6 ◈

1.5K 153 40
                                    

[Hana's pov]

"Urmm sejuknya" monolog-ku dalam mata tertutup. Aku sebenarnya dah bangun dari tidur tapi masih liat nak buka mata. Aku tarik selimut ke atas membalut tubuhku. Aku mengiring ke sebelah kiri untuk memeluk bantal peluk aku tapi, apa yang aku dapat ialah eh kejap. Ini macam, badan orang?

Aku segera membuka mata.

"Tuan Kim!" Kataku separuh menjerit dan aku lepaskan pelukan. Mujur saja dia tidur mati. Aku menatap mukanya yang sedang tidur. Dia nampak penat. Sangat. Yelah, anak lagi, kerja lagi. Bini pula takda. Hmmm.

Oh ya, lupa nak bagitau. Semalam aku menginap di rumah Tuan Kim. Disebabkan Daehyun mengada nak aku tidur dengan dia so aku ikut. Tak sangka pula dia nak papa dia tidur sekali dengan dia juga.

Tahu tak, aku sekatil dengan tuan Kim?

Tapi kami tak buat apa apa. Daehyun jadi penghalang.

Aku disini hanya untuk Daehyun. Bukan papanya.

Dan aku teringat sesuatu. Mana Daehyun? Bukankah dia yang tidur diantara kami?

Aku turun dari katil dan mencari Daehyun.

Sampai di sofa dalam bilik itu, ada satu figura kecil sedang tidur atas sofa itu.

"Aigoo, kat sini rupanya kamu" aku kearahnya.

Aku tersenyum melihat dia sedang memeluk bantal yang saiznya lebih besar dari dia dan dia juga nampak kesejukan.

Aku ke katil dan ambil selimut kecil yang dia punya, dan aku selimutkan dia.

Aku membelai rambutnya, aku baru je kenal Daehyun seminggu. Tapi kami dah rapat macam anak dan emak.

"Daehyun!" panggil tuan Kim. Aku berpaling arah tuan Kim dan membuat isyarat diam. Dengan meletak jari telunjuk aku di bibir.

"Shhh, Daehyun tidur sini"

Doyoung yang mamai sedikit itu angguk dan turun dari katil ke arah aku dan Daehyun.

"Kenapa dia boleh tidur sini?"

"Saya pun tak tahu tuan Kim, saya bangun je dia dah kat sini"

"Ohh"

Kami berdua diam. Doyoung pandang aku atas bawah.

"Baju ni sesuai dengan awak" katanya, aku dah mula blushing. Baju yang aku pakai ni baju milik arwah isterinya. Tak sangka padan dengan aku.

"Dhe" aku tak mampu kata apa apa ni. Dah blushing teruk.

"Awak dah boleh nak siap-siap, nanti Daehyun saya uruskan. Lepas tu kita keluar breakfast and hantar awak balik"

"Baiklah tuan Kim. Saya mintak diri dulu" pintaku sebelum keluar dari bilik itu dan ke bilik tetamu kerana aku letak barang-barang dan pakaian aku di situ.

"Hana.. "

Aku pandang tuan Kim dengan pandangan tanda tanya.

"Hm?"

"Kalau luar office, just panggil saya Doyoung"

Huh? Apa pula tuan Kim ni.

"Kenapa? Tuan Kim kan bos saya, tak sopan laa panggil bos macam tu"

"Bos kalau dalam office. Sekarang dah luar office dan bukan waktu berkerja. Panggil saja saya Doyoung"

"Tapi tuan Kim, saya muda dari tuan"

"Panggil saya oppa"

"What?!" Soalku sedikit menjerit. Kenapa tiba tiba oppa?

Tuan Kim tergelak. "Gurau sajalah. Panggil Doyoung je"

Aku ketawa fake.

"Baiklah tuan Kim" Doyoung memberi pandangan tajam.

"Do-young... "







[End Hana's pov]




SKIP.

Beberapa hari kemudian, di office Doyoung.

"Mama, nak tak mama jadi kawan nenek?" Soal Daehyun sambil bermain patung ikan jerungnya.

Doyoung yang sedang menaip sesuatu di laptopnya mengangkat kepala melihat ke arah mereka berdua.

"Nenek?"

"Ya, nenek Daehyun. Dia yang nak papa cari mama baru!" Kata Daehyun semangat. Doyoung dah cemas. Habis rahsia dia bongkarkan.

Dah laa pagi tadi hampir saja bongkar rahsia papa dia yang mengigau sebut nama Hana. Mujur saja Doyoung cepat-cepat tutup mulut anaknya.Sekarang pasal nenek pula.

"Ohhh" Hana tergelak paksa. "Mestilah nak" jawabnya. Author tak tahu laa ikhlas ke tidak.

"Betul ni mama?" Soalnya teruja sampai lompat naik atas riba Hana.

"Ye betul"

"Yeyyy! Papa kata nenek dan atok dah nak balik sini. Boleh lah mama jumpa nenek! Dan kawan dengan nenek! Yeyyyyyy!" Gembira betul dia. Tapi si Hana pula yang tak rasa begitu gembira sebab kenapa pula dia kena kawan dengan orang tua?

"Yeyy! Tak sabarnya nak jumpa kawan baru mama!" Balas Hana untuk gembirakan budak itu. Bukan dia taknak gembira dan bukan dia tak suka juga. Tapi dia takut dengan perasaan dia. Dia takut kalau orang-orang kesayangan Daehyun tak sayang dia sebagai mana dia sayangkan Daehyun. Terutamanya Doyoung.

Tiba-tiba Doyoung hampiri mereka dengan senyuman lekang di bibir. "Awak nak ke jumpa nenek dan atok dia?". Soalan ini buat Hana terdiam.

"Mestilah mama nak!" Balas Daehyun lalu dia mencium pipi Hana. Ini membuatkan pipi Hana memerah, bukan sebab Daehyun cium pipi dia. Tapi sebab Doyoung yang sedang merenung dia.

Doyoung pun mengambil Daehyun dari dukungan Hana dan cium muka Daehyun berkali-kali.

"Nanti kita bawa mama jumpa nenek dan atok"

"Yeyyy! Jumpa nenek atok!!!" Sorak Daehyun sambil mengangkat tangannya ke atas. Doyoung pun turut bersorak dan menari dengan anaknya kerana gembira.

Hana hanya senyum melihat mereka berdua. Dia tak tahu nak gembira ke tidak sekarang ni. Jumpa mak bapak Doyoung? Sebab jadi mama pada Daehyun dan mahu berkawan dengan nenek Daehyun?

Dan...

Tak lebih dari itu.

Itu membuatkan fikirannya bercelaru sekarang.














🎊🎊🎊🎊🎊🎊🎊🎊🎊🎊🎊

HAPPY BIRTHDