His Roommate • kth
Lain yang dirancang, perkara lain pula yang terjadi. Kim Taehyung meraup kasar permukaan wajahnya. Setiap helaan nafas terasa seperti diseksa saat itu juga.
"K-kita nak buat apa sekarang, Taehyung. Tugas saya dah selesai kan?"soal Jae Yoon. Hati wanita itu bertambah gusar kerana wajah Taehyung berubah mendung.
"T-tak. Siapa kata aku nak tamatkan macam tu aje? Kau goda aku lagi. Now."
Nada suara Taehyung kedengaran lantang dan tegas sewaktu dia menuturkan bait-bait ayat tersebut.
Jae Yoon membuang segala perasaan takut di dalam hati. Dia menyangka lakonan mereka berdua sudah tamat. Wajah garang Kim Taehyung menyapa segenap pandangan mata.
Jae Yoon buntu. Dia keliru dengan sikap dingin lelaki itu. Mungkin lakonan palsu sebentar tadi belum cukup untuk meruntuhkan tali pertunangan antara Taehyung dan Jae Kyung.
"Jae Kyung tak nampak kan? Jadi, saya tak rasa kita perlu teruskan rancang-"
Taehyung malas hendak memberi peluang wanita itu berceloteh panjang. Badannya disandarkan di sebalik dinding yang tersorok dari orang ramai.
Pinggang Jae Yoon menjadi mangsa tarikan tangannya agar wanita itu terdorong ke dalam pelukannya yang erat dan hangat.
Setiap kali imej sahabat baiknya, Jeon Jungkook tersenyum mesra kepada Jae Yoon menyentuh hati sensitifnya, Taehyung merengus tanda bantahan.
Hati lelaki itu melarang keras tindakan terlajak romantis Jungkook.
"Kau..goda Jeon. Not the Kim. Nakal ya."bisik Taehyung ke telinga Jae Yoon.
"Buka butang tu. Aku panas."
Jari-jemari Jae Yoon ditarik rapat untuk didaratkan di atas butang baju kemeja putih yang tersarung di sebalik kot berwarna krim yang dipakai lelaki itu.
Tumpuan mata Taehyung terhenti di bibir munggil kepunyaan Jae Yoon. Kedua-dua tangan lelaki itu mencengkam kuat bahu Min Jae Yoon.
"Bibir kau asyik buatkan ingatan aku jadi bercelaru. Siapa kau Min Jae Yoon? Too bad aku kena kawal diri. Aku tak nak seksa diri aku."
Ibu jari Taehyung mengesat lembut permukaan bibir bawah Min Jae Yoon. Berkali-kali kepalanya digelengkan agar nafsu tidak mengatasi segalanya.
Taehyung takut dengan bayangan-bayangan kurang jelas yang asyik menguasai fikiran jika bibirnya mendarat di bibir wanita itu.
"Choose me, not that jeon. Arasseo?"
Usai tamat ayat tersebut dituturkan oleh lelaki berwajah sedingin ais itu, Jae Yoon menutup rapat kelopak mata.
Dia dapat rasakan bibir nakal lelaki itu mula bergerak di sekitar kawasan lehernya.
-tbc-
A/N:
Hahahahahahaha.
Babak panas sedikit aje.
Double update.
YOU ARE READING
[C]His Roommate | KTH
FanfictionDemi si dingin Kim Taehyung, Jae Yoon sanggup redah segala cabaran. Photo [Using For Cover]: Afi @baeknob Siri His Roommate (Preview sahaja) 1) His Roommate 1 2) His Roommate 2 3) His Roommate 3 Ranking: #3 in fanfiction (18/6/2019) #1 in fanfictio...