🚻04

6.5K 1.1K 211
                                    

His Roommate | KTH

04
--

A/N: Saya akan mula update cerita ini secara aktif mulai hari ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:
Saya akan mula update cerita ini secara aktif mulai hari ini.


Rindu abangtan dan saya tak?

---

"Kau tak reti nak bangun lagi ke, Tuan Muda Jae Yoong?"tegur seseorang dalam nada yang kedengarannya agak kasar.

Dengan pantas, kelopak mata Jae Yoon terbuka luas. Terus wanita itu bangun dalam keadaan gelabah. Matanya mencari suara seorang lelaki yang baru sahaja menegurnya sebentar tadi.

"S-siapa awak?"soal Jae Yoon tatkala anak matanya bertemu dengan kelibat seorang lelaki berwajah tampan, gaya pemakaiannya begitu kemas dan tampak mewah.

Namun, ada sesuatu perasaan kurang enak melanda diri apabila dia dapat rasakan renungan tajam yang diberikan oleh lelaki itu.

"Lagi 5 minit majlis orientasi pelajar baru dah nak bermula. Kau tak tahu atau kau buat-buat bodoh?"soalnya lagi kepada Jae Yoon.

Lelaki bertubuh tinggi lampai itu berdiri membelakangi Jae Yoon. Satu rengusan kasar keluar dari bibirnya.

Wajah bingung Jae Yoon semakin membuatkan hati lelakinya bertambah panas.

"Aku tanya kau tak nak jawab. Lantak kau lah. Janji kau jangan ganggu hidup aku, budak lembik."

---

Sekejap, apa lelaki berambut panjang itu kata dekat aku?

Aku digelarnya budak lembik?

Hati aku serta-merta berasa panas membara. Aku mengepal penumbuk kecil sambil mataku tidak terlepas daripada menjeling tidak puas hati ke arahnya.

"K-kau ni siapa? Sesuka hati aje nak gelar aku ni budak lembik!"protes aku dalam nada perlahan.

Pertanyaan aku dibalas dengan gelakan sinis yang keluar daripada mulutnya. Dia segera memalingkan wajah untuk menghadap aku semula.

"Aku Putera Diraja Kim Taehyung. Sengaja ke buat-buat tak tahu? Aku kagum dengan lakonan kau, Jae Yoon. Aku teramat kagum. Teruskan!"balasnya bersama nada yang penuh angkuh.

Aku segera bangun dari duduk. Perasaan geram dan menyampah mendorong aku untuk bertindak di luar batasan akal.

Kaki aku melangkah laju ke arah susuk tubuh lelaki sombong bernama Kim Taehyung itu.

Status anak raja, tetapi perangai begitu menyakitkan hati.

Ini Min Jae Yoon lah. Aku tak akan biarkan mana-mana lelaki untuk pijak kepala aku.

Setakat si Kim Taehyung ni, apalah sangat kan?

---
Kim Taehyung hanya tersenyum sinis apabila suara halus milik Jae Yoong menyinggah masuk ke dalam telinganya.

Kedua-dua tangannya begitu sibuk mengeluarkan pakaian untuk dimasukkan ke dalam kotak pakaian.

Malas dia hendak melayan kerenah keanak-anakkan Min Jae Yoong. Ada baiknya dia tenangkan diri sebelum dia dapat bercakap semula dengan lelaki itu.

"Suara macam perempuan, badan macam perempuan, perangai pun macam perempuan. Boleh gila aku nanti nak hadap budak lembik ni."gumam Taehyung tanpa dia sedar Jae Yoong sudah laju ingin menyerangnya dari arah belakang.

---
Baru sahaja Kim Taehyung memusingkan badannya ke belakang, wajah masam Jae Yoong menerpa pandangan matanya.

"A-apa kau nak?"soalnya kepada Jae Yoon. Matanya sempat menangkap tindakan Jae Yoong yang ingin menumbuk dadanya.

Sepantas kilat Taehyung mengelak tumbukan daripada Jae Yoong sehingga menyebabkan satu insiden yang tidak terduga berlaku pada pertemuan pertama mereka berdua.

---
Terlajak perbuatan juga akan membawa binasa. Mulut aku terkunci rapat. Pada saat genting itu, aku tidak mampu bersuara apa-apa kerana insiden yang mengejutkan ini.

"J-jauhkan tangan awak daripada dada saya, Putera Kim."

Kedua-dua tangan milik Kim Taehyung mendarat elok di atas permukaan dada aku. Mujur sahaja aku sudah sempat membalut aset berharga itu.

Pipiku semakin memerah tanpa kawalan. Tangan aku menepis kasar tangan lelaki itu.

Aku sepatutnya kena kawal diri. Aku menerima padah akibat suara hati yang mendesak agar aku segera membalas perangai kurang ajar lelaki itu.

"A-aku minta maaf. Cepat bersiap. Aku tak nak kita berdua kena denda nanti."tutur Taehyung apabila suasana di sekeliling mula bertukar kekok.

Lelaki itu bergerak keluar meninggalkan aku berdiri sendirian di tengah ruang bilik perkongsian kami berdua.

Nafas lega dihembus olehku. Kedua-dua telapak tangan aku letak di dada untuk menenangkan hati yang sudah tidak keruan.

"A-aku harap aku tak kantoi."ujarku sendirian sekadar untuk melegakan perasaan gementar yang menyerang hati kecil milikku ini.

-TBC-



[C]His Roommate | KTHWhere stories live. Discover now