His Roommate • kth
Kim Taehyung masih setia di tempat duduknya di ruang dapur. Setelah mereka pulang ke rumah, Jae Yoon bertindak mengasingkan diri daripada lelaki itu.
Taehyung meraup kasar wajahnya. Jam di telefon pintar sudah mencecah angka 3 pagi. Namun, lelaki dingin tersebut tetap berkeras untuk meneguk beberapa cawan minuman keras yang diambil dari peti ais.
"J-jae Yoon, aku sakitkan hati kau kan? Aku dengar kau menangis. Hati aku pun turut menangis."rintih Kim Taehyung.
Badannya sudah berasa panas. Kot yang dipakai sudah tercampak di atas lantai. Wajah Taehyung tidak seceria seperti di dalam majlis hari lahir tersebut. Rambutnya bertukar messy. Nafasnya yang busuk dengan bau alkohol menyebabkan kepalanya diserang rasa pening.
"Tipulah kalau aku kata tak ingat. Aku t-tak bersedia nak luahkan diri yang sebenar Jae Yoon. Aku tak sanggup lukakan hati kau macam dulu. Kenangan di Bangtaneul terlalu manis tetapi penuh dengan jarum kesakitan."
Tangan Taehyung menepis secara tidak sengaja gelas kaca kecil yang terletak di atas meja. Lelaki itu mengelap tangisan yang langsung tiada tanda mahu berhenti keluar dari hujung kelopak mata.
"Gila. Semua ni gila. Hati beta macam nak pecah. Adinda Min marahkan beta sekali lagi. Hati ni ...tunggu masa nak meletup. S-sakit."
Hujung jari telunjuk ditekan kuat di permukaan dadanya sendiri. Pintu bilik Jae Yoon ditenungnya bersama segala perasaan yang ingin diluah tetapi ada halangannya.
"Adinda...sentiasa bergelar permaisuri comel kesayangan hati beta..selamanya."tutur Taehyung sebelum badannya melurut jatuh di hadapan pintu bilik Min Jae Yoon.
-tbc-
A/N:
Double update gais.
Camne dengan bab ini?
Hehe.
YOU ARE READING
[C]His Roommate | KTH
FanfictionDemi si dingin Kim Taehyung, Jae Yoon sanggup redah segala cabaran. Photo [Using For Cover]: Afi @baeknob Siri His Roommate (Preview sahaja) 1) His Roommate 1 2) His Roommate 2 3) His Roommate 3 Ranking: #3 in fanfiction (18/6/2019) #1 in fanfictio...