His Roommate • kth
A/N:
Ada lagi yang sudi baca karya ini? Maaf eomma lambat update :)
------Derapan tapak kakiku tidak terhenti di hadapan pintu bilik. Aku terus membiarkan tubuh badanku bergerak jauh daripada situasi menyakitkan hati itu.
Aku hampir mengeluh kecewa. Namun, cepat-cepat aku singkirkan perasaan sedih yang semakin galak menguasai diri ini.
Ada kemungkinan firasatku salah. Apa-apa persoalan yang timbul perlu diketepikan terlebih dahulu. Biar Taehyung jelaskan kekusutan yang kunjung tiba.
Antara dia dan Ryujin, aku sangat berharap tiada hubungan romantis wujud agar hubungan suami isteri kami dapat dipulihkan semula.
"Sayang, please. Dengar penjelasan aku dulu. Aku merayu kepada kau."pujuk rayu Kim Taehyung menyapa deria pendengaranku. Aku tetap kaku di hadapan tingkap.
Hembusan nafas suamiku menyebabkan aku hampir lemah. Degil dengan perasaan diri sendiri. Aku abaikan pujukan romantis lelaki itu.
Pandai-pandailah kau cari cara untuk pujuk aku. Sekali-sekala nak merajuk demi perhatian sang suami. Tak salah kan?
"Kim Jae Yoon, kau salah faham. Ryujin letakkan aku dalam situasi buruk. Aku tiada niat nak duakan kasih aku. Hanya kau.. layak untuk pegang hati aku seorang. You must know and remember this words."aku mengangguk faham tika suara garau dia melembutkan semula keegoan yang baru hendak terbina di dalam diri.
Aku memusingkan badan agar kedudukan badan aku saling berhadapan dengannya. Senyuman di bibir bertambah lebar apabila lengan Taehyung merangkul erat pinggang rampingku.
Bibirnya sudah sibuk mencuri sekelumit kasih sayang daripada bibirku. Seakan sebuah dos, bunyi gelakan tanda suka yang hadir daripadanya melagukan irama gembira di seluruh pelusuk hatiku.
Tolong.
Tolong jangan kecewakan aku sekali lagi, Kim Taehyung.
-----
[Keesokkan Hari]
Ryujin bengang tatkala pandangan indahnya diisi dengan kehadiran Jeon Jungkook.
Baru hendak hidup tenang, lelaki itu muncul semula untuk mengganggu hidupnya. Awal-awal pagi susuk tubuh lelaki itu sudah terpacak di ruang tamu rumahnya.
Ingatkan anak Kim kesayangan hati pulang ke rumah. Rupa-rupanya Jeon Jungkook. Sebaris senyuman sinis ditayangkan khas kepada lelaki itu.
Ryujin tidak betah duduk berdua-duaan bersama lelaki aneh itu. Renungan anak mata Jungkook memberi amaran kurang baik kepadanya.
Ada sesuatu yang dirancang oleh lelaki itu. Ryujin menyentuh permukaan kulit wajahnya.
Bahang panas membuatkan gadis itu menjadi gelisah. Ditambah pula, perlawanan anak mata yang sedang berlaku sengit antara kedua-dua insan berbeza personaliti ini.
"Nak apa lagi? Ryu tak jemput oppa datang rumah pun kan? Tunggu lama-lama tiada guna. Hati Ryu kebal!"protes Ryujin ketika reaksi wajah Jungkook berubah pelik.
Jungkook mendekatkan wajahnya sehingga batang hidung mereka bersentuhan rapat.
Ryujin segera melarikan fokus anak mata ke arah lain.
"Aku nak ajak kau kahwin dengan aku. Ryu, pilih aku. Taehyung hak milik orang lain. Siap ada anak dah pun. Kau pilih aku lebih baik. Tiada hati yang terluka. Camne?"
Ryujin menolak pinggan berisi sarapan pagi jatuh berderai di atas lantai. Jari telunjuknya dihalakan tepat ke arah Jungkook.
Bibir gadis remaja itu bergetar menahan tangisan yang dikhuatiri akan tumpah di pipi saat itu juga.
Jungkook tidak mampu memadam perasaan terlarangnya terhadap Kim Taehyung.
Sampai hujung nafas pun, dia mahu dapatkan cinta seorang lelaki bernama Kim.
"Well, maaflah anak Jeon. Ryu still nakkan cinta Taehyung. You can't stop me from going wild."
Jungkook menutup kelopak matanya serapat mungkin. Kesabaran diri teruji disebabkan kedegilan tahap Infiniti gadis itu.
Berdesing telinga Jungkook kerana suara manja Ryujin jelas kedengaran semula.
Ryujin duduk menyandar di hujung sofa. Jungkook memerhati gelagat gadis itu.
"Kau telefon siapa, Ryu? "
Ryujin tergelak dalam gaya mengejek. Skrin telefon pintar yang menyala ditayangkan di hadapan Jungkook tanpa segan silu.
"Telefon oppa Kim. Kena cepat rampas suami orang. Tak eloklah kalau tangguh lama lagi kan?"sahut Ryujin.
Muka bengis Jungkook dibiarkan begitu sahaja. Asalkan rancangannya membuahkan hasil kelak, Ryujin sanggup hadapi api kemarahan Jeon Jungkook.
-tbc-
YOU ARE READING
[C]His Roommate | KTH
FanfictionDemi si dingin Kim Taehyung, Jae Yoon sanggup redah segala cabaran. Photo [Using For Cover]: Afi @baeknob Siri His Roommate (Preview sahaja) 1) His Roommate 1 2) His Roommate 2 3) His Roommate 3 Ranking: #3 in fanfiction (18/6/2019) #1 in fanfictio...