🚻26

5.4K 1K 344
                                    

His Roommate | kth

26
----
A/N:
Saya ada terfikir nak unpub sebab ada yg kata story ni annoying dan mengarut. Maaf jika gaya penulisan saya ada kurangnya. Saya masih tak sempat nak edit keseluruhan cerita.

Jika ada lagi komen sebegini, saya akan unpub terus. Maaf.

Aku tersedar daripada tidur apabila lengan kekar seseorang memeluk aku dari arah belakang. Hembusan nafasnya kedengaran hangat dengan bibirnya yang didaratkan di permukaan leherku.

Kelopak mata aku cuba buka perlahan-lahan dan aku pusingkan badan untuk melihat orang itu.

"Kim Taehyung kejam. Patik benci Maharaja Kim."ujarku dalam nada berbisik.

Wajah Maharaja Kim yang sedang tidur nyenyak sedikit menyentuh perasaan sensitifku ini.

Mata aku merenung pakaian yang berselerakan di atas lantai. Setiap sentuhan lelaki ini tiada kelembutannya. Dia hanya mahu membalas dendam.

Dia bukannya Kim Taehyung seperti dahulu. Kim Taehyung yang sedang sedang diulit mimpi indah ini sudah berubah seratus peratus.

Dia obses untuk membalas dendam gara-gara salah fahamnya terhadap hubungan aku dengan Putera Jeon.

"A-apa salah aku Maharaja Kim? Apa salah Putera Jeon?"

---
Kim Taehyung mengemaskan ikatan rambut serta pakaian hanbok diraja yang tersarung di badannya.

Lelaki itu mengeluh kecewa tatkala anak mata miliknya bertemu dengan pandangan Min Jae Yoon.

Gadis itu ternyata takut akan dirinya. Taehyung akui segala tindakannya pada waktu itu didorong perasaan ingin membalas dendam.

Jauh di sudut hati, dia masih cintakan gadis bernama Jae Yoon. Egonya melebihi semuanya.

Riak wajah dingin dikekalkan oleh Kim Taehyung. Jari-jemarinya mengelus lembut rambut panjang Jae Yoon.

"Beta mahukan Jae Yoon seorang. Tiada siapa yang dapat miliki gadis istimewa ini. Termasuklah Putera Mahkota Jeon."bisik Taehyung menggunakan nada memujuk.

Jae Yoon menyelubungi tubuhnya yang tidak berbaju dengan selimut tebal itu. Dia mengesot ke hujung katil apabila Maharaja Kim merenungnya tajam.

"Apa tuanku inginkan dari patik? Patik banyak kekurangan dan tidak setanding jelitawan yang lain. Tolong. Cari permaisuri yang lebih sesuai. Bukan gadis bernama Min Jae Yoon ini."terang Jae Yoon diiringi esak tangis yang kuat.

Taehyung meletakkan jari telunjuknya di atas bibir Jae Yoon. Satu cincin sebagai tanda gadis itu milik si maharaja disarungkan secara paksaan.

"Jangan biarkan beta murka sehingga Putera Jeon menerima balasannya kelak. Kau tergamak lakukan semua itu, Jae Yoon?"

Nada suara keras dan tegas menyapa pendengaran Jae Yoon. Gadis itu berhenti menolak perlakuan Kim Taehyung.

"Patik tetap manusia yang bernama Min Jae Yoon. Di luarannya menjerit setuju, dalamannya patik akan membenci tuanku. Tuanku menodai patik tanpa izin dan rela. Ingat perkara ini sampai bila-bila."

Kedua-dua telapak tangan Jae Yoon menampar permukaan dada Maharaja Kim. Lelaki itu terdiam memerhati perlakuan Jae Yoon.

"Beta larang penggunaan gelaran keluarga Min. Secara tidak rasmi, kau adalah Kim Jae Yoon. Bakal permaisuri dan ibu kepada anak kita berdua. Jae Yoon hak milik kekal maharaja Kim seorang."

Taehyung mencium pantas bibir merah milik Jae Yoon. Seterusnya, kakinya menuju ke muka pintu.

Senyuman terakhir yang diberi oleh Kim Taehyung memberi penanda jelas kepada Min Jae Yoon. Lelaki itu berpegang kepada janji dan dia akan datang untuk menuntut Jae Yoon.

"Perintah akan dikeluarkan kepada Cik Muda Jae Yoon untuk datang menyerah diri di Istana Bangtaneul. Beta akan kuat kuasakan perintah ini bermula bulan hadapan, bakal permaisuri."

Gelaran 'bakal permaisuri' menyebabkan Jae Yoon duduk terdiam di atas katil. Matanya berair disebabkan keadaan dirinya yang sudah disentuh dan ditanda milik oleh Maharaja Kim.

"Aku tak bersedia untuk hidup di istana. Aku tahu di sana kehidupan terlalu kejam."

-TBC-

A/N:

Semoga menyukai bab kali ini.

Terima kasih kepada pembaca yang setia menyokong karya ini.

T.T ♥

[C]His Roommate | KTHWhere stories live. Discover now