lahan mengambil kedua-dua tangan gadis tersebut kemudian dipicit perlahan. Senyuman kecil tadi masih lagi menghiasi wajahnya.
"Hei, morning. Jom, makan breakfast"
Lembutnya tangan dia, sama dengan suara dia. Lembut dan menenangkan. Baru dia perasan mata nurse ni warna kelabu. Entah kenapa, warna tu buatkan dia tenang. Sekali lagi, belakang kepalanya terasa bisa. Dia melepaskan jeritan kecil lalu menarik kedua-dua tangannya untuk menggenggam rambut hitamnya.
'Make it stop'
Tubuhnya ditarik lalu bahagian torsonya disapa dengan kehangatan tubuh gadis di depannya. Belakang badannya diusap-usap perlahan, cuba untuk tenangkan dia. And it worked. Nafasnya kembali menjadi normal. Bisa di kepalanya beransur hilang. Zirah menarik tubuhnya kebelakang lalu melontarkan senyuman sayu ke arahnya.
"Jom makan?"
Gadis berambut hitam tu hanya mampu mengangguk. Zirah melepaskan tangannya lalu mencapai sepasang cermin mata di meja sebelah katil tersebut kemudian dia berikan benda tersebut kepada gadis di depannya.
Tangan gadis berambut hitam tu mencapai cermin mata tersebut lalu perhatikan alat itu lama. Kemudian, pandangannya diangkat untuk memandang nurse di depannya. Zirah hanya tersenyum, jelas menunggunya untuk bangun dari katil. Jadi, dia memakai cermin mata tersebut lalu mencapai tangan Zirah.
Nurse tersebut tersenyum lebar lalu bantu dia untuk bangun. Setelah kedua-dua mereka bangun dari katil tersebut, kaki mereka mengorak langkah ke arah daun pintu bilik tersebut. Zirah menutup pintu bilik itu selepas kedua-dua mereka dah keluar dari situ.
Mereka berdua berjalan di ruang koridor tersebut sambil berpegangan tangan. Gadis berambut hitam tu hampir tersenyum, perasaan ni... Buatkan dia tenang. Setiap masa dia nampak atau berinteraksi dengan Zirah, mesti dia rasa hangat dan tenang. Dia suka perasaan ni.
"Pagi, Zirah!"
Lamunannya terganggu tatkala suara tersebut menceroboh pendengarannya. Dia mengangkat kepalanya untuk melihat seorang nurse lelaki menolak seorang pesakit wanita, yang duduk kat sebuah kerusi roda, menyapa Zirah dengan senyuman gergasi di mukanya.
YOU ARE READING
LoveSick (gxg) [√]
Terror[cover drawn by me] #4th story [ Part 1 of Bloody Love series ] Pernah tak korang rasa yang diri korang ni tak normal? Ok-ok, aku bagi contoh, korang tak gelak pada benda lawak, korang tak nangis pada benda sedih. Senang citer korang blank je. No em...