🎮05

2.9K 622 52
                                    

His Roommate • kth

Aku hampir menjerit suka kerana reaksi positif yang diberikan oleh suamiku sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku hampir menjerit suka kerana reaksi positif yang diberikan oleh suamiku sendiri. Sekurang-kurangnya gerak-geri tubuh badan si dia masih menunjukkan kesan ketara bahawa cinta lelaki itu tetap kekal setia terhadapku.

"Uyoo, oppa berbual apa je dengan unnie Jae Yoon? Sampai tak berkelip mata Ryu tengok? Auch, sakitlah!"adu Ryujin dengan nada nyaring tatkala bahunya menjadi mangsa cubitan maut Kim Taehyung.

Aku enggan membuang masa yang lama. Huluran tangan Ryujin aku sambut bersama hati yang dicuit rasa sangsi.

Apa benar hubungan Ryujin dan Taehyung hanya setakat abang dan adik angkat?

Anak mataku meneliti pergerakan tubuh dan renungan mata Ryujin. Walaupun aku tahu Taehyung tidak menyimpan sebarang perasaan terhadap gadis itu, hatiku memberi jawapan gila.

Firasat aku mengatakan sebaliknya.

Shin Ryujin menyukai suamiku dalam diam. Soal perasaan karut ini ditolak laju ke tepi, aku cuba ukirkan sebuah senyuman seikhlas hati.

"Gembira bertemu Cik Ryu yang comel ini. Jemputlah datang rumah unnie nanti. Boleh kenal-kenal dengan anak kami berdua. Jungkook pun satu, anak tak nak bawa. Katanya nak romantik sikit."aku ujarkan baris-baris ayat ini dalam nada yang sengaja dikuatkan.

Kebetulan pula Jungkook hadir semula ke ruang tamu. Tempat duduk sebelah aku diisi olehnya.

"Sembang riuh tak ajak eh sayang? Budak Ryu ni ada membebel banyak ke? Kesian cinta hati Kook ni."luah Jungkook dalam usahanya untuk membantu Jae Yoon.

Aku mengambil keputusan untuk tidak memandang lagi wajah Kim Taehyung. Lelaki itu membisu sejak kedatangan Ryujin dan Jungkook ke ruang tamu.

"T-taklah, Ryu ada ni pun boleh buat saya gembira. Saya jemput Ryu datang rumah tengok anak kita. Boleh kan Kook?"soal aku teragak-agak sebelum telapak tanganku yang dingin menjadi hangat semula.

Tangan aku dan Jungkook bercantuman erat. Bunyi suara Ryujin ketawa mengusik gelagat romantis tertumpah selori gula oleh Kook menyebabkan suami sebenarku itu semakin diam membisu.

---
Taehyung sempat mencaci dirinya. Penangan aura Min Jae Yoon cukup meruntunkan hati dan jiwa lelaki ini.

Kelakuan romantis Jungkook menambah garam di atas luka yang terbentuk di hatinya.

"Aku datang rumah kau nanti. Sekali dengan si Ryujin ni. Bukan Ryujin je teringin nak tengok anak korang berdua, aku pun sama. Agak-agak Jaehyung comel macam siapa eh?"tutur Taehyung spontan dari bibir.

Jungkook menjengketkan kening. Jari telunjuknya dituju tepat ke arah Jae Yoon. Iris mata anak Jeon setia memandang muka abangnya.

"Perangai comel macam Jae Yoon. Muka kacak macam daddy dia tu."ayat yang terkandung mesej tersirat ini dicipta khas buat Kim Taehyung.

Lelaki itu tidak keruan di tempat duduknya. Wajah Jae Yoon dan Jungkook dipandang berulang kali dalam diam.

"Unnie Jae cantik sangat. Padan betul jika dia jadi isteri oppa kan. Ryu sokong."bisik Ryujin dekat ke telinga Taehyung.

Taehyung menjarakkan diri daripada adik angkatnya itu. Reaksi mendung yang dipamer jelas oleh Jae Yoon memberi amaran kurang baik kepada lelaki ini.

Telapak tangan Ryujin yang mendarat cantik di atas paha ditepis lembut dan penuh sopan oleh Taehyung.

Taehyung berdehem perlahan. Usahanya untuk menarik perhatian Jae Yoon terhenti di pertengahan jalan gara-gara tindakan clumsy Ryujin.

"Aku dan Ryujin memang macam ni. Kami mesra lain macam sikit. Maaf ya, budak ni otak kurang vitamin kekadang. Korang jangan salah faham. Aku still solo."terang Taehyung gigih sekali.

Kalau boleh, dia sanggup melutut di hadapan Jae Yoon untuk terangkan status hubungannya dengan Shin Ryujin. Wajah Jae Yoon ditiliknya dengan satu perasaan aneh.

Taehyung gagal mengawal aliran kata-kata yang mengalir laju dari bibirnya.

"Aku..aku nak pinjam wife kau untuk sehari boleh tak, Kook?"

Ah, soalan ini juga yang bermain di lidah Kim Taehyung.

Ryujin mengesot rapat ke sebelah kanan lelaki itu. Perut Taehyung disiku lembut olehnya.

"Oppa gila ke nak pinjam isteri orang? Kook jealous nanti ha. Cerr bagitahu tujuan sebenar?"

Taehyung memekakkan telinga. Pandangan mata yang difokuskan kepada Jungkook. Dia mahukan jawapan muktamad daripada Jungkook.

Ada sesuatu yang aneh mengenai asal-usul dan tingkah laku Jeon Jae Yoon. Taehyung tidak mampu mengelak keinginan untuk mengetahui background sebenar isteri Jeon Jungkook.

-tbc-

A/N:

Update sebelum saya masuk kerja.

Malam ini jika free, saya kasi satu lagi update.

[C]His Roommate | KTHWhere stories live. Discover now