🚻37

4.1K 916 215
                                    

His Roommate • kth

37

A/N:Cerita sendu ini akan berakhir pada bab yang ke-🌚

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:
Cerita sendu ini akan berakhir pada bab yang ke-🌚.

Surprise.

🏊🏊🏊🏊

Kim Taehyung jatuh melutut di atas lantai. Tangisan penuh penyesalan menghantui dirinya.

Dia lakukan semua ini bukan atas kerelaan hati. Tetapi, Taehyung didesak oleh perangai gila Jung Jae Kyung.

Lukisan yang terukir potret wajah isterinya, Min Jae Yoon menyebabkan hati si maharaja bertambah sakit.

"J-jae Yoon, maafkan beta. Beta sayangkan dinda. Demi dinda dan bayi kita, beta terpaksa buang kalian berdua. Ampunkan beta ya tuhan."rintih Kim Taehyung.

Lelaki itu menangis teresak-esak sambil memeluk potret isterinya. Segala perasaan sedih yang terpendam di hati dihamburkan sejujurnya selepas pemergian Jae Yoon dan Jungkook dari Istana Bangtaneul.

"Beta akan pastikan Jung Jae Kyung akan terima balasannya."

----

Putera Jeon meletakkan beg kain berisi pakaian di hadapan pintu rumah yang menjadi tempat tinggal barunya dengan permaisuri Min Jae Yoon.

"Jae Yoon, aku nak kau masuk dalam. Rehatlah dulu. Petang ni kita berbincang apa-apa yang patut. Kesihatan kau dan bayi dalam perut tu lebih penting, arasseo (faham)?"pesan Jungkook menggunakan nada memujuk.

Selepas selesai dia memapah tubuh lemah Jae Yoon masuk ke dalam bilik, lelaki itu duduk termenung di hadapan tingkap yang terbuka luas.

Pemandangan kampung tersebut sangat menenangkan. Kedudukan rumah mereka yang agak jauh dari orang ramai menjadikan suasana bertukar sunyi sepi.

Hanya bunyi helaan nafas kecewa yang meniti keluar dari bibir Jeon Jungkook.

"Aku tahu kau cintakan Jae Yoon. Apa motif kau buang aku dan Jae Yoon dari istana? Aku musykil terhadap kau maharaja Kim."

Jungkook mengurut permukaan dadanya yang sedikit berombak. Jika dia mengikut kata hati, sudah lama dibunuh abangnya dan Jung Jae Kyung itu.

Putera raja itu masih berfikiran waras. Sebesar mana pun dendamnya ke atas Taehyung dan Jae Kyung, dia tidak akan bertindak melampaui batas dan hukum tuhan.

---

Sebulan lebih berlalu

Kesakitan yang aku tanggung kembali memuncak. Perutku  sudah sarat membawa kandungan yang menunggu masa untuk melihat dunia luar.

"S-sakit. Taehyung, saya dah tak larat."keluhku perlahan.

Sapu tangan aku tekap di permukaan dahi dan leher. Malam sudah mencecah lewat. Aku tidak sanggup untuk mengejutkan putera Jeon dari tidurnya.

Sudah beberapa minggu lelaki itu bersengkang mata kerana dia terlalu risaukan keadaanku yang makin lemah.

"Anak eomma. Tolong yakinkan eomma untuk bertahan sedikit je lagi. Lagi 2 minggu anak comel appa dan eomma nak keluar , h-huh?"

Aku mengetap bibir yang merekah pucat. Nafasku menjadi tidak stabil. Denyutan jantungku pula semakin menggila.

Kaki aku melangkah turun dari katil kayu tersebut. Aku cuba kerah kudrat yang masih wujud dalam diri ini. Namun, kaki aku tidak mampu bertahan lama.

Sekelip mata sahaja tubuhku jatuh terlentang di atas lantai.

Suara jeritan sahabat baikku Jeon Jungkook mula singgah di pendengaranku.

---

"Jae Yoon, bangun. Jangan buat aku takut. Jae Yoon, b-bangunlah."desak Jungkook.

Jungkook berasa panik. Peluh-peluh dingin muncul di sekitar permukaan wajahnya beserta tangisan pilu.

Seorang tabib wanita bergegas masuk ke dalam bilik Jae Yoon. Jungkook berdiri di luar bilik tersebut

Lelaki itu menggenggam penumbuk kecil. Sudah puas dia memujuk abang sulungnya untuk datang ke rumah mereka.

Maharaja Kim tetap menolak setiap surat rayuan yang dikirim oleh Jeon Jungkook.

"Abang tak guna. Kau jangan biarkan dendam aku membinasa k-kau nanti."

Tabib wanita itu keluar dari bilik yang menempatkan Min Jae Yoon. Wanita separuh abad tersebut menunduk hormat kepada putera Jeon.

"P-permaisuri Kim Jae Yoon dijangka akan melahirkan anak pada malam ini juga. Tuanku mahu menemani adinda permaisuri? Keadaannya seperti sudah tidak mengizinkan. Patik bimban-"

Kata-kata tabib wanita itu dipotong oleh balasan jawapan putera Jeon.

Jungkook enggan membuang masa yang semakin suntuk. Air mata yang mengalir dibiarkan keluar dari tubir mata.

"Ya. Aku ingin menemani Permaisuri Jae Yoon. Segerakan proses kelahiran bayi permaisuri."ujar Jeon Jungkook.

Sewaktu tabib itu menyelak langsir bilik, Jungkook menangis semula. Perasaannya goyah apabila matanya disapa keadaan Min Jae Yoon yang tidak menyenangkan hati.

"Jae Yoon, b-bertahanlah. Kook ada di sini. Semuanya pasti baik-baik sahaja kan?"

-TBC-

A/N:

Adakah bab ini okay?

Selepas ini ada lagi update. Harap sudi tunggu. ♥

[C]His Roommate | KTHWhere stories live. Discover now