LS 19 : Alone

988 76 19
                                    

Wondering if it gets better
Or if he's always gonna feel empty forever
So he gets lost tryna find another way back home
As he walks the world alone

-

3 tahun kemudian

11 April 2019

Pandangannya kabur. Segalanya terasa kebas. Jari, tangan, kaki, seluruh badannya tak boleh digerakkan. Mata kelabunya mencari apa-apa yang boleh dia capai atau panggil. Akhirnya, pandangannya terjatuh pada dua figura yang berada sekurang-kurangnya 200 meter darinya.

Mulutnya dibuka untuk memanggil manusia di depannya. Tapi sebarang bunyi tak terkeluar dari bibirnya. Tekaknya terasa perit. Lidahnya terasa seperti ditonyoh dengan kertas pasir.

Hairan bercampur terdesak, dia cuba untuk berlari ke arah mereka. Tapi tak sempat langkah kedua, dia ditarik kebelakang semula. Dia terkejut dengan rentapan tersebut lalu dia memandang pada tangan dan kakinya. Matanya membulat.

Tangan dan kakinya digari dan dikunci. Dia merentap sekali lagi, namun tiada apa yang berlaku. Tangan dan kakinya tak terasa sakit jadi dia terus merentap-rentap dengan harapan dia dapat dilepaskan. Perasaan terdesak dalam dirinya semakin membuak dan akhirnya memaksa dia untuk menggunakan mulutnya pula.

Setiap kali cubaan dia untuk menjerit dan merentap tali besi tersebut, dia gagal. Keperitan yang dia rasa pada tekaknya semakin lama semakin sakit. Tangan dan kakinya dah berdarah, begitu juga mulutnya.

Dia semakin terdesak, usahanya menjadi. Suaranya berjaya keluar tapi hanya jeritan-jeritan kosong saja yang keluar. Otaknya seakan-akan tak boleh memproses atau memikirkan apa-apa ayat untuk diludahkan. Sekadar dengusan dan rengusan yang sering dibuat oleh haiwan keluar dari mulutnya.

Matanya dipejam, giginya diketap. Akhirnya dia berjaya ludahkan ayat pertamanya.

"Mama!! Papa!!"

Matanya buntang. Mulutnya melontarkan perkataan yang dah lama dia tak sebut. Kerunsingannya bertambah apabila kedua-dua figura tersebut menoleh kebelakang. Muka mereka berdua risau bercampur takut.

Sebaik saja mata mamanya jatuh pada wajah Syaf, wanita itu tersenyum lebar. Syaf menggeletar. Dia tau apa akan jadi selepas ni. Tangan papanya digoncang kuat oleh si mama. Mereka berdua nampak gembira dan lega bila ternampak Syaf.

Mamanya membuka mulut. Syaf tau apa yang akan disebut oleh mamanya. Air mata mula mengalir dipipinya. Bibirnya menggigil sambil cuba mengucapkan kalimah yang akan disebut oleh ibunya.

"Itu pun puteri mama!"

Syaf menggeleng laju. Dia taknak tengok apa yang jadi selepas ni tapi kelopak matanya bagaikan digam. Matanya terbuntang luas menanti adegan yang akan berlaku selepas ni.

Papanya memegang tangan mamanya lalu menarik wanita tersebut sambil berlari ke arahnya. Syaf kebelakang. Peristiwa ni sering berlegar-legar dalam kepalanya, dalam mimpinya. Tapi tu semua bertahun yang lepas. Kenapa? Kenapa baru sekarang dia kembali ke lubuk mimpi ngerinya?

Mereka berlari cuba mendapatkan Syaf. Dalam kepalanya dia kira sampai 8. Setiap langkah, setiap saat, setiap detik, dia dah tahu pengakhirannya.

"Berhenti!!"

Tapi mereka tak dengar larangannya. Tapak ke-9, badan mereka dihempas oleh sebuah van. Tubuh mereka berdua terbaring longlai di atas jalan. Tubuh Syaf menggeletar. Papanya memandang ke arahnya, senyuman simpulnya bertukar menjadi sinis.

LoveSick (gxg) [√]Where stories live. Discover now