His Roommate • kth
06
A/N:Cover untuk bab 6 bertukar wajah. Btw, saya nak ingatkan siri kedua memang saya hadkan jumlah perkataan. Apa-apapun enjoy.❤
------------------
Kim Taehyung memicit batang hidungnya. Dia sendiri tidak sanggup menatap keadaan dirinya yang tidak terurus.
Mujur lelaki itu sempat menahan Jae Kyung daripada bertindak melebihi had. Kalau dia tetap biarkan, mungkin tunangnya sudah mengheret dia ke katil.
"Gila. Habis dia tinggal kesan gigit. Nasib baik aku berjaya halau balik. Ugh."rungut Taehyung. Bibirnya mengomel perlahan.
Hujung baju diletakkan di permukaan lehernya yang berbekas hasil perangai nakal Jung Jae Kyung. Taehyung mengesat perlahan kesan-kesan yang mula memerah itu.
"Alahai, aku lupa..Jae Yoon masih di tingkat atas? Haish."
Tanpa menunggu masa yang lama, Taehyung beredar menuju ke bilik yang dihuni oleh Min Jae Yoon.
Baru tinggal sekejap, dah rindu gamaknya.
-----
Aku berpura-pura menutup mata. Bunyi pintu dibuka oleh seseorang menyebabkan aku segera memberi reaksi pantas.
Hati aku diserang rasa sakit kerana babak tidak senonoh antara si penculik dan tunangnya bersiaran di fikiran.
Tarik nafas dan hembus perlahan. Kau rileks, Min Jae Yoon.
Dia bukan siapa-siapa. Dia hanya penculik kau. Tak lebih daripada batasan itu.
"Dah tidur ke Jae Yoon?"
Soalan yang dilontarkan Kim Taehyung aku biar tergantung tanpa jawapan. Tubuhku menggigil akibat kesejukan yang datang dari pendingin hawa. Namun, aku berasa hangat semula.
Selimut tebal ditarik oleh lelaki itu menutupi tubuh badanku sehingga paras dada.
"Kau ...begitu cantik. Dari mana kau datang Jae Yoon? Kita pernah berjumpa?"ujar Taehyung dalam nada berbisik.
Aku menahan diri daripada melakukan apa-apa perbuatan yang dikhuatiri bakal menyebabkan aku kantoi.
Permukaan tanganku disentuh olehnya dengan lembut. Suara gelakan manja yang meniti di bibir lelaki itu menggoyahkan hati aku yang rapuh ini.
"Bantu aku Jae Yoon. Maaf kerana aku terdesak untuk culik kau. Wajah kau mengingatkan aku tentang sesuatu. Kau buat hati aku.."ujar Taehyung tulus ikhlas. Ayat terakhirnya sengaja dihentikan tanpa penamat. Hati lemah aku menjadi tidak keruan.
Hujung selimut aku genggam kuat secara berselindung. Tubir mata mulai hangat. Suaranya. Suara lelaki ini terlalu mirip seperti si dia di alam mimpi.
-tbc-
A/N:
Rindu update dari saya?
❤
YOU ARE READING
[C]His Roommate | KTH
FanfictionDemi si dingin Kim Taehyung, Jae Yoon sanggup redah segala cabaran. Photo [Using For Cover]: Afi @baeknob Siri His Roommate (Preview sahaja) 1) His Roommate 1 2) His Roommate 2 3) His Roommate 3 Ranking: #3 in fanfiction (18/6/2019) #1 in fanfictio...