Ni Lay. Happy reading ^^
~
Follow everywhere I go
Top over the mountains or valley low
Give you everything you've been dreaming of
Just let me in, ooh
Everything you wantin' gonna be the magic story you've been told
And you'll be safe under my control
Just let me in, ooh
Just let me in, ooh~~
Beg-beg pakaian and kelengkapanku dah aku sumbat dalam bonet kereta ibu. Beg-beg Bil je tinggal. Haih, minah ni lembab gak kadang-kadang. Aku bergerak dari belakang kereta ibu ke bangku kayu yang terletak kat luar pintu bangunan ni. Punggungku labuhkan dan keluhan perlahan dilepaskan dari bibirku.
Tanganku aku buka lalu digenggam berulang kali. Kejadian kat padang besar time New Year eve haritu masih segar dalam kepala otak aku. Pesal aku buat camtu? Bodoh! Tanganku digenggam lalu diketuk lemah pada dahiku. Kemudian aku buka semula tapak tanganku sambil usap mukaku perlahan.
"Ey, budak. Kau ok tak ni?"
Mataku dibuka sebelah dan wajah Bil muncul dalam pandanganku. Dia pakai topi OBEY putih dengan kemeja putih dan tshirt hitam kat dalam. Seluar jeans hitam dan kasut airmax putih juga dikenakannya. Dia ni nak gi bandar ke nak balik dorm? Ah, lupa. Cita-cita dia nak jadi idol kpop hahahha. Adehh, Nabila-Nabila.
Aku hanya mengangguk kecil lalu berdiri. Tangan dan kakiku diregang-regangkan. Aku menahan diri daripada menguap. Jelingan tajam dihadiahkan kat Bil. "Tunggu kaulah makcik! Siput pun laju buat keje daripada kau" Omelku lalu mencapai cermin mataku. Ya, aku rabun jauh tapi power tak tinggi manapun.
"Makcik?! Weh, tak sesuaila ngan aku!"
Aku mengeluh sekali lagi. Cermin mata bulat tu aku pakai lalu aku tengok dia dengan sebelah keningku terangkat. "Then apa yang sesuai ngan kau? Pakcik? Nenek?"
Dia menggeleng laju. Agak-agak kalau laju sikit lagi tu mahu tercabut kepala dia. Ok hambar. Keningku masih terangkat, menunggu jawapan darinya. Matanya bersinar sambil bercekak pinggang. "Panggil aku oppa"
Sumpah, perut aku rasa cam dipulas, tekak aku pula rasa loya. Bangang, aku nak muntah. Aku terpaksa tekup mulutku dengan tangan semata-mata taknak termuntah kat sini. Muka dia memerah, dahinya dikerutkan. Jelas, dia bengang. Sape yang patut bengang? Aku ke dia?! Ugh.
"Jangan gelak ah! Budak-budak junior kat dorm tu semua panggil aku oppa au!"
"And kau harap aku nak panggil kau tu? Ew, mimpila dey"
Muncung bibirnya semakin panjang. Eh eh budak ni dah serupa itik dah aku tengok. Dia mencapai tanganku lalu digenggam erat. "No, kau pun kene panggil aku oppa juga"
"No"
"Yes. Kau kena. Kena. Kena. Kena." Rungutnya sambil menggoncang2kan tanganku. Haih, budak tak cukup umur ni. Apa dosa aku dapat babysitter jenis ni? "Beday kau bila?"
YOU ARE READING
LoveSick (gxg) [√]
Terror[cover drawn by me] #4th story [ Part 1 of Bloody Love series ] Pernah tak korang rasa yang diri korang ni tak normal? Ok-ok, aku bagi contoh, korang tak gelak pada benda lawak, korang tak nangis pada benda sedih. Senang citer korang blank je. No em...