His Roommate • kth
Amaran:
Had umur 15 tahun ke atas.
🌸🌸🌸🌸Mulut Taehyung membebel panjang sejak dari hospital sehinggalah kereta yang dipandu Jae Yoon selamat sampai di rumah perkongsian hidup mereka berdua.
"Marilah saya papah awak. Awak tak larat lagi tu. Letak lengan di bahu saya."suara Jae Yoon menyentuh pangkal hati milik lelaki itu.
Taehyung tiada pilihan. Dia terpaksa melilitkan lengan kekarnya di bahu Jae Yoon.
"Kau , Jae Kyung terlalu gatal sampai aku yang sakit lagi ni pun kau nak heret balik rumah sekali. Huh."
Telinga Jae Yoon panas kerana dirinya dilabel dengan nama Jung Jae Kyung. Apa salah dirinya sehingga memori Taehyung menjadi sakai seperti ini?
"Abang sayang, saya Jae Yoon. JAE YOON. Isteri sah Kim Taehyung."ujar Jae Yoon. Dia turut menekan perkataan 'Jae Yoon' agar Taehyung sedar dari sindrom hilang ingatan itu.
Jae Yoon gigih memulas tombol pintu bilik. Tubuh Taehyung ditolak lembut ke katil. Lelaki itu hanya merenung tajam ke arah Jae Yoon.
Besar betul dendam dia terhadap manusia bernama Jung Jae Kyung sehingga isteri sah pun dia tak ingat.
---
"Jae Yoon fake, masuk dalam bilik air kejap. Ppaliwa (cepatlah)."laung Taehyung dari dalam bilik air.Aku malas hendak berfikir panjang. Keperluan suami perlu dipenuhi walaupun Taehyung sering menyerang aku dengan kata-kata sinis.
"Kenapa Tae? Nak saya tolong panaskan air mandian ke atau nak tolong awak shave?"
Tubuh sasa tidak berbaju itu menggetarkan imanku. Aku melarikan pandangan ke arah lain tatkala pandangan mata Taehyung difokus tepat ke bibir aku.
"Aku tak nak mandi dalam bath tub. Nak shower. Kau tolong aku. Kau rajin sangat kan?"perli Taehyung. Aku mengangguk faham.
Aku menekan butang air mandian shower itu. Mahu atau tidak, aku terpaksa memimpin tubuh tinggi lampai itu masuk ke dalam tempat mandian tersebut.
"Takkan kau nak biarkan aku mandi sekali dengan baju? Buka dan tinggalkan aku. Aku dah settle. Baru kau datang masuk."
Jari-jemari aku tangkas membuka butang baju lelaki itu. Aku sengaja mendaratkan telapak tangan di permukaan dadanya sebentar.
Hati aku terdesak inginkan jawapan. Degupan jantung Taehyung sama seperti dahulu. Tetapi, bahagian memorinya yang terjejas teruk.
"See. Jantung awak tetap berdegup kencang ..hanya untuk saya kan?"aku pancing minat Kim Taehyung untuk terus hanyut.
Aku melangkah rapat ke arah Taehyung. Air mandian itu aku pulas dari arah belakang Taehyung. Air yang mencurah keluar membuatkan tubuh kami berdua basah kuyup.
Aku rindu kau Taehyung. Aku rindu.
----
Taehyung mengeraskan tangannya daripada terus mara ke hadapan. Cincin kahwin yang tersarung di jari dikucup lembut oleh wanita itu.Halkumnya bergerak menahan debaran yang menggila di dada. Tubuhnya ditolak rapat ke dinding kaca tersebut. Gadis kecil molek itu menarik bahu Taehyung agar ketinggian mereka menjadi sama.
"Kau bukan Jae Y-yoon. Kau bukan..damn. Kau goda aku."
Bermula dengan ciuman ringkas daripada Min Jae Yoon sebagai pemula acara, Taehyung bergerak mengikut rentak seolah-olah sesi bermesra itu dia sudah lakukannya sebelum ini.
"Kau ...s-sambung lagi."
Jae Yoon tersenyum kerana dia berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh suaminya.
Hampir dia menjerit kecil ketika bibir Taehyung membalas semula dengan rentak ciuman yang kian menuntut dan agresif.
Taehyung membisikkan ayat penuh tersirat sebelum kepalanya mula menurun dari wajah Jae Yoon dan bergerak ke destinasi seterusnya.
"I need you now. Now."
Hilang ingatan? Tiada masalah untuk Jae Yoon menarik hati Kim Taehyung semula melalui cara lain.
Cara pengikat kasih semula antara mereka berdua.
Sentuhan hangat dan menggoda. Kegemaran suaminya.
-tbc-
A/N:
Ah, sudah setakat ini saya cut babak mesra ahhahahha.
Selesai update. Bab seterusnya, anak Jeon muncul kembali.
YOU ARE READING
[C]His Roommate | KTH
FanfictionDemi si dingin Kim Taehyung, Jae Yoon sanggup redah segala cabaran. Photo [Using For Cover]: Afi @baeknob Siri His Roommate (Preview sahaja) 1) His Roommate 1 2) His Roommate 2 3) His Roommate 3 Ranking: #3 in fanfiction (18/6/2019) #1 in fanfictio...