"Daehyun!! Nenek kata jangan sepahkan mainan ni! Nenek dah penat nak kutip semua ni!" Kata puan Kim aka nenek kepada Kim Daehyun sambil mengutip mainan yang disepahkan oleh cucu kesayangannya.
Maklumlah, anak ada dua. Tapi ada sorang saja cucu sebab anak sorang je baru nikah.
Tapi malangnya, isteri anaknya meninggal selepas lahirkan anak pertama mereka.
Sekarang Kim Daehyun anak kepada Kim Doyoung sudah masuk tiga tahun.
Dia dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu. Hanya dibesarkan oleh atok, nenek dan papanya sahaja.
"Tengoklah Doyoung, omma dah pesan banyak kali kat kamu. Cari lah mak untuk Daehyun ni. Dah laa Daehyun ni nakal. Omma pun makin tua, dah tak larat jaga anak kamu ni. Harapkan maid ngan babysitter, semuanya tak jadi"
Doyoung hanya mendengar sahaja bebelan ibunya. Sudah seribu kali duk ulang benda yang sama. Tak penat ke? Doyoung pun dah muak sampai pekakkan telinga je.
Doyoung bukannya tak cari, tapi tak jumpa yang sesuai. Ramai je orang yang mahukan dia, tapi semua gilakan hartanya sahaja.
Lagi satu, dia ada anak, kalau nak pilih isteri baru pun perlu persetujuan anaknya dahulu. Daehyun pula jenis bukan mudah masuk dengan orang yang dia tidak kenal. Dia perlu pikir masak masak untuk kawen lagi dan dia kalau boleh mahukan perempuan yang boleh layan anaknya macam anak sendiri.
"Papa! Papa! Tengok ekor dinosaur ni tercabut" kata Daehyun sambil mencebik didepan papanya yang sedang menaip sesuatu di laptopnya.
"Mana tengok? Jangan kata kamu nak beli mainan lain lagi" kata Doyoung lalu mengambil mainan ditangan anaknya.
Anaknya angguk.
"Kali ni Daehyun nak barbie"
"Apa? Kamu lelaki, tak boleh main mainan pompuan"
"Barbie tu untuk nenek laa, kesian nenek takda kawan perempuan. Atok, papa, Daehyun semua lelaki"
Doyoung mengusap kepala anaknya dan tersenyum.
"Siapa kata nenek takda kawan pompuan? Bibik kamu tu ada"
"Bibik tak best! Bibik selalu sibuk. Dia takda masa teman nenek"
"Aish yela yelaa, nanti papa belikan barbie untuk nenek"
Tiba tiba neneknya datang ditepi Daehyun "nenek tak perlukan barbie untuk jadi kawan nenek sayang. Apa kata minta dengan papa mama baru? Boleh teman nenek masak, jaga rumah, main dengan kamu dan dia boleh jaga papa sekali. Kalau barbie tak boleh buat apa apa"
Neneknya pandang Doyoung sambil tersenyum mengusik.
"Papa papa! Macam best je kalau ada mama baru!"