🎮01

3.7K 679 219
                                    

His Roommate 3 • kth

Shin Ryujin menolak secawan kopi panas kepada seorang lelaki yang sedang sibuk melepaskan amarah yang bersarang di dalam hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Shin Ryujin menolak secawan kopi panas kepada seorang lelaki yang sedang sibuk melepaskan amarah yang bersarang di dalam hati.

Gadis itu merengus kesakitan tika jemari kasar Taehyung mencengkam kuat pergelangan tangannya. Renungan mata setajam pedang tersebut sudah menjadi makanan hariannya.

Siapa je tak kenal perangai menyinga lelaki itu? Puas dia cuba pelbagai jalan alternatif supaya sikap baran Taehyung dapat dilembutkan sedikit.

" Tenangkan diri kau, Taehyung. Takde guna kau meroyan teruk if your memory tiada tanda akan muncul bila-bila. Otak kau cedera kekal. Aku janji aku akan cari keluarga asal kau."pujuk Ryujin.

"Kau suka tabur janji sejak dari dulu lagi. Aku dah letih nak tunggu ingatan aku pulih semula. Tolong inform appa aku nak gerak ke pejabat awal sikit."tegas suara Taehyung memberi pesanan kepada Ryujin.

Ryujin menghantar pemergian abang barunya itu sehingga bayang lelaki itu beransur hilang dari sekitar pandangan matanya. Bibir gadis itu terus menghamburkan keluhan lega.

"Ugh, selagi aku tak jumpa keluarga asal dia. Aku yakin abang Tae tetap nak mengamuk setiap bulan. Tuhan, please help me. Sekurang-kurangnya temukan aku dengan seorang ahli keluarga dia. Aku kasihan lihat keadaan Taehyung."ujar Ryujin berjela-jela luahan emosinya.

Jari-jemarinya lincah menekan skrin telefon pintar. Nombor penyiasat peribadi itu didailnya sekali lagi.

Ryujin enggan berputus asa. Kasihnya sebagai seorang adik menguatkan lagi semangatnya untuk membantu Kim Taehyung.

----

Rumah Agam Keluarga Jeon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rumah Agam Keluarga Jeon

Aku menekup mulutku daripada tergelak sakan. Gelagat comel Jungkook dan Jaehyung cukup memeriahkan suasana taman kecil di dalam kawasan rumah agam milik Jungkook.

"Appa Jeon jahat. Dia sembur air dekat baju Jaengi. Nak gigit appa. Huwarghh!"laung anakku yang sudah mencecah umur lima tahun.

Dua beranak itu saling berkejaran di taman. Habis basah lencun baju Jungkook dan Jaehyung akibat pergelutan hebat mereka semata-mata inginkan satu hadiah pelukan daripada aku sendiri.

"Jaengi kalah. Appalah yang akan dapat free hug dari eomma. Boo, siapa suruh lambat bertindak?"perli Jungkook. Pipi comel anak lelaki tirinya itu dicubit perlahan.

Jaehyung mencebik bibir. Anak comel itu membawa diri ke hujung taman.

"Ugh, fine. Jaengi kasi appa peluang sekali je untuk peluk eomma. Habis peluk, datang semula di sini. Faham tak appa? Appa jangan nakal-nakal."suara Jaehyung dilaungkan kuat sehingga bergema satu taman bunga tersebut.

Aku mendepakan tangan. Tubuh dingin Jungkook aku peluk erat. Wangian harum yang datang khas dari badan lelaki itu menyebabkan aku hampir hanyut.

"Eomma Yoon dah tergoda dengan appa Jeon. Melting lihat daddy macam ni?"

Omongan kucing miang itu aku segera banteras awal-awal. Perut Jungkook menjadi mangsa cubitan berbisaku.

"Gatal anak Jeon seorang ni. Kalau Jaengi tahu, mahu bergusti korang nanti!"

Jungkook mencebik dalam nada manja. Aku sentuh anak rambutnya yang basah. Lalu, aku tolak perlahan naik ke atas. Nah, baru jelas kekacakan suamiku ini.

"Jae Yoon, aku tahu masa aku dengan kau tak lama. Nanti..kau akan pulang semula ke pangkuan Kim Taehyung. Dengar cakap aku boleh?"pinta Jungkook secara mengejut.

Dada lelaki itu turun naik. Nafas yang dihela keluar dari celah bibir memberi gambaran bahawa lelaki itu ingin meluahkan khabar angin berkaitan Kim Taehyung.

"Aku dah jumpa lokasi sebenar hyung. Dia sekarang tinggal bersama keluarga Shin. Kau bersedia untuk jumpa dia semula? A-aku relakan juga untuk lepaskan kau. Lagipun.."

Aku menggelengkan kepala. Mulut Jungkook ditekup pantas. Aku biarkan hati ini untuk bertenang sebentar.

Jujur aku katakan aku takut hendak berhadapan dengan Kim Taehyung semula. Jungkook pula cukup berjasa kepada aku.

Aku buntu. Aku dihimpit pilihan hidup yang begitu menyesakkan dada.

Antara Jungkook dan Taehyung.

Siapa yang harus aku pilih?

"Lagipun kau masih bergelar isteri abang aku. Actually, perkahwinan kita tak sah pun. Jae Yoon, cuba dapatkan ayah kandung Jaehyung semula. Kau tak kesian ke dekat anak kau?"tutur Jungkook dengan berhati-hati.

Tangan kanannya menolak pipi aku agar aku melontarkan pandangan ke arah Jaehyung.

Bahuku terasa berat apabila Jungkook mendaratkan kepalanya di situ. Lengan kekarnya memeluk kemas pinggangku.

"Tugas aku hampir selesai. Jae Yoon, rampas suami kau kembali. Aku izinkan."

-tbc-

A/N:

Bab pertama untuk pembaca semua ❤

Apa perasaan korang?

Btw, saya ada ubah semula ending siri kedua. Sedih authornim sebab ramai tak suka ending yituuu :(


[C]His Roommate | KTHWhere stories live. Discover now