🎮11

3.6K 624 155
                                    

His Roommate 3 • kth

His Roommate 3 • kth

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku ...suami kau kan? Habis tu anak Jeon tu siapa? Suami kedua kau?"aku segera mengalihkan kepala dari permukaan dada Taehyung.

Dasar abuja. Aku baru nak layan mood romantik. Kau sengaja nak buat aku geram terhadap kau encik suami.

"Alahai sayang. Aku melawak je. Marah-marah tak seronoklah. Aku nak kita berdua gembira..malam ini. Jelaskan dekat aku. Slow - slow pun takpe. Aku tunggu."ujar Taehyung berserta ayat pujukan.

Mujur aku cepat cair, kalau tak dah lama aku gigit si Taehyung ni. Usik-usik pula kerja dia.

Aku rindu kau , Kim Taehyung. Aku cuma perlukan kasih sayang mencukupi daripada kau malam ini.

"Awak suami saya. Dah lama saya cari awak. Mujur Kook berjaya jejak lokasi awak. Kalau tak, meraung saya tunggu suami bertahun-tahun tak muncul. Awak still disahkan hilang ingatan kekal kan?"aku soal pertanyaan yang sudah disimpan sejak berkurun lama.

Taehyung menarik selimut untuk menutupi tubuhku yang terdedah. Kekurangan pakaian di badan menyebabkan aku menggigil sejuk.

"Ya. Aku hilang ingatan kekal. Doktor ada nyatakan kemungkinan aku dapat ingat. Tapi, peluang tipis. Hurm. Kau sejuk ke, Jae Yoon?"belakang bahuku dicium lama oleh lelaki itu.

Aku mengangguk faham. Penjelasan Taehyung mengecewakan aku. Aku segera tepis perasaan sedih ini. Asalkan dia tetap ada di sisi, aku cukup bersyukur kepada tuhan.

"Saya gembira kita bersatu kembali. Terima kasih Taehyung. Saya akan cuba bantu awak pulih. I love you."

Taehyung menghamburkan gelakan manis bunyinya. Aku menadahkan telinga.

Ayat romantis Taehyung menjadi satu dos utama yang mampu menceriakan mood aku pada malam itu.

"Aku cinta kau juga, Kim Jae Yoo-"tutur kata Taehyung diganggu dengan bunyi deringan telefon.

Skrin telefon pintar itu ditekapkan di telinganya. Taehyung mencium pantas bibirku sebelum dia menjawab panggilan tersebut.

"Kenapa ni Ryujin? Kau ada depan rumah Jae Yoon? Ah, jap. Aku turun sekarang. Kau tunggu di luar."

Anak mata kami saling berbalas pandangan. Taehyung menyarungkan semula baju di badan. Dia bawa telapak tangan kanannya di pipi aku.

Dia elus lembut sambil berdehem suka.

"Kau nak turun dengan aku atau kau stay je atas katil? Ryujin nak jumpa kejap. I promise i will be back."

Mendengar permintaan Taehyung, aku gelengkan kepala. Biar lelaki itu berbincang secara privasi dengan adiknya, mana tahu ada hal keluarga yang penting kan?

------

Ryujin memaki serta mencaci wanita bernama Jae Yoon itu di dalam hati. Kedudukan rumah agam yang tersergam indah dijelingnya tajam.

Meluap-luap rasa benci tika pandangan matanya jatuh ke permukaan bibir Kim Taehyung.

Abang kesayangannya itu sudah berkelakuan liar bersama Jeon Jae Yoon. Lihat sahaja penampilan Taehyung yang sedikit selekeh. Bertemankan bibir bengkak dan riak wajah tersenyum bahagia, hati Ryujin makin panas seperti dipanggang di atas bara api.

"Oppa, R-ryujin rasa tak sedap badan. Rasa mual. Kepala pening semualah. Bawakan Ryu ke klinik boleh?"pintanya untuk memancing perhatian Taehyung.

Ryujin berpura-pura sakit. Lengannya memaut leher Taehyung. Sepasang mata milik lelaki itu mencerlung luas kepada Ryujin.

Adiknya ini ada tersilap makan ubatkah?

Pagi tadi kekal sihat. Malam dah sakit?

"Baiklah, aku bawa kau pergi klinik. Tunggu kejap aku bagitau Jae Yoon dulu. Risau pula tinggalkan diorang dua beranak dalam rumah."

Ryujin dapat menangkap kedatangan Jae Yoon dari arah belakang Taehyung. Lakonan itu perlu dilanjutkan ke tahap paling bagus.

"A-ah, janganlah kiss Ryu! Oppa jahat."dia jadikan posisi kedudukannya dengan Taehyung menjadi negatif pada pandangan Jae Yoon.

Jika dipandang gelagat tubuh badan Ryujin dan Taehyung daripada sudut pandangan Jae Yoon, wanita itu boleh katakan Taehyung sedang mencium Ryujin.

"T-taehyung, apa semua ni? Maaf mengganggu. S-saya masuk dalam dulu!"suara Jae Yoon tergesa-gesa mengucapkan kata pamitan selamat tinggal.

Tujuannya ingin menyapa Ryujin terbengkalai di pertengahan jalan. Taehyung kiss Ryujin meruntuhkan kepercayaannya terhadap lelaki itu.

Adakah Taehyung benar-benar cintakannya atau dia hanya dijadikan alat mainan lelaki itu?

Taehyung menolak kasar bahu Shin Ryujin. Bibirnya bergetar menahan perasaan marah yang telah meletup keluar.

"Ryu puas dapat tengok muka perempuan jijik tu broken. Aww, oppa sedarlah. Dia isteri orang. Ada suami, tapi gedik nak memadu kasih dengan oppa Ryu. Choose me. Lebih afdhal."ujar Ryujin sambil meneliti barisan kukunya yang telah menerima rawatan manicure.

Jari telunjuknya ditekapkan di atas dada Taehyung yang sedang berombak hebat. Lelaki itu menepis tangan adiknya.

"Aku cintakan dia. Apa hak kau nak halang aku dan Jae Yoon?"

Terus Ryujin terkedu lidahnya. Reaksi baran Taehyung memaksa fikiran gadis itu untuk merangka rancangan yang baharu kelak.

-tbc-

A/N:

Hahahahahahahahh.

Dua update untuk korang.

Cukup? ❤

Saya nak berehat dahulu. Terima kasih sudi komen dan hadiahkan votes. 🐇

Ryujin:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ryujin:

Readers rindu comeback saya? xoxo 🌚

[C]His Roommate | KTHWhere stories live. Discover now