🚻33

5K 861 287
                                    

His Roommate • kth

23

A/N:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Gambar Jae Yoon sewaktu menyamar sebagai Tuan Muda Min Jae Yoong. Patutlah Maharaja Kim terpikat kan? ;)

🏊🏊🏊🏊🏊

Putera Jeon diam tidak membalas apabila abang sulungnya itu meluahkan perasaan gembira di hati

Khabar angin Permaisuri Min hamil rupa-rupanya disahkan benar. Lelaki itu hanya mampu memendam rasa kecewa yang berkurung di dalam hati.

Jungkook tidak rela. Namun, dia terpaksa redha akan ketentuan takdir.

Jae Yoon milik Taehyung. Bukannya milik Jeon Jungkook.

Putera mahkota itu segera memeluk bahu Maharaja Kim yang sudah menangis kegembiraan. Berita baik itu harus diterima olehnnya.

"Kanda ucapkan tahniah untuk baginda tuanku Kim. Semoga anak di dalam kandungan Permaisuri Min baik-baik sahaja. J-jungkook tumpang gembira."tutur Jungkook seikhlas mungkin.

Lengannya menyiku perut abang sulungnya. Kim Taehyung membalas pelukan Putera Jeon. Adik-beradik itu saling berbalas senyuman.

"Terima kasih Putera Mahkota Jeon. Beta terharu kerana wujudnya adik yang memahami. Hurm, bila lagi nak cari calon? Keluarga Bangtaneul sentiasa nantikan pendamping putera Jungkook ni."

Permintaan Maharaja Kim melenyapkan sebarang senyuman dari wajah Jungkook. Putera itu berusaha untuk mengawal riak muka kecewa daripada terpampang pada pandangan mata abangnya.

"Terima kasih Maharaja Kim. Tahniah ya?"ujar Jungkook dalam nada bergetar.

Dia pantas menunduk hormat. Lalu, lelaki yang dilanda perasaan sedih tersebut membawa diri jauh dari orang ramai.

Hatinya yang sakit dan kecewa perlukan ketenangan. Jungkook tidak mahu sesiapa pun mengganggunya pada saat itu.

---

Jae Kyung membiarkan rambut panjangnya dibuai angin yang bertiup lembut.

Suasana petang itu berubah kelam. Hatinya meraung suara bantahan. Namun, Jae Kyung tidak mampu lakukan apa-apa tindakan.

Posisinya sebagai gundik Maharaja Kim menyebabkan niat wanita itu untuk merampas kebahagiaan sementara yang dikecapi Min Jae Yoon.

"Putera Jeon, tiada gunanya tuanku bersedih sebegini. Duduk keras tanpa bertindak. Sedih kan wanita idaman kalbu sudah menjadi hak milik lelaki lain?  Jae Yoon sudah rasmi bergelar milik maharaja Kim."ujar Jae Kyung panjang lebar.

Puas hatinya menyelit jarum kebencian di dalam hati putera Jeon. Jae Kyung tersenyum puas di dalam hati tatkala mata lelaki itu merenungnya tajam.

" Apa yang kau mahu sebenarnya Puan Muda Jung Jae Kyung? Kau bernasib baik kerana aku tak dedahkan status gundik kau kepada permaisuri Kim. Tak puas lagi?"perli Jungkook.

Jae Kyung mengelus lembut pipi putera diraja tersebut. Satu kucupan mesra dihadiahkan di permukaan pipi kanan Jungkook.

"Patik akan berpuas hati jika status bawahan ini berubah ke status permaisuri. Tugas tuanku begitu mudah. Inilah masanya untuk larikan Jae Yoon. Kita sama-sama menang, kan?"

Jungkook merentap pergelangan tangannya daripada digenggam oleh Jung Jae Kyung.

Dagu wanita itu dicengkamnya kasar. Jungkook (termasuk readers) membantah keras hasutan iblis yang keluar daripada mulut jelitawan Jeonju itu.

"Kau jangan sesekali masuk campur urusan aku. Walaupun Jae Yoon bukan lagi milik aku, aku akan setia terhadap dia sehingga a-akhir nafas aku. Jangan biarkan kau dibunuh oleh aku pada masa akan datang."bidas Jeon Jungkook dalam nada keras.

Jae Kyung merengus geram. Matanya menghantar renungan penuh makna kepada putera Jeon.

Bebannya makin bertambah. Jae Kyung perlu berusaha keras untuk menghapuskan Jae Yoon dan Jungkook pada masa yang sama.

"Celaka kau putera Jeon dan Jae Yoon. Kamu berdua layak terima pembalasan yang sepatutnya. Tiada siapa akan menghalang aku untuk mendapatkan Maharaja Kim. Kita lihat nanti."

Jae Kyung mengusap pergelangan tangan serta dagunya yang berbekas merah akibat dicengkam kasar oleh Jeon Jungkook.

Tiada istilah mengalah dalam diri Jung Jae Kyung. Dia ingin terus mara untuk keluar dari status gundik.

"Apa perasaan kau Permaisuri Kim jika kau tahu aku sudah bergelar gundik diraja milik Maharaja Kim?"

-TBC-

A/N:

Aigoo Jung Jae Kyung. Bosan agaknya tu asyik nak balas dendam aje.

Hahahahaha.

🌚

Ada nak join skuad membanteras gundik terhormat Puan Muda Jung Jae Kyung?

Maaf kerana kelewatan update.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C]His Roommate | KTHWhere stories live. Discover now