LS 25 - In The End

630 62 46
                                    

I tried so hard
And got so far
But in the end
It doesn't even matter
I had to fall
To lose it all
But in the end
It doesn't even matter

_

Kelopak matanya perlahan-lahan terbuka. Matanya cuba membiasakan pemandangannya. Daripada kabur terus menjadi jelas. Dia berkelip beberapa kali, cuba nak kembali sedar kemudian dia menguap kecil. Mata hazelnya tertacap pada fabrik yang menutup badannya. Hoodie milik Mir.

'Pukul bape sekarang ni?'

Detik hatinya lalu dia mengeliat, cuba nak regangkan otot-ototnya yang tegang akibat tidur di permukaan yang keras. Lepas dia dah segar sedikit, matanya meliar mencari kelibat adik angkatnya. 'Eh? Perempuan tu pergi mana? And pesal aku pakai hoodie dia ni?'

Pelbagai persoalan yang terlintas di mindanya hilang apabila matanya jatuh pada wajah ibunya. Anak mata hazelnya menjadi lembut tatkala dia perhatikan raut wajah wanita tersebut.

Tenang. Bil tersenyum lembut sambil tangan kirinya mencapai ubun-ubun kepala ibunya. Tangannya mengusap perlahan dahi wanita tersebut.

She's here. She really is here. Getus hati Bil dengan penuh riang seakan-akan kanak-kanak di pagi raya. Tangannya jatuh lalu memegang tangan ibunya, erat. Lepas ni takde siapa boleh pisahkan aku dengan ibu lagi. We'll be by each other sides and will live happily ever after.

Matanya jatuh sayu bila teringatkan gadis berambut hitam yang pernah menjadi kesayangannya dulu. Patutnya mereka bahagia bertiga; dia, ibunya dan Lay. Tapi gadis tersebut tak kisahkan kebahagiaan dia pun. Lay sama je macam lelaki. Ikutkan nafsu semata.

Bil mengeluh lemah. Jantungnya bagaikan tersepit, sakit sangat bila teringatkan kejadian pagi tadi. Ugh, this is why love sucks. The breakups are something that I can't handle very well. Bil memicit kepalanya sambil menghembus nafas lemah.

Emosi adalah kelemahan bagi manusia. Kau tunjuk yang kau lemah walaupun sesaat, orang lain akan ambil kesempatan pada ketika itu. Disebabkan tu, Bil latih diri dia untuk ada 'poker face' dan cara memalsukan emosinya jadi orang lain takkan tau apa sebenarnya yang dia rasa atau fikir. Dan Bil terasa dia sangat bodoh sebab biarkan Lay nampak setiap emosinya. Salah dia sebab terlalu mempercayai seseorang.

Matanya kembali melirik ke arah muka ibunya. Tangan ibunya yang berada dalam genggamannya dipegangnya erat. Dia mengangkat tubuhnya lalu mendekatkan bibirnya pada dahi ibunya. Kucupan lembut dia hadiahkan pada dahi wanita tersebut.

I lost her once. Detik hatinya, genggamannya semakin erat. I won't let it happens again. She's all I have in this cruel world. Dari dulu, Bil rasa yang takdirnya bencikan dia. Kenapa? Sebab nasib baik tak pernah menyebelahinya, setiap apa yang dia lakukan takkan berhasil. Setiap usahanya hancur begitu saja. Dia rasakan dia manusia paling malang di dunia ni, seakan-akan hidup ini, dunia ini bencikan kewujudan dia.

Tapi, dia tak pernah rasakan dirinya malang atau sedih bila berada di sisi ibunya. Ibunya wanita, manusia paling sempurna di muka bumi ni. Walaupun ibunya bisu dan pekak, tapi wanita tersebut tak pernah sesekali tinggalkan sisi gadis tersebut. Ibunya sentiasa ada untuk lindung dirinya daripada kesakitan dunia. Wanita itu sanggup menjual dirinya semata nak isi perut Bil, nak tanggung belanja persekolahan gadis tomboy itu dan tak pernah sesekali wanita itu mengeluh. Setiap kali bila Bil risaukan ibunya, wanita tersebut pasti akan membalas dengan sekuntum senyuman kecil dan tawa manis yang hanya ibunya mampu buat.

Mama okey je. Jangan risau ye sayang.

Dan apa yang Bil bagi pada ibunya sebagai balasan? Takde apa-apa. Malahan menambah lagi kesedihan wanita tersebut. Dia biarkan ibunya tanggung sakit, seksa dunia ni seorang diri manakala dirinya lari cuba mencari kebahagiaan hidup. Padahal kebahagiaan hidupnya ada di depan matanya, ibunya sendiri. Dia jahil, dia tamak. Dia pentingkan dirinya sehinggakan kebahagiaannya semakin menjauh darinya. Bil hampir kehilangan satu-satunya sebab dia masih hidup di dunia ini pada tangan syaitan itu.

LoveSick (gxg) [√]Where stories live. Discover now