His Roommate • kth
Bab 36
A/N:
Kejutan triple update untuk pembaca yang sudi baca, votes dan komen.
Sudah cukup seminggu Jae Yoon berada di dalam kurungan. Bilik yang dihuninya buat sementara waktu itu cukup muram.
"Taehyung, saya rindu awak. Bayi kita pun s-sama."
Tiada dayang-dayang istana menemaninya sewaktu kandunganya berasa sakit. Khabar angin yang didengarinya daripada pegawai yang menjaga pintu biliknya meruntunkan hati kecil Jae Yoon.
Suaminya sudah sembuh. Wanita itu setia menanti kehadiran Maharaja Kim di bilik kurungan tersebut. Namun, harapannya hancur berkecai dan hanya angan-angan.
Semenjak kes racun di dalam teh bunga itu, Kim Taehyung memegang janji. Permaisuri Kim ditempatkan di dalam bilik kurungan sebelum dia dihadapkan semula di balai hukuman.
"Apa salah Jae Yoon, tuanku Kim? Adinda teramat rindu. Beginikah pengakhiran hidup aku? Dibiarkan sepi, tergantung tidak bertali di bilik suram ini?"
Badannya disandarkan lemah di hujung katil. Jae Yoon menyentuh bibirnya yang sudah merekah pucat.
"Permaisuri Kim. Sahabat baik k-kanda?"ujar seseorang dalam nada sebak.
Telapak tangannya menyentuh dahi Jae Yoon yang sudah bertukar panas.
Lelaki itu mengeluh kecewa. Air matanya tumpah apabila anak matanya bertaut dengan pandangan Min Jae Yoon.
"Putera Jeon?"
---
Jungkook meletakkan gelas air yang berisi renehan daun ubat di atas telapak tangan aku.
Putera Jeon masih degil. Tangannya mengemaskan selimut tebal yang membaluti tubuhku sehingga paras dada.
"Tolong minum air ubat tu. Nanti sakit bertambah teruk, hati kanda juga yang sakit. Tolong dengar cakap demi sahabat baik adinda?"pujuk Jungkook.
Telapak tangan kirinya mengurut bahuku yang terasa lenguh. Aku tidak mahu banyak membantah. Air renehan ubat tradisional itu aku hirup walaupun rasa pahitnya nyaris menyebabkan aku muntah.
"Baik Putera Jeon. Jae Yoon minum ubat ni. Janji!"
Jungkook duduk di hujung katil. Kali ini, kedudukannya berhadapan pula denganku.
Air mata lelaki itu mengalir deras membasahi pipinya. Tanganku digenggam erat. Seolah tiada hari esok bagi kami berdua.
"Aku..aku tak sanggup lihat kau diseksa sebegini. Kau nak aku larikan kau Min Jae Yoon? Aku dah puas menangis sebab kau. Tidur aku tak lena kerana aku tahu kau dikurung di sini. Tanpa p-peneman."
Wajah sayu dan kelopak mata sembapnya membuatkan aku terus menangis. Aku bersyukur kerana sahabat baikku ini masih setia sehingga saat genting ini.
"Beri masa kepada saya untuk bertemu Maharaja Kim. Selepas itu, saya izinkan awak untuk bawa saya lari dari sini, Jeon Jungkook."
Mata Jungkook kembali bersinar apabila jawapan itu dituturkan oleh aku setenang mungkin.
Dalam diam, aku menahan perasaan sakit yang semakin bercambah setiap hari. Masa yang berbaki sudah tinggal sedikit.
Jika Taehyung enggan menerimaku, aku harus redha akan ketentuan takdir. Semoga Jungkook dapat menemani hari-hari terakhirku nanti.
Taehyung, aku rindu kau.
---
Maharaja Kim kekal berdiri tanpa berpaling ke belakang.Dia yakin Jae Yoon sudah sampai untuk bertemu dengannya. Bibirnya diketap geram. Hasutan Jung Jae Kyung akhirnya membuahkan hasil.
Esak tangis rindu yang dihamburkan Min Jae Yoon kedengaran jengkel di pendengaran Kim Taehyung.
