🌸33

2.9K 682 106
                                    

His Roommate • kth

"M-maafkan aku sayang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"M-maafkan aku sayang. Please, aku ada sebab tersendiri. Tolong setia dengan aku, Jae Yoon. Aku merayu."rintih Taehyung dalam nada sayu.

Anak matanya merenung bagasi besar yang sudah disumbat dengan pakaian milik Jae Yoon. Sukar baginya untuk meraih simpati daripada isterinya.

Dahi wanita itu dikucup berulang kali tanpa perasaan jemu sedikitpun. Taehyung hampa kerana secalit senyuman pun sudah tidak tertayang di wajah cantik Min Jae Yoon.

Wanita itu tawar hati dengannya?

"Awak..izinkan saya untuk keluar dari rumah. Saya perlukan ketenangan, Kim Taehyung. Hati saya dah tak mampu nak hadap wajah awak. Jebal,lepaskan saya. Bye."ucap Jae Yoon bersama nada kosong.

Puas dia menangis tadi disebabkan khabar berita yang mengejut itu. Kali ini, dia sangat berharap Taehyung akan lepaskan dirinya hanya untuk sementara waktu.

Genggaman tangan Taehyung ditolak lembut olehnya. Jae Yoon langsung tidak terusik untuk mengelap kelopak mata suaminya yang basah dengan linangan air mata penuh penyesalan.

"Aku merayu Jae Yoon. Semua ni bersebab. Kau tinggalkan aku, aku akan desak kau balik juga nanti. Aku tak kira!"gertak Taehyung.

Jae Yoon mengurut dahinya yang diserang rasa pening. Malas dia ingin duduk berduaan dengan suaminya itu.

Orang sudah selingkuh, buat apa ingin terhegeh-hegeh nak raih kasih sayang kan? Lebih baik Jae Yoon undurkan diri.

Cincin perkahwinan bertatahkan berlian itu diletakkan di atas telapak tangan Kim Taehyung.

Jae Yoon beredar dari katil. Esakan tangis Taehyung dibiarkan begitu sahaja.

"Kita berpisah, Kim Taehyung. Terima kasih untuk segalanya."

Jae Yoon menarik bagasi keluar dari bilik yang dikongsi bersama Taehyung. Kepalanya didongakkan ke hadapan. Susuk tubuh Jeon Jungkook sedang menyandar di pintu kereta menyapa ruangan mata.

"Kau dah ready untuk ikut aku, Jae Yoon?"soal Jungkook padat dan sarat dengan mesej tersirat.

Jae Yoon menguatkan genggaman tangan di tali bagasinya. Kepalanya mengangguk sebagai tanda dia bersetuju dengan perlawaan sahabat baiknya itu.

-tbc-

A/N:
Hehehehe

Kejutan. ❤

Btw, nak update lagi?

[C]His Roommate | KTHWhere stories live. Discover now