🚻25

5.8K 1K 237
                                    

His Roommate | kth
25

His Roommate | kth25

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Putera Tae lain macam sedikit dalam bab ni. Biasalah kalau cinta kena khianat? Rasa frust tapi sayang tu masih ada. Eh. 🌚

💞💞💞💞

Kim Taehyung merenung jasad maharaja kerajaan Bangtaneul yang sudah terbaring kaku di atas katil. Kedengaran bunyi esak tangis yang memenuhi suasana sekeliling bilik yang dihuni oleh ayahandanya.

"Ampunkan anakanda yang hina ini kerana tidak sempat menemani ayahanda sewaktu sakit."ujar Taehyung sambil kepalanya menunduk ke bawah.

Selesai dia bersarapan pagi di dewan makan Institut Bangtaneul, Taehyung dikejutkan pula dengan berita mengejut pemergian ayahandanya.

Terus Putera Kim bergegas untuk singgah di istana tanpa berfikir lama. Bahunya dipeluk oleh seseorang dari arah belakang.

Susuk tubuh Putera Jeon tersenyum lemah. Bahu Taehyung ditepuk lembut sekali lagi untuk menenangkan hati si abang yang sedang berduka lara.

"Bersabar Putera Kim. Ayahanda mesti sedih kalau lihat keadaan macam ni. Kuatkan diri ya. Aku.. akan membantu Tuanku sewaktu senang dan susah. Hidup maharaja Kim Taehyung."laung Putera Jeon.

Adiknya dan beberapa pegawai di dalam bilik itu menunduk hormat kepada Kim Taehyung. Lelaki yang bersedih itu hanya tersenyum lemah.

"Tak sangka secepat ini aku naik takhta."gumamnya dalam nada perlahan.

Air mata lelakinya tumpah lagi pada pagi itu. Sedih akibat ditipu oleh Jae Yoon masih belum beransur surut. Namun, kesedihan hatinya ditambah lagi dengan kemangkatan mengejut Maharaja Bangtaneul.

---
Sebulan Selepas Itu

Min Jae Yoon duduk di tepi katil. Matanya memandang katil milik Putera Kim yang dibiarkan kosong tidak berpenghuni sejak sekian lama.

"Bila awak nak balik, Kim Taehyung?"

Bibir Jae Yoon terlihat pucat menuturkan kata-kata tersebut. Matanya berair setiap kali dia mengenangkan wajah sedih si putera kerana penipuan yang diciptanya.

"Saya rindu awak Tuanku Kim."ujarnya tanpa berselindung lagi. Telapak tangannya yang terasa berpeluh dilap menggunakan sapu tangan.

Jae Yoon mendengar khabar tentang kedatangan maharaja baru itu ke Institut Ilmu Bangtaneul. Tipulah jika dia tidak berasa teruja. Jae Yoon sangat berharap Taehyung datang singgah ke bilik yang dikongsi mereka berdua.

[C]His Roommate | KTHWhere stories live. Discover now