"Baginda sudah tidak sudi untuk memandang adinda? Apa salah dinda wahai Maharaja Kim? R-rindu."
Api kemarahan Kim Taehyung semakin memuncak. Susuk tubuh adiknya iaitu Putera Jeon sedang gigih memaut bahu permaisurinya.
"Ingatkan lepas beta kurung dah makin insaf. Rupa-rupanya gedik menjalin kasih dengan adik beta? Jae Yoon, sampai bila sanggup lukakan hati beta? Jawab!"
Jae Yoon menggenggam erat lengan sahabat baiknya, Jeon Jungkook.
Jungkook hampir mara ke arah abangnya. Sedikit lagi satu penumbuk kuat ingin mendarat di permukaan wajah si maharaja. Jae Yoon sempat menghalang pergerakan putera Jeon.
Dia tidak mahu hubungan abang dan adik itu bertambah keruh.
"Kanda ingin soal tuanku sekali lagi. Tiada jalan berpatah kembali. Ingat, jawapan muktamad yang keluar dari mulut hyung akan menentukan hala tuju hidup sahabat baik Kook."
Jungkook menarik nafas dan dia menghembuskannya dengan tenang.
"Tolong terima Jae Yoon semula. Terima baik buruknya. Kook yakin pasti ada salah faham yang wujud. Baginda tuanku Kim, kanda merayu terimalah adinda Jae Yoon semula."
Taehyung membiarkan air mata lelakinya mengalir laju dari hujung kelopak mata.
Keputusan yang sukar untuk diputuskan pada hari yang mendung itu.
"Bawa Permaisuri Min Jae Yoon pergi jauh dari sini. Beta akan kuatkuasakan perintah larangan jejakkan kaki di Istana Bangtaneul kepada Putera Mahkota Jeon dan Permaisuri Jae Yoon."ujar Taehyung tanpa secalit pun perasaan bersalah.
Sebelum Taehyung bergegas keluar dari balai hukuman, Jae Yoon memaut lengan suaminya.
Puas dia mencari sedikit belas kasihan kepada maharaja Kim. Tetapi, hati lelaki itu ternyata sudah beku.
"C-cinta antara kita berdua sudah hilang , Kim Taehyung?"rayu Jae Yoon.
Maharaja Kim merengus kasar. Bahu Jae Yoon ditolak agar wanita itu tidak menyentuh dirinya.
"Ya. Tolong jangan wujudkan diri di hadapan mata beta. Beta dah ada Jung Jae Kyung. Ternyata dia lebih suci dari kau, Min Jae Yoon. Berambus."
Putera Jeon berlari mendapatkan sahabat baiknya itu. Jungkook mengelap saki-baki air mata Jae Yoon yang masih menitis laju.
"J-jae Yoon, aku masih ada. Buang tangisan kau untuk lelaki durjana tu. Aku bawa kau pergi dari sini. Jae Yoon, hati aku sakit sebab kau menangis. Sambut tangan aku. Kita larikan diri ya."
Jae Yoon menahan sebak di dada. Telapak tangan kanannya ditekapkan di dada.
Begitu perit dia menghantar pemergian Maharaja Kim dengan hati yang tidak rela.
"Bawa saya jauh dari tempat yang menyakitkan ini. Bantu saya Jeon Jungkook."
-TBC-
A/N:
Fuh, hampir 900 jumlah perkataan untuk bab yang cukup intense ini.
Jangan tertidur sebab bosan udah ler. Hahahahaha.
Tahan sabor. Ada sebab semua ini berlaku.
Saya tahu korang akan mengamuk dekat Maharaja Kim.
Tunggu aje nanti.
Selesai update. ♥
YOU ARE READING
[C]His Roommate | KTH
FanfictionDemi si dingin Kim Taehyung, Jae Yoon sanggup redah segala cabaran. Photo [Using For Cover]: Afi @baeknob Siri His Roommate (Preview sahaja) 1) His Roommate 1 2) His Roommate 2 3) His Roommate 3 Ranking: #3 in fanfiction (18/6/2019) #1 in fanfictio...