Sorry ya gais, lambat update. Saya kehabisan stok makanan. Eh sori silap, kebahabisan idea. Kalau part ni mengarut, faham2 sajalah.
Happy reading 💕💕💕💕
Btw, SUPERHUMAN DAEBAK EWAHHHHHH 💃💃💃
Jadi siapa yang belum stream tu pergi stream sekarangggg!!![Hana's POV]
Hari ini aku masuk kerja 30 minit lewat daripada biasa, urgh, sarapan pun aku minum air teh yang Doyoung bancuhkan. Make up pun tak sempat ni kan nak makan.
Rumah Doyoung tu bukannya ada apa-apa pun, rumah seorang pengurus syarikat, duda dan ada seorang anak lelaki. Jadi? Tak perlu barang-barang dapur di rumahnya. Kalau lapar terus keluar makan kat luar ataupun pesan fastfood dan sampai dirumah.
Selepas aku punch card kerja aku, aku terus ke tempat duduk aku. Beberapa saat aku duduk untuk hilangkan letih berlari, tiba-tiba pintu bilik Taeyong terbuka dan keluarlah lelaki mengenakan suit merah hati dan berkemeja putih didalam.
Aduh, nak marah aku sebab datang lewat lah tu.
"Hana, masuk pejabat saya sekarang!" Tengkingnya membuat bahu aku terhinjut, semua staff di situ memandang aku.
"Dhe" Aku terus membuntuti dia dari belakang.
Selepas aku masuk biliknya, dia pusingkan badannya mengadap aku.
Dia hembuskan nafas supaya tenang, "Kenapa Doyoung boleh hantar awak tadi?" Soalnya.
Kenapa dia boleh tahu? Nampak sangat suka stalk aku.
Aku mengetap gigi dan memandang anak matanya yang memandang aku dengan pandangan cemburu.
"Saya terlepas teksi pagi tadi, kebetulan dia ada kat kawasan tu, saya minta untuk dia tumpangkan saya" Tipu aku. Harap-harap dia percayalah. Tapi, apa Doyoung nak buat kat kawasan rumah aku tu pagi-pagi?
Taeyong berdecit dan memeluk tubuh. Dia pandang aku atas bawah.
"Baju awak" katanya, aku tengok baju aku pakai. Elok je, apa tak kena dengan baju aku?
"Kenapa dengan baju saya?"
"Baju awak nampak macam besar sikit, awak pinjam baju siapa??"
Aku menggigit bibir bawahku, apa aku nak jawab ni. Yelah, macam mana dia boleh tak perasan dengan baju yang aku pakai selama ni, biasanya aku pakai baju yang betul-betul fit dengan tubuh aku, tapi ni baju mendiang isteri Doyoung sedikit besar dari saiz aku.
"Ohhh, baju ni? hehe, sebenarnya ni baju lama saya, dulu saya gemuk tau. Pagi tadi, saya lewat jadi saya capai je baju yang ada dalam almari tu" Tipu aku lagi sambil tersengih petak. Haish, semuanya kucar-kacir sebab aku mabuk semalam. Ni semua salah Jaehyun!
"Ohh, i see" Taeyong pandang aku dengan pandangan tak percaya, lalu dia mendekati aku, tiba-tiba matanya tertumpu pada leher aku.
Kenapa dengan Taeyong ni? Byuntae ke apa tengok leher aku macam tu?
Dia dekati leher aku dan sentuh. Aku cepat-cepat tepis tangannya dan jauhkan diri darinya.
"Encik Lee buat apa ni?" Soalku takut.
Dia pegang kedua-dua bahuku dan tengok leher aku dekat-dekat.
"Kenapa dengan leher awak?"
Aku pegang leher aku. Kenapa dengan leher aku? "Kenapa?"
Taeyong merengus kasar, dia tarik lengan aku pergi ke hadapan cermin dinding dalam bilik itu.
"Tengok sendiri" katanya dingin.
Aku pun melihat pantulan tubuhku dalam cermin itu. Aku membelek leher aku and geuss what? Ada kesan keungguan dan merah pada leher aku.
Aku cuba ingat apa yang jadi semasa aku mabuk semalam. Tapi, aku tak ingat apa-apa.
Aku mula cemas, takkan nyamuk gigit sampai kesan begini?
"Siapa yang buat?" Soal Taeyong dingin.
"Nyamuk gigit kot, sebab semalam memang banyak sangat nyamuk kat rumah saya, sampai saya tak boleh tido".
"Awak ingat awak boleh tipu saya? Tu bukan kesan gigitan nyamuk. Tapi tu gigitan bapak segala nyamuk!"
"Ye, mungkin" jawab aku sambil tutup mata memandang lantai akibat Taeyong menengking aku. Lagi. Kenapa dia sampai nak tengking-tengking aku banyak kali harini.
"Siapa!!!" Dia tolak bahu aku sampai aku bersandar di dinding dan dia mengunci pergerakan aku .
"S-saya t-tak t-tahu" jawabku sambil tolak dada Taeyong jauh dari aku. "Semalam saya mabuk, saya tak sedar", sambungku.
Taeyong perlahan-lahan jauhkan dirinya. "Saya tahu saya bukan sesiapa bagi awak, tapi, saya risaukan awak" katanya dengan nada perlahan, dia memberi aku pandangan redup. Tiba-tiba saja dia go soft, aku jadi blushing.
Aku diam, sampailah dia mengusap pipi aku dan senyum pada aku. "Awak tak apa-apa kan? Maksud saya, takda orang buat benda bukan-bukan kat awak?" Soalnya membuatkan aku mendongak melihatnya.
Aku angguk "Takda, sebab Doyoung-" Aku cepat-cepat menutup mulutku dengan tangan. Dah kantoi keluar dengan Doyoung. Alamak!
"Apa? Doyoung? Jadi awak dengan dia ad-" belum sempat Taeyong habiskan ayatnya. Aku terus memotong.
"Encik Lee, saya rasa saya patut pergi buat kerja saya dulu" aku cepat-cepat bow and lari keluar.
Keluar je bilik Taeyong. Aku hembuskan nafas lega.
Bukan aku taknak bagitahu aku keluar dengan Doyoung. Tapi aku taknak dua orang tu gadoh, aku tahu sangat yang Taeyong ni anti Doyoung dan Doyoung pula anti Taeyong. Hmm, susah.
[End Hana's POV]
[Taeyong's POV]
Aku menumbuk dinding pejabatku geram.
Doyoung dan Hana dah bersama. Takda guna lagi aku simpan perasaan aku ni terhadap Hana.
Tapi, kenapa perempuan yang aku suka mesti berkenan kat si arnab tu. Aku ni tak kacak ke?
Aku cermin diriku dalam cermin. Hm, aku rasa aku lagi kacak dari si arnab tu.
Err, apa apa jelah. Baik aku buat kerja aku ni dulu dari pikir benda yang tak mendatangkan hasil.
[End Taeyong's POV]