His Roommate • kth
30
A/N:Aduhai kacaknya Maharaja Kim.
Maaf atas kelewatan. Enjoy.
-----
Aku tidak membantah. Satu perkataan pun tidak keluar daripada bibir aku selepas majlis perkahwinan diraja antara aku dan Maharaja Kim melabuhkan tirai.
"Permaisuri Kim, patik semuanya undurkan diri dulu. Selamat beradu. Baginda akan datang mencemar duli sebentar sahaja lagi."
Aku menganggukkan kepala tanda setuju. Setelah dayang-dayang istana itu meninggalkan aku keseorangan di kamar diraja itu.
Babak-babak pertemuan kali pertama aku dan Kim Taehyung terimbas kembali. Aku sedar akan sesuatu hakikat yang memeritkan.
Taehyung yang dahulunya sudah hilang. Aku hanya dibiarkan tergantung seorang diri disebabkan kerana salah fahamnya terhadap hubungan aku dan Putera Jeon.
Bunyi pintu bilik dibuka menyedarkan aku daripada lamunan panjang. Kepala aku tunduk hormat ke bawah.
Dia sudah datang. Maharaja Kim, suamiku yang sah akhirnya singgah jua di kamar diraja.
"Permaisuri Kim Jae Yoon, pandang mata beta. Boleh?"
---
Suara tegasnya memaksa Jae Yoon untuk patuh dan tidak membantah apa-apa.
Kim Taehyung memerhati setiap inci wajah sempurna wanita yang sah menjadi miliknya yang mutlak.
Taehyung, maharaja Kim dengan rupa paras begitu tampan itu sentiasa menjadi insan penting yang bertakhta di dalam hati Min Jae Yoon.
Wanita itu menepis segala anasir negatif yang membuatkan fikirannya menganggap suaminya itu masih ego.
Jae Yoon tunduk diam. Jari-jemarinya dicapai oleh Kim Taehyung.
"Maharaja K-kim, ampunkan patik."ujar Jae Yoon bersama iringan kata berbaur permohonan maaf.
Taehyung tersenyum kecil. Tangannya menyentuh cincin yang tersarung di jari permaisuri pilihan hati.
"Gelar aku Taehyung sahaja sewaktu kita hanya berdua. Hati aku masih sakit tapi aku lega. Kau akhirnya milik aku Kim Jae Yoon."
Taehyung merapatkan tubuhnya ke arah Jae Yoon. Wanita itu ditarik dalam pelukannya yang erat. Lelaki itu meletakkan kepalanya di atas bahu Jae Yoon.
"Aku tak dapat bayangkan jika suatu hari nanti kau tinggalkan aku Jae Yoon. Aku bersumpah aku akan cari kau walaupun kita sudah berpisah dunia."tutur Taehyung dengan lancar.
Anak mata coklat perangnya setia memandang Jae Yoon. Baginya, wanita itu seperti satu dos.
Jae Yoon buatkan Taehyung makin sayang walaupun egonya masih tebal.
--
"Saya rindukan Taehyung yang dulu. Putera Kim yang dingin tapi dia suka buat hati manusia bernama Jae Yoon ini menjadi gila."ujarku tanpa berselindung.
Mungkin mood lelaki itu baik pada malam ini. Taehyung yang aku rindui muncul semula.
"Taehyung sayang Jae Yoon seorang."
Satu baris ayat tersebut cukup menggoyahkan hati wanita Jae Yoon.
Kim Taehyung membiarkan tangannya mengelus lembut rambut panjang milik Jae Yoon.
---
"Kenapa Jae Yoon nakal erm? Beta..a-aku sendiri rasa macam nak meletup tahan perasaan seorang diri."
Hembusan nafas Taehyung mendarat di sekitar permukaan leher aku. Aku tersenyum lega. Sikap maharaja Kim pada malam ini memunculkan segaris senyuman lebar di wajah.
"Maafkan saya.Tak bermaksud pun nak buat awak terseksa. Saya sayang awak tahu?"
Taehyung tergelak manja. Ciumannya mula menurun dari dahi , hidung dan terhenti di atas bibirku.
"Kim Jae Yoon, beta cintakan Permaisuri comel ini sampai bila-bila. Dia, satu-satunya wanita yang dapat bikin hati Maharaja Kim gembira."
---
Pujian yang diucapkan oleh maharaja muda itu disertai dengan tingkah lakunya yang mula menggoda si wanita idaman hati.
Lilin yang terletak di tepi meja katil ditiupnya pantas. Hanya kegelapan malam yang menemani suasana romantis Maharaja Kim dan Permaisuri Jae Yoon.
"Jae Yoon juga cintakan Taehyung setulus hati. Jangan sakitkan hati saya ya?"
-TBC-
A/N:
HahahahahahahaHantu mana entah rasuk si maharaja jadi romantik.
Semoga menyukainya. Jika berkesempatan, ada lagi satu update.
YOU ARE READING
[C]His Roommate | KTH
FanfictionDemi si dingin Kim Taehyung, Jae Yoon sanggup redah segala cabaran. Photo [Using For Cover]: Afi @baeknob Siri His Roommate (Preview sahaja) 1) His Roommate 1 2) His Roommate 2 3) His Roommate 3 Ranking: #3 in fanfiction (18/6/2019) #1 in fanfictio...