His Roommate • kth
A/N:
Harap tiada silent readers. ;)
----------
Taehyung tidak dapat berhenti daripada meneroka setiap inci bibir munggil milik Min Jae Yoon.
Walaupun bunyi kamera sudah mulai beransur pergi, lelaki itu enggan melepaskan gadis itu.
Fikirannya mula dipenuhi babak-babak flashback mimpi yang sentiasa mengganggu tidur malamnya. Kali ini mimpi Taehyung semakin jelas.
Telapak tangannya menggenggam bahu Jae Yoon. Taehyung keliru. Wajah Min Jae Yoon muncul jelas di dalam fikiran. Namun, gadis itu memakai pakaian hanbok versi lelaki.
"Jae Yoon? J-jae Yoong?"luahnya termengah-mengah. Usai menyedut sedikit udara, lelaki itu mencium semula bibir Jae Yoon tanpa izin.
Ingatan Taehyung masih tidak jelas. Tetapi, dia sudah mendapat gambaran bahawa Jae Yoon adalah watak penting di dalam mimpinya.
Babak-babak dia memakai pakaian diraja sambil matanya merenung penuh benci insan bernama Min Jae Yoong mengisi kotak fikiran Taehyung.
Taehyung menjarakkan bibirnya. Anak mata lelaki itu merenung tepat ke dalam mata bundar milik Min Jae Yoon.
"Siapa kau sebenarnya Min Jae Yoon? Kau m-muncul kerap di dalam mimpi aku!"luah Taehyung dengan nada suara mendesak.
Jae Yoon tunduk merenung ke bawah. Gadis itu sendiri takut untuk menyatakan perkara yang terpendam di dalam hati.
Jae Yoon sebenarnya sudah yakin akan sesuatu. Suara Kim Taehyung inilah yang menemani mimpinya.
-tbc-
A/N:
Double updateu.
♥
YOU ARE READING
[C]His Roommate | KTH
Fiksi PenggemarDemi si dingin Kim Taehyung, Jae Yoon sanggup redah segala cabaran. Photo [Using For Cover]: Afi @baeknob Siri His Roommate (Preview sahaja) 1) His Roommate 1 2) His Roommate 2 3) His Roommate 3 Ranking: #3 in fanfiction (18/6/2019) #1 in fanfictio...