14 ◈

1.1K 135 16
                                        

Ps: sejujurnya, saya lambat update sebab takda idea. Sorry guys :(










"Hana, mungkin awak dah bosan dengar saya confess kat awak hari-hari, tapi saya tak akan mengalah. Saya betul-betul cintakan awak"

Kata-kata Taeyong masih terngian-ngian ditelinga Hana. Sudah sebulan kerja dengan Taeyong dan hari-hari Taeyong tak akan lepas untuk confess kepadanya.

Sampai Hana berasa nak jasa dia berhenti kerja. Tapi itu cadangan yang bagus. Jadi dia menghantar surat peletakan jawatan. Tapi, Taeyong tak terima surat itu.

Hana sudah tak tahu nak buat apa. Dia tak suka pada Taeyong. Dia langsung tak ada hati dengannya. Walaupun, hari hari Taeyong layannya baik, takda kasar macam Doyoung. Dia tetap tak berminat.

Hal ini kerana fikirannya sentiasa pada Doyoung. Dia tak tahu kenapa. Dia cuba untuk membenci Doyoung. Kerana baginya, Doyoung hanya gunakan dia untuk jaga anaknya.

Dia harus benci Doyoung. Tak kira apa pun!

"Mama Hana? Mama termenung apa?" Soal Daehyun.

Hana sekarang di rumah Doyoung. Hana dah berjanji pada Daehyun untuk sentiasa datang melawat Daehyun apabila dia cuti.

"Takdalah. Mama cuma fikir nak masak apa untuk kamu harini"

"Oh, mama! Daehyun nak makan tomyam! Haritu, uncle Ten bawakan tomyam! Sedappp!"

"Tomyam? Aduh, mama mana tahu nak masak masakan thailand"

"Tapi mamaaaaa~" Daehyun mencebik.

Tiba-tiba Doyoung datang melabuhkan punggung di atas sofa sebelah Hana. Rapat.

"Papa akan tolong mama masak" Doyoung kenyitkan mata pada Hana.

Hana terpukau.

Tapi kejap je, dia sedar balik.

"Awak tahu ke masak tomyam?" Soal Hana.

"Sekarang zaman moden lah, saya boleh minta resepi dengan Ten" kata Doyoung.

"Oh, okay" jawab Hana sambil jauhkan diri dari Doyoung yang semakin rapat dengannya.

"Yeyyyy! Tomyam!"

SKIP

Selepas membeli pekakas untuk membuat tomyam. Mereka terus pulang dan memulakan misi.

Doyoung memotong ayam dan Hana siapkan bahan yang lain.

Mereka berkerja sama, jelas nampak seperti pasangan suami isteri yang bertungkus lumus memasak untuk anaknya.

Bagi Doyoung, inilah peluang dia berbaik dengan Hana.

Tapi Hana, hanya memikirkan adakah tomyam ini akan menjadi?

"Hana"

"Ye?"

"Saya minta maaf pasal haritu, saya terlalu ikut perasaan, saya tak-"

"Takpa, saya tak ambil hati sangat" potong Hana. Dia langsung tak pandang Doyoung. Sikap Hana menjadi dingin dengan Doyoung. Tapi dengan Daehyun baik pula.

"Oh"

Doyoung diam sambil melihat Hana menumis bawang dan bahan-bahan lain.

"Doyoung" panggil Hana membuatkan Doyoung memandangnya semangat.

"Ya?!"

"Lepas tumis ni, nak letak apa?"

"Ohh? Kejap, saya check" dia scroll henfon dia. Muka dia khusyuk betul baca chat dia dengan Ten. Amboi, betul ke chat pasal resepi ni. Hahahahaha.

i want a mama!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang