22 ◈

1.1K 128 63
                                    

"Apa kata kita minta tolong cik Kang?" Taeyong memberi pandangan tak percaya pada Taeil. Nak ke cik Kang jadi fake girlfriend Taeyong? Dan, nak ke Taeyong kat si cik Kang tu?

"Tak tak. Tak boleh! Dia tak sesuai jadi girlfriend aku"

"Eh, nak berlakon je kot. Bukan betul-betul"

"Tapi takda ke orang lain?"

"Ada, tapi kau kena tanggung risiko lah" Taeil angkat kening pada Taeyong.

"Siapa yang kau nak minta tolong ni sampai kena tanggung risiko?"

"Hmm, Hana?"

"Uuishhh, tu risiko paling gila. Kalau boleh aku malas berperang dengan si Doyoung tu"

"Ha tahu takpa. Hmm kalau Sorn, dah jadi bini Yuta. Chareen pulak tunang Johnny. Jungmi makwa Hansol. Wendy makwa aku. Kalau ambil orang luar, aku takut diorang ambil kesempatan kat kau. Jadi, kalau kau nak diorang jadi fake girlfriend kau, kau kena berani tanggung risiko lah"

Taeyong bersandar pada sofa dalam pejabatnya. Pegelangan tangan diletakkan atas dahi. Dia merenung siling pejabatnya dengan perasaan kosong.

"Boleh tak aku pinjam Wendy kau?"

"Kalau kau dah taknak muka kau still hensem macam ni esok. Ambil lah" balas Taeil dengan nada serius. Siapa saja tak serius kalau orang nak pinjam kekasih hatinya untuk jadi kekasihnya walaupun benda tu tipu-tipu sahaja?

Taeyong menelan perit liurnya mendengar balasan Taeil.

"Lepas tu siapa nak tolong aku!? Huaaa sedihnya. Kenapa omma tak kasi aku hidup membujang sampai tua je?" Kata Taeyong sambil memikirkan nasib pada hari akan datang.

"Aku rasa" Taeil mengurut dagunya, tanda dia sedang berfikir.

"Rasa apa?"

"Rasa.. "

"Ye rasa apa?"

"Kau diam dulu boleh tak? Biar otak aku panaskan enjin kejap" Taeyong terus diam akibat dimarahi oleh Taeil.

"Aha!" Taeil petik jari dengan reaksi muka macam telah berjaya mendapatkan idea. Taeyong memandangnya dengan penuh minat untuk tahu apakah idea bernas sangat dia tu.

"Cik Kang! Dia single"

"Apa kena mengena cik Kang dengan single? Dia artis ke? Keluarkan single je? Artis baru ke?"

"Kalau aku kata bodoh. Kesian pula, dah laa muka hensem tapi bodoh. Macam mana bodoh camni boleh handle syarikat maju begini?"










◈◈◈◈◈

"Hana!"

Terjatuh henfon ditangan Hana akibat sergahan Seulgi.

"Aduh, henfon aku. Dah laa baru je repair screen" Hana mengambil henfon dia yang jatuh atas mejanya tadi.

Seulgi yang dah memang tak tenang duduk, sekarang makin teruk. Gelisah, gelabah, takut, semua ada.

"Maaf maaf, saya tak sengaja"

"Takpa takpa. Nasib baik jatuh rendah je, jadi takda rosak apa apa" Seulgi menghembus nafas lega sedikit.

"Ha, ada apa cari saya?" Soal Hana.

Muka Seulgi mula risau, dia memegang kedua-dua tangan Hana.

"Tolong saya"

"Kenapa ni? Awak ada masalah ke?" Seulgi menggeleng kepala.

"Bukan masalah. Tapi Encik Lee"

"Kenapa dengan encik Lee? Dia ada apa-apakan awak ke?" Hana bangun dari kerusinya. Muka dia mula panas. Dia genggam penumbuk, sedia untuk belasah encik Lee kalau-kalau dia apa-apakan kawannya.

i want a mama!Where stories live. Discover now