Incheon Airport.
"Nenekkkkk!!" Daehyun berlari kearah neneknya selepas sahaja di melihat figura nenek dan atoknya yang dirindui.
"Daehyun!!" Jerit atok dan nenek Daehyun gembira sambil neneknya depakan tangan untuk pelukan.
"Daehyun, jangan berlari nanti jatuh" kata Hana sambil mengejar Daehyun. Doyoung pula mengejar Hana.
Doyoung tersenyum selepas sampai disebelah Hana dan Daehyun pula sudah berada dalam dukungan neneknya.
"Caring betul awak pasal dia kan?" Soal Doyoung.
"Kenapa pula tak caring? Daehyun saya layan dah macam anak sendiri" balas Hana sambil tercungap.
"Saya? Bila pula awak nak layan macam suami sendiri?"
"Baguslah macam tu, jom saya kenalkan awak dengan atok dan nenek Daehyun".
"Okay".
"Cucu nenek makan apa huh? Makin bambam pipi ni hmmm" kata neneknya sambil mencium pipi cucu kesayangannya.
"Daehyun makan banyak hehehe" balas Daehyun sambil tangannya membuat bentuk bulatan besar. Menunjukan bagaimana banyaknya itu.
"Atok dan nenek risau, takut kalau Daehyun tak lalu makan, sebab tulah kami balik awal" kata atoknya pula.
"Daehyun makan, mama suapkan" kata Daehyun membuatkan nenek dan atoknya hairan.
Mama mana ni?
"Mama?"
Daehyun berpaling ke belakang, dia melihat Doyoung dan Hana menghampirinya.
"Papa! Mama!" Panggilnya.
"Appa! Omma!" Ini panggil Doyoung, sama je bapak dengan anak kalau panggil orang jerit jerit gitu.
Doyoung memeluk appanya, kemudian cium pipi ommanya dan mengambil Daehyun dari dukungan ommanya kerana takut ommanya yang sudah berusia itu penat.
"Doyoung sihat?" Tanya omma Doyoung.
"Sihat omma. Appa dengan omma sihat?"
"Yaa kami sihat, tapi omma kamu ni tak tenang duk kat sana tu. Katanya nak balik cepat sebab rindu cucu. Appa nak keluar jalan-jalan kat Tokyo pun tak aman" balas appanya.
"Hahaha abang ni, takyah laa bagitau yang itu. Eh, siapa dia tu?" Soal ommanya kerana dia melihat seorang perempuan yang tidak dikenalinya dari tadi lagi bersama Doyoung.
"Ini mama Daehyun" kata Daehyun gembira.
"Kawan nenek, yeyyyy!" Sambungnya lagi.
Kemudian omma dan appa Doyoung mengukirkan senyuman mengusik.
"Oh, mama Daehyun" kata ommanya dengan nada mengusik. Doyoung dan Hana sudah blushing teruk.
"Apa khabar puan, tuan. Saya Hana, secretary Tuan Kim" sapa Hana sambil tunduk hormat.
"So? Mama Daehyun? Doyoung explain" soal appanya.
Doyoung menepuk dahinya.
"Balik nanti kita story strongny ya. Sekarang kita balik rumah dulu. Omma dengan appa mesti penat kan?" kata Doyoung sambil meletakan Daehyun atas lantai biar dia jalan sendiri. Dan dia menolong ibu bapanya menarik bagasi mereka.
"Baiklah, omma memang rasa penat. Tapi hilang lepas tengok mama Daehyun ni" usik ommanya lagi, tapi Doyoung tak hiraukan lalu terus membawa bagasi itu ke kereta.
"Nenek suka mama?" Soal Daehyun yang sekarang atas dukungan Hana.
"Kenapa tak suka pula, kan nenek yang nak papa carikan nenek kawan. Daehyun pun suka mama kan?"
Daehyun angguk.
"Kalau macamtu nenek pun suka" balas neneknya sambil senyum pada cucunya dan Hana.
Dia amat gembira kerana cucunya dapat sukakan seseorang sebegini sekali. Dia juga tahu yang cucunya amat sukar untuk bergaul dengan orang asing. Jadi pendapatnya, Hana ini orang yang special kerana telah membuat Daehyun suka padanya dan gembira bertemunya.
◈◈◈◈◈
Di rumah orang tua Doyoung,
Selepas Doyoung tidurkan Daehyun dalam bilik. Dia turun ke ruang tamu untuk menceritakan siapakah 'mama' yang digelar oleh Daehyun.
"Jadi, bila nak aturkan majlis nikah?" Soal appanya setelah Doyoung menceritakan segalanya.
"Omma dah lama tak makan nasi minyak" kata ommanya membuatkan Doyoung tersenyum tanpa sebab.
"Appa ni, majlis nikah apa-nya. Cik Jung bukannya yeojachingu Doyoung. Dia cuma perkerja syarikat kita saja appa" balas Doyoung dengan nada yang kurang semangat.
"Lah? Kamu berdua takda hubungan?"
"Takda, dia just pekerja. Sebelum Daehyun ke pejabat, dia just secretary biasa. Tak special pun".
"Oh? Sekarang? Dia special la?"
"Dia special untuk Daehyun saja, sebab Daehyun anggap dia sebagai mak"
"Di mata kamu? Dia macam mana?"
"Appa, boleh tak jangan tanya soalan macam ni"
"Yang kamu tiba-tiba emo tu asal? Kamu suka dia?"
Doyoung melepaskan nafas berat.
"Kalau Doyoung suka dia, dia akan suka Doyoung balik ke?"
"Heyyy, mana perangai anak appa yang gentleman tu? Kenapa jadi pengecut sangat ni?" Soal appanya.
"Kamu dah bagitau dia perasaan kamu?" Kali ini ommanya pula menyoal.
Doyoung gelengkan kepalanya tanda tidak.
"Doyoung tak yakin lagi dengan perasaan ni. Mungkin kena tafsirkan lagi perasaan apa ini. Adakah Doyoung gembira melihat anak Doyoung gembira atau Doyoung rasa gembira sebab melihat siapa pembuat anak Doyoung gembira"
Doyoung mengeluh. Dia genggam tangan ibu dan bapanya.
"Jadi omma appa, bagi Doyoung masa"