🎮09

3.4K 612 150
                                    

His Roommate • kth

His Roommate • kth

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Selesai update untuk minggu ini. ❤

-----

Jae Yoon memaut kemas hujung sinki dapur. Tubuhnya menggigil penuh debaran. Dia rindukan sentuhan istimewa daripada Kim Taehyung. Lelaki ini tidak boleh diteka dengan mudah.

"Kim T-taehyung, awak dah ingat?"bisik Jae Yoon di telinga Kim Taehyung. Belum sempat dia menyoal soalan berikutnya, tangan kiri Taehyung sudah pantas menutup api masakan.

Sebelah tangan lagi sedang sibuk merangkul pinggang Jae Yoon seolah-olah hari esok sudah tiada. Badan wanita itu dipusingkan ke hadapan.

"Aku tak ..bermaksud nak hancurkan perkahwinan kau dan Jeon. Aku terdesak. Aku inginkan kau, sekarang. sayang."sayu suara Taehyung menuturkan bait-bait ayat tersebut.

Kesejukan pendingin hawa di ruang dapur terhapus dengan suasana hangat dan romantis itu. Taehyung tersenyum kecil tika jari-jemari halus Jae Yoon merayap perlahan di celah-celah rambutnya.

"Pedulikan your Jeon. Utamakan Kim Taehyung sekarang."hasut Taehyung di corong telinga wanita dambaan hati.

Kucupan di leher beralih pula ke kawasan yang dinanti sejak sekian lama. Wajah Taehyung ditunduk sedikit rendah agar ketinggiannya menyamai tubuh genit Jae Yoon.

Lama dia biarkan bibir basahnya terhenti di dagu wanita itu. Iris mata Taehyung menuntut jawapan mutlak daripada Jae Yoon sendiri.

Telapak tangan Jae Yoon menggosok lembut dada Taehyung yang kian berombak sakan. Kepalanya diangguk tanda setuju.

"Kau beri aku jawapan yang membahagiakan, Jae Yoon."

Taehyung meletakkan kedua-dua tangannya di rahang wanita itu sebagai sokongan. Bibirnya bersentuhan rapat dengan bibir Jae Yoon.

Bagaikan euphoria, Taehyung seperti kanak-kanak kecil yang mendapat hadiah manisan kegemaran.

Hujung bibir lelaki itu terukir senyuman kecil tatkala ciumannya mendapat balasan positif daripada pihak wanita.

Dia jarakkan sebentar kedudukan wajah mereka berdua. Nafas yang dihela keluar berbunyi kasar. Taehyung biarkan jari-jemari tangan kanannya bersatu erat dengan Jae Yoon.

Taehyung memagut semula bibir comel itu untuk kali kedua. Perasaan terpendam di dalam hati dizahirkan melalui gerak-geri bibirnya yang licik menyeksa setiap helaan nafas Min Jae Yoon.

"Eomma dan Uncle Tae Tae main dekat dapur tak ajak Jaehyung! Mana adil, huh!"suara riang Jaehyung membantutkan tindakan liar Taehyung.

Rona merah mewarnai pipi Taehyung dan Jae Yoon. Baju kemeja Taehyung yang sudah terbuka separuh dibutangkan semula oleh Jae Yoon.

Senyuman kekok dihadiahkan kepada anaknya. Pipi gebu Jaehyung dicium pantas oleh Jae Yoon.

"Uncle Tae Tae jangan ganas sangat dengan eomma. Takut Jaengi tengok tadi. Taknaklah main game macam tu."omel Jaehyung.

Taehyung menyandarkan dirinya di sebelah wanita itu. Tangannya mencuit pinggang Jae Yoon dalam diam.

Keletah comel Jaehyung direnung bersama perasaan kasih yang muncul tiba-tiba.

"Baiklah, uncle janji tak akan serang eomma Jaengi macam tadi lagi. Kita makan jom?"dalih Taehyung untuk mengubah topik yang berlegar di minda suci anak kecil itu.

Dia jeling wajah Jae Yoon dari hujung mata.

"Damn. Jeon beruntung kerana berjaya miliki kau. Aku cemburu."

Lirikan manja Jae Yoon mengusik hati lelakinya lagi dan lagi.

-tbc-

A/N:

Nasib si Jaehyung, anak diorang kacau.

Kalau tak, dapat adik barulah budak ni.hahahahaha.

Sssh, rindu sama Ryujin nngak?

Dia buat kambek next chapter. 😂

[C]His Roommate | KTHWhere stories live. Discover now