His Roommate • kth
Taehyung sibuk mengemaskan hoodie berwarna kelabu yang tersarung di badannya. Manakala, mask hitam ditarik supaya wajahnya terlindung daripada tatapan orang ramai.
Bergelar seorang ahli perniagaan muda yang terkenal bukannya mudah. Setiap aktiviti Taehyung menjadi intipan wartawan-wartawan di luar sana.
Di sebalik mask hitam itu, Taehyung tersenyum sinis. Kewujudan Min Jae Yoon memudahkan urusan dia untuk menyingkirkan Jae Kyung.
"Kau diam dan biarkan aku buat semua kerja. Jadi budak baik ya, Jae Yoon?"bisik lelaki itu ke telinga Jae Yoon.
Jae Yoon tidak melawan. Bibirnya diketap tanda geram yang meluap-luap terhadap si penculik. Sudahlah culik dan kurung dia di rumah, segala tingkah lakunya diawasi oleh lelaki itu.
"Ya baik, Encik penculik."perli Jae Yoon dalam nada menyindir. Taehyung memaut pinggang gadis itu agar tubuh mereka saling bersentuhan.
Telinganya dapat menangkap bunyi kamera dari arah belakang. Alang-alang dah kantoi, lebih baik Taehyung teruskan rancangan gila tersebut.
"Tarik mask aku sampai bawah dagu. Lepas tu, tutup mata. Faham?"
Jae Yoon merenung wajah Taehyung bersama perasaan yang gusar. Dia gelisah memikirkan tindakan yang bakal dilakukan oleh lelaki itu sebentar lagi.
----
Aku menarik mask itu sehingga seluruh wajah kacak Taehyung menjamah pandangan mata.
Bunyi kamera dari arah belakang menyebabkan aku hampir panik. Lantas, tangan Taehyung mencuit daguku.
"Let us make a good scandal to eliminate (singkirkan) Cik Jung Jae Kyung. Shall we?"pinta Taehyung.
Nafas hangatnya menderu laju di permukaan pipiku.
"Tutup mata tu sayang. Biar aku lead kau."
Perasaan aneh menyelinap masuk ke dalam hati. Telapak tanganku ditekapkan ke atas permukaan dada lelaki itu.
Bunyi degupan jantungnya yang berentak laju membuatkan aku yakin untuk menuruti arahannya.
Asalkan aku dapat bebas dari penculik ini, ada baiknya jika aku patuh sahaja.
Wajahnya disengetkan agar bibir kami dapat bersatu. Saat bibir kami bersentuhan, aku dapat rasakan dengusan nafasnya yang berbunyi kuat.
Jari-jemari Taehyung memegang kemas rahangku agar kami berdua tetap dalam posisi yang sama.
Aku keliru. Semua kerja gila ini hanyalah lakonan. Namun, hati aku sudah jatuh dalam cinta palsu yang dicipta oleh penculik ini.
-tbc-
A/N:
Ooooooh, amacam bab ini?
Makin panas lagi selepas ini.
Aummmsss.
Nanti anak jeon dan Jae Kyung munculkan diri. 😂
"Jemput singgah karya terbaru saya."
YOU ARE READING
[C]His Roommate | KTH
FanfictionDemi si dingin Kim Taehyung, Jae Yoon sanggup redah segala cabaran. Photo [Using For Cover]: Afi @baeknob Siri His Roommate (Preview sahaja) 1) His Roommate 1 2) His Roommate 2 3) His Roommate 3 Ranking: #3 in fanfiction (18/6/2019) #1 in fanfictio...