Sudah seminggu badan Daehyun panas. Dia demam. Dia tak mahu makan. Papanya sudah tak tahu nak buat apa.
"Mama Hana" perkataan ini yang selalu disebut apabila Doyoung ingin menyuapnya makanan, ketika tidur, ketika bangun. 24 jam nama Hana yang disebut.
"Doyoung, bawakanlah Hana jumpa Daehyun. Omma risau lah, demam dia dah seminggu. Kalau jadi apa apa kat dia? Macam mana Doyoung?" Kata puan Kim.
Sudah banyak kali ommanya berpesan begitu. Tetapi Doyoung masih berdegil.
[Doyoung's pov]
Daehyun, papa minta maaf. Papa bukannya taknak bawa mama Hana jumpa kamu. Tapi papa malu. Papa marah dia, papa berkasar dengan dia.
Dan masalah yang paling besar. Papa berhentikan dia kerja.
Papa minta maaf, papa bertindak tanpa berfikir masa tu.
Aku dah maafkan Hana, aku tahu ini bukan salah dia. Anak aku pun nakal juga. Aku sepatutnya tak boleh salahkan dia sepenuhnya waktu itu.
Tapi aku sangat risaukan Daehyun waktu itu. Dia satu-satunya anak aku. Aku tak boleh hidup tanpa Daehyun.
"Doyoung, kamu tak kesian ke tengok anak kamu ni? Turunkan ego tu, bawa Hana ke sini" kata omma.
Ya, turunkan ego! Anak aku segalanya. Aku harus bawa Hana ke sini.
[End Doyoung's pov]
SKIP
Di rumah Hana,
Knock knock knock~
Pintu dikuak dari dalam.
"Ya? Cari sia-" belum sempat Hana habiskan ayatnya. Dia ingin menutup kembali pintu tapi dihalang oleh badan Doyoung.
"Kejap Hana, saya nak cakap dengan awak!"
Hana berhenti memaksa pintunya tertutup.
"Awak nak cakap apa?" Soal Hana, Hana dah tukar panggilannya pada Doyoung. Kerana Doyoung sudah bukan bosnya.
"Daehyun sakit" Hana terkejut. Hampir saja dia nak rebah. Dia sangat risaukan Daehyun, dia juga telah menganggap Daehyun itu seperti anaknya sendiri.
"Sa-sakit?"
"Ya, dia perlukan awak"
"Mana dia sekarang!?"
SKIP
Hospital Culture, wad 127.
"Daehyun!" Hana memeluk Daehyun erat. Daehyun juga memeluk Hana.
Setiap kali mereka berpeluk. Pasti ada yang jeles.
"Kenapa dia tak peluk aku macam tu tadi?" Monolog Doyoung."Mama, Daehyun rindu mama" Kata Daehyun lemah.
"Mama pun rindu kamu sayang" dia mencium dahi, pipi Daehyun sambil menangis.
"Papa jahat, dia tak kasi jumpa mama" kata Daehyun. Hana hanya mengusap kepala Daehyun. Dia tak balas apa-apa.
"Daehyun dah makan?"
Daehyun gelengkan kepala.
"Makan sikit nak? Mama suap? Okay?"
Daehyun anggukkan kepala.
Sungguh gembira puan Kim melihat mereka berdua. Sungguh serasi. Hana nampak macam ibu kandung Daehyun.
"Kamu patut maafkan Hana, Hana sangat sayangkan Daehyun. Omma rasa dia calon ibu terbaik untuk Daehyun" kata puan Kim pada Doyoung.
Doyoung tersenyum seorang diri mendengar perkataan 'calon ibu' itu.
"Doyoung dah maafkan dia"
Tapi ego.
◈◈◈◈◈
Keesokkan harinya, suhu badan Daehyun sudah kembali normal dan sudah boleh pulang dari hospital.
"Mama, boleh tak jangan tinggalkan Daehyun?" Soal Daehyun.
Hana berasa kesian. Kalau boleh, memang dia taknak tinggal si Daehyun itu. Tapi, atas urusan kerja, dia terpaksa balik terus selepas hantar Daehyun pulang ke rumah.
"Kalau boleh, mama taknak tinggalkan Daehyun. Tapi mama kena pergi kerja" jawapan Hana membuatkan mata Doyoung membulat.
Kerja?
Bukan ke dia dah dipecat?
"Alaa mama, baru je nak main dengan mama" kata Daehyun mencebik.
"Takpa sayang, kalau mama ada masa. Mama datang lawat kamu ya"
Mereka membuat pinky promise sebelum Hana meminta diri dari tuan dan puan Kim untuk pulang.
"Hana!" Panggil Doyoung.
"Ya?"
"Nak saya hantarkan?"
Hana senyum kosong.
"Takpa, bos saya datang ambil" jawabnya dan ingat keluar dari rumah. Tapi Doyoung pegang tangannya.
"Saya hantar" Doyoung berkeras.
"Takpa, bos saya dah nak sampai" Hana hentak tangannya kasar untuk lepaskan pegangan Doyoung.
"Sorry, saya pergi dulu" Hana keluar dari pagar rumah Doyoung, tapi Doyoung tetap mengikutnya.
Beberapa saat kemudian, ada satu kereta Lamborghini hitam berhenti di hadapan pagar rumah Doyoung.
Cermin tingkap dibuka.
Nampaklah satu figura yang berwajah tanpan muncul.
Lee Taeyong.
"Kau?" Soal Doyoung.
"Doyoung, saya pergi dulu" Hana meminta diri, tapi tangannya ditarik lagi.
"Auch, lepaslah!" Adu Hana.
"Yah!" Marah Taeyong. Lalu dia keluar dari kereta dan tarik Hana ke sebelahnya.
"Apa masalah kau?" Soal Taeyong marah.
"Tak sekarang ni, apa kau buat kat rumah aku?"
"Aku datang sini, nak ambil pekerja aku"
Semakin panas Doyoung.
"Oh, inilah bos baru awak tu ya?"
Tapi nasib baik dia kawal percakapannya.
Dia taknak perkara sama berlaku.
"Ya" jawab Hana.
"Ya, aku majikan dia. Dan jangan kau lupa ya, dia tanggungjawab aku. Kau ingat tu. Kau sekarang takda hak apa apa atas dia" jawab Taeyong dengan nada menyindir. Kerana itu adalah ayat yang pernah Doyoung lontarkan padanya ketika dia menjadi majikan Hana dahulu.
"Sudahlah, Hana, jom gerak. Kita ada meeting dengan SM dua jam lagi"
"Baik Encik Lee" Hana segera masuk ke seat penumpang.
"Ingat ya, kau takda hak. Aku pergi dulu"