His Roommate • kth
31
----
Tiga bulan berlalu
Kim Taehyung berhenti mencoret dakwat di atas kertas putih itu. Bibirnya terasa pedih. Tekaknya menunjukkan tanda-tanda kurang selesa sejak beberapa hari lepas.
"Ugh. Beta mahu singgah ke kamar mandi. Tekak rasa loya. Perut pun sama. Gemar betul buat hidup beta tak tenang."
Sida-sida yang menunduk hormat. Lalu, mereka mengiringi gerak langkah longlai maharaja Kim ke kamar mandi.
Hujung perigi dipegangnya kuat. Nafas Taehyung menjadi tidak stabil. Habis semua isi dalam perut dihamburkannya.
"Tuanku baik-baik sahaja? Kalau tidak, patik akan bawa Tuanku beristirehat di kamar."
Kim Taehyung mengangguk lemah. Belum dicampur perasaan marahnya setiap kali memandang wajah Permaisuri Kim Jae Yoon.
Entah penyakit apa yang merasuk Kim Taehyung pada ketika itu. Tubuhnya dipapah oleh sida-sida yang bertugas.
Mulutnya pula berterusan menyebut nama wanita yang dicintainya itu.
---
"Kim Jae Yoon, pergi jauh. Beta tak ingin tidur sekatil dengan sesiapapun terutamanya adinda permaisuri."
Selimut tebal ditarik olehnya. Bunyi rungutan kasar sengaja dibiarkan terlepas ke pendengaran Jae Yoon.
Semakin lama dia menghadap wajah permaisuri, rasa loya dan sakit hati menyerang diri Kim Taehyung.
"Beta hampir murka. Keluar sekarang J-jae Yoon."bentak lelaki itu dengan keras. Bibirnya mengomel kata-kata menyindir Jae Yoon.
Telapak tangannya menekup mulutnya yang terasa mual apabila wangian Jae Yoon menusuk masuk ke dalam lubang hidung.
"Baiklah. Saya menurut perintah Tuanku. Jaga diri. Rehat secukupnya."ucap Jae Yoon. Jari-jemarinya jatuh mendarat di atas permukaan perutnya yang sedikit membuncit.
"Mungkin aku makan terlalu banyak sejak bergelar permaisuri. Sampai perut pun dah buncit. Taehyung pun aneh. Kalau aku dekat je, mesti acah nak muntah. Andwae?"
Baju hanbok yang tebal menyebabkan Taehyung masih tidak sedar dengan perubahan fizikal Jae Yoon.
Jae Yoon? Wanita itu masih terpinga-pinga mencari jawapan atas perubahan sikap suaminya itu.
---
Jung Jae Kyung melontarkan pandangan ke arah beg pakaian yang dibawa oleh dayang-dayang daripada kediaman Bangsawan Jung.Bibirnya terbentuk sebuah senyuman penuh kemenangan. Mata wanita berstatus bangsawan itu dialihkan pula kepada pemandangan istana yang tersergam indah di hadapan mata.
"Begitu cantik dan kukuh berdiri Istana Bangtaneul. Aku sudah datang bersama tuntutan janji kepada baginda Kim Taehyung. Rindu patik tak?"monolog Jae Kyung sendirian.
Keningnya dijengket perlahan. Fikirannya yang dipenuhi dengan desakan nafsu inginkan Kim Taehyung seorang.
Penumbuk kecil terbentuk kemas di tangan kanannya. Kelibat permaisuri Kim Jae Yoon yang sedang berdiri sambil tersenyum mesra bersama para dayang istana membangkitkan rasa menyampah di hati Jae Kyung.
Jae Kyung bawa langkah kakinya laju menuju ke dalam istana.
"Aku akan pastikan nama aku sah sebagai gundik Maharaja Kim. Selepas itu, rancangan untuk menghancurkan Jae Yoon pasti semudah yang disangka."
---
"Apa yang buatkan kau berani datang menghadap beta , wahai Cik Muda Jung Jae Kyung?"
Jae Kyung mengangkat kepalanya setelah dia menunduk hormat kepada pemerintah kerajaan Bangtaneul itu.
Bulu mata dikedipnya manja. Setiap perlakuan dan gerak langkahnya dimaniskan demi menambat hati Kim Taehyung.
"Patik ingin tawarkan diri untuk menjadi gundik Tuanku. Secara rela hati. Janji Tuanku harus ditepati!"
Suara Jae Kyung tenang sahaja sewaktu kata-kata itu meluncur keluar dari bibir merah delimanya.
Taehyung merengus kasar. Berkali-kali kepalanya digelengkan kepada jelitawan Jeonju itu.
"Beta tidak tergamak untuk duakan kasih Permaisuri Kim Jae Yoon. Kau tidak berfikir panjang Cik Muda Jung Jae Kyung?"bantah Taehyung dalam nada keras.
Tangannya memberi isyarat agar sida-sida istana memberi peluang untuknya berbual bersama Jae Kyung.
"Patik sedia dan yakin Tuanku akan jadikan patik sebagai gundik utama. Bukti bahawa Putera Jeon dan Permaisuri Kim Jae Yoon berhubungan sulit ada dalam tangan patik. Buktinya ada di sini!"
Jae Kyung mengeluarkan surat tulisan tangan yang begitu mirip dengan tulisan Jae Yoon. Riak wajahnya dibiarkan kosong.
Surat itu menjadi satu sumber penting untuk meyakinkan Taehyung agar menerimanya sebagai gundik.
"Beta boleh jatuhkan hukuman pancung. Jangan tipu beta dengan surat palsu ini!"
Jae Kyung sudah diserang rasa gementar. Bibirnya membalas serangan kata-kata daripada maharaja Kim.
"Cuba teliti isi surat tersebut. Mungkin ada ayat yang pernah tuanku tuturkan kepada Permaisuri Kim?"
Taehyung merenung bait-bait ayat yang tercoret di atas kertas berwarna perang itu. Hatinya seperti menerima kejutan. Hancur berkecai tanpa belas kasihan.
"Adakah bukti ini cukup untuk Tuanku kim beri peluang kepada patik?"
Kim Taehyung membiarkan tangisan kecewa membasahi seluruh permukaan pipinya.
Surat tersebut dicampak ke bawah lantai. Wajahnya memandang susuk tubuh Cik Muda Jung Jae Kyung.
"Apa kau mahu b-beta lakukan ? Penuhi janji yang dilanggar?"
Jae Kyung menunduk hormat kepada pemerintah itu. Kim Taehyung berperang dengan perasaan sedih yang menyesakkan jiwa dan hatinya.
Bunyi esak tangis Kim Taehyung menimbulkan rasa puas di hati Jae Kyung.
Dia tidak sabar ingin melihat kemusnahan Jae Yoon dan Putera Jeon.
"Jadikan patik gundik Tuanku. Patik mohon percepatkan urusan perlantikan ini."
-TBC-
A/N:
Ah, Jae Kyung sudah muncul.
Bab-bab selepas ini lagilah dia buat kambek menyakai.
Kawal hati. Jangan maki Jae Kyung.
🌚
YOU ARE READING
[C]His Roommate | KTH
FanfictionDemi si dingin Kim Taehyung, Jae Yoon sanggup redah segala cabaran. Photo [Using For Cover]: Afi @baeknob Siri His Roommate (Preview sahaja) 1) His Roommate 1 2) His Roommate 2 3) His Roommate 3 Ranking: #3 in fanfiction (18/6/2019) #1 in fanfictio...