His Roommate • kth
11
-----A/N: Happy birthday to our dearest Taehyung. ♥
----
Upacara angkat sumpah pelajar baru Institut Ilmu Bangtaneul berakhir dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Namun, ianya tidak bagi lelaki yang bernama Kim Taehyung itu.
Sepanjang upacara itu berlangsung, riak wajah ketat tetap terhias di wajah kacaknya. Perangai aneh Taehyung mendapat perhatian rakannya Kim Seokjin.
Seokjin tidak betah melihat perubahan pada wajah rakannya yang begitu ketara.
Kedua-dua tangannya mengipas-ngipas wajah Taehyung yang sudah berpeluh itu. Semakin galak dia menyejukkan muka putera garang itu, semakin jelas riak wajah tidak senang hati yang dipamerkan oleh Taehyung.
"Kanda sudah kenapa? Nak kata tercirit. Nampaknya bukan. Kanda ada masalah cinta ya?"duga Seokjin.
Bunyi decitan meletus keluar dari bibir Taehyung. Dia segera menepis lembut tangan Seokjin yang ralit mengipas wajahnya.
"Jangan berani kau buat andaian p-palsu, Tuan Muda Seokjin. Aku hanya perlukan ketenangan. Itu sahaja aku ingin pinta."balas Taehyung.
Seokjin pantang mengalah. Keningnya dijengketkan ke arah Min Jae Yoong yang sedang berjalan ke arah tempat duduk mereka.
Mata nakal Seokjin beralih pula kepada warna pipi Kim Taehyung yang berubah merah dalam sekelip mata.
Ah, peristiwa aneh apakah yang ditonton Kim Seokjin pada waktu itu?
"Erm. Bukan calang-calang orang Putera Kim nak terpikat ni. Tapi, aku tak rasa dia suka lelaki kan? Mungkin dia malu nak hadap Jae Yoong? Soalan KBAT ini."tutur Seokjin begitu perlahan.
Min Jae Yoong berhenti di hadapan Taehyung dan Seokjin. Kepalanya ditunduk hormat. Satu kertas berwarna perang yang digulung kemas dihulurkan di hadapan Kim Taehyung.
"Putera Kim, sukacita dimaklumkan a-aku akan menjadi rakan sekuliah kau untuk tugasan projek kita kelak. Pegawai Lee b-baru serahkan arahan ni sebentar tadi."jelas Jae Yoon satu-persatu.
Hatinya sudah diserang rasa cuak. Matanya memerhati gelagat Kim Taehyung yang makin membuatkan dia mahu angkat kaki untuk beredar dari situ.
Min Jae Yoon yakin Putera Kim pasti akan menolak arahan yang diberikan ini.
---
Aku menampar mulutku berulang kali. Dalam hati, aku tidak henti-henti menyebut perkataan 'menyesal' akibat mulut cabulku.Gara-gara aku enggan menjaga mulut laser ini, aku terperangkap di zaman Joseon.
Setakat ini aku masih boleh survive , nasibku mungkin baik. Pada masa akan datang, mungkin tidak.
Timbunan buku aku peluk dan dibawa rapat ke dada. Langkah kaki aku setia mengikuti jejak langkah Kim Taehyung yang bergerak laju ke Dewan Myeonsun.
Dewan Myeonsun , adalah dewan yang merupakan tempat para ilmuwan terutamanya pelajar baru Bangtaneul untuk menimba ilmu. Kami juga diagihkan secara berpasangan untuk melengkapkan tugasan yang akan diberikan kelak.
Memang nice. Aku dapat Kim Taehyung. Aku kasihan juga dengan dia.
Besar kemungkinan dia terseksa untuk jadi pasangan aku. Perasaan yang disangkanya keji itu membuatkan aku serba salah.
Kau masih normal Putera Kim. Tetapi, maafkan aku. Penyamaran aku tetap perlu diteruskan dan kau perlu hadap konflik perasaan ini.
Seandainya kau tahu aku perempuan, apa kau akan buat?
Marah aku? Terkam aku?
Aku menggelengkan kepala. Tanggapan seram yang muncul mengejut di fikiran membuatkan aku berasa seram.
Tuhan, aku sendiri tidak sanggup bayangkan reaksi yang diberikan oleh Taehyung jika penyamaran aku terbongkar.
---
Kim Taehyung menjeling ke arah kanan bahunya. Kelibat Min Jae Yoong mencuit hatinya untuk memandang sekejap.Jae Yoong mengambil tempat duduk di tepi Taehyung. Masing-masing sudah berada di tempat duduk bersama kertas dan berus yang tercalit dakwat berwarna hitam.
'Masalahnya, aku mana reti tulis macam diorang. Guna berus-berus bagai ni. Tapi, semua dah mula menulis. Ugh.' gumam Jae Yoon di dalam hati.
Berus sudah tercalit dakwat hitam. Namun, dia masih kaku merenung kertas berwarna putih itu.
"Hobi kau tenung kertas tu sampai tembus ke? Cepatlah tulis. Nanti kau seorang yang tiada nota yang Tuan Joon ajar."ujar Taehyung dalam nada separuh berbisik.
Aku tersenyum kekok. Aku cuba untuk menggerakkan berus tersebut. Tetapi, lain pula yang jadinya.
Kertas tersebut hanya comot dengan lukisan kreatif hasil tangan aku.
Rengusan kasar kedengaran di cuping telinga aku. Bahuku seakan disentuh oleh seseorang.
Wajah ketat Putera Kim muncul di pandangan mata.
Apa kau mahukan lagi wahai putera?
"Kau pandang kertas. Bukan muka aku. Ikut pergerakan tangan aku."
Permukaan kulit tanganku bersentuhan dengan telapak tangan Putera Kim.
Tangan kananku digenggamnya kemas. Perlahan-lahan, tanganku digerakkan untuk menulis tulisan hangul di atas kertas itu.
"Teruk juga kepala kau terhantuk. Hilang ingatan sampai menulis pun dah tak reti. Fokus, Jae Yoong. Fokus!"
Aku menelan air liur. Buang tabiat sungguh lelaki ni nak membantu aku yang berada dalam kesusahan.
"Lembutkan tangan tu sedikit. Ikut rentak tangan aku."bisik Taehyung.
Setiap kali tangannya menggerakkan tanganku untuk menulis, degupan jantungku juga tidak duduk diam.
Jantungku berdegup kencang. Bahu kami yang saling bersentuhan antara satu sama lain semakin merancakkan perasaan gelisah kepada diri aku.
Jika diteliti daripada sudut lain, ternyata Kim Taehyung sedang menggodaku dalam diam.
Mungkin ini sekadar angan-angan di dalam fikiranku.
Jangan bermimpi Min Jae Yoon.
-TBC-
A/N:
Hoho.
Camne bab ini?
🌚🍵
YOU ARE READING
[C]His Roommate | KTH
FanfictionDemi si dingin Kim Taehyung, Jae Yoon sanggup redah segala cabaran. Photo [Using For Cover]: Afi @baeknob Siri His Roommate (Preview sahaja) 1) His Roommate 1 2) His Roommate 2 3) His Roommate 3 Ranking: #3 in fanfiction (18/6/2019) #1 in fanfictio...