🚻20

5.3K 1K 172
                                    

His Roommate | kth

20

A/N:

Bab yang paling dinantikan oleh para pembaca. Mungkin? Harap menyukainya. Maaf jika sedikit terlewat mengepos bab ini 💞

Baca sambil buka ost di atas. 💖

---

Kim Taehyung meletakkan telapak tangannya di atas permukaan dada. Jantungnya tidak henti-henti berdegup kencang.

Seakan separuh jiwanya telah hilang, lelaki itu menjadi tidak keruan. Matanya mencerlung tajam memandang wajah Jae Kyung yang sedang tersenyum sinis.

"K-kau dalang utama yang sebabkan Jae Yoong datang ke bilik bacaan ini? Kau umpan dia ke sini semata-mata untuk sakitkan hati dia?"soal Taehyung bertalu-talu kepada Jae Kyung.

Wanita itu mengelus lembut bibir putera raja yang sedang meletup api kemarahannya.

"Kalau patik katakan ya, apa tuanku nak buat? Terlajak perahu tak dapat diundur. Patik mahu tuanku utamakan patik daripada si Jae Yoong tu."

Puter Kim menolak bahu wanita itu dengan kasar. Laju langkah kakinya keluar dari bilik itu tanpa mengendahkan rayuan Cik Muda Jae Kyung.

Fokusnya hanya satu. Dia ingin dapatkan Jae Yoong hari ini juga. Pedulikan kata-kata negatif yang memenuhi fikirannya, Taehyung sudah nekad.

Dia akan berterus-terang dengan Min Jae Yoong.

Soal hati. Soal perasaan. Soal hubungan dinginnya dengan Jae Yoong.

---
Aku berdiri menghadap sungai yang terletak di bahagian timur dari bilik bacaan Putera Kim.

Setelah penat mencari tempat menyorokkan diri, aku menemui kawasan sungai yang sepi tanpa sebarang manusia ini.

Suasana yang dingin dan sejuk membuatkan emosi aku menjadi tidak stabil.

Satu demi satu kelakuan mesra Putera Kim dengan Cik Muda Jae Kyung bermain di fikiran.

"Aku b-bodoh sebab cintakan kau dalam diam, Putera Kim Aku tahu perasaan ini tiada kesudahannya. Hati ini s-sakit sangat."luahku penuh perasaan.

Air mata semakin lebat mengalir sehingga kedua-dua pipiku basah. Kerana lelaki dingin itu, aku menangis.

Kerana dia juga, aku tampak lemah. Aku sendiri memasang angan-angan yang begitu tinggi.

Status aku pada waktu ini langsung tidak dapat memberi peluang untuk aku meraih kasih daripada lelaki itu.

"A-aku tak akan dapat miliki hati kau. Kau secara rasminya sudah bergelar milik Jung Jae Kyung. Omo. K-kau jahat. Sebab buat aku kerap nangis."keluhku lagi

Hembusan nafas hangat singgah di belakang leher aku. Telapak tangan seseorang menutup kedua-dua kelopak mataku.

Pinggangku dirangkul erat dari arah belakang.

"S-siapa kau?"

Individu misteri itu tidak menyahut. Jari-jemarinya menggenggam erat pergelangan tanganku.

--
"Aku berada di hadapan kau. Hanya untuk kau seorang. Jangan buka mata. Aku tetap kekal di sini."bisiknya ke telingaku.

Bibirku terkunci rapat. Tangan kami berdua saling berpegangan. Esak tangis kecil lelaki itu jelas kedengaran sehingga memaksa aku untuk membuka kelopak mata. Namun, tindakan aku tetap dihalang olehnya.

"Demi aku, tutup mata. Dengar luahan aku. Janji. Jangan larikan d-diri ya?"

Aku menganggukkan kepala. Degupan jantungku berdegup kencang. Nafasku seolah terseksa apabila dahi kami berdua saling bersatu.

"Kau buat aku sentiasa senyum.."

Suaranya berhenti seketika. Kemudian, lelaki itu menyambung kembali tutur katanya.

"Kau buat hati aku berlagu riang.."

Hidung kami pula bersentuhan antara satu sama lain. Aku ingin mengundurkan diri. Tetapi, badanku terus berdiri kaku.

Jasadku merelakan perbuatannya itu.

"Sekarang aku sedar akan sesuatu. Aku tahu semua ini gila. Aku yakin satu perkara. Jae Yoong, m-maafkan aku."

Jari-jemarinya mengelap pipiku yang masih basah dengan air mata.

"A-aku c-cintakan kau. Jae Yoong."

Tanganku menggenggam begitu erat tangan lelaki itu. Bibirku terketar-ketar mengucapkan kata balasan.

"Aku juga c-cintakan kau. T-tapi, kita tak layak bersam-"aku ujar bersama linangan air mata.

Saat kelopak mataku dibuka, wajah lelaki dambaan hati menyebabkan jantung aku berhenti berdegup beberapa saat.

Mata perang miliknya merah akibat esak tangisnya. Bibir lelaki itu terukir senyuman rindu.

"Seandainya k-kau perempuan. Hati aku akan tenang. Persetankan semua itu. A-aku mahukan kau sekarang, Jae Yoong."

Telapak tangannya menutup kelopak mataku. Mulutku ingin menyatakan kebenaran. Namun, bibir putera raja bernama Kim Taehyung itu sudah bergerak pantas mencuri ciuman kasih sayang daripada bibir aku.

Kim Taehyung, maafkan aku. Aku tidak mampu menyatakan kebenaran ini.

Maaf kerana aku masih berdegil untuk kekal dalam penyamaran ini.

Maafkan aku.

-TBC-

A/N:

Ada sebab saya tak biarkan rahsia Jae Yoon terdedah. Nantikan je bab akan datang. ♥

Gembira dengan luahan hati Kim Taehyung?

Agak-agak Jae Kyung nak buat apa lepas ni? 🌚






[C]His Roommate | KTHWhere stories live. Discover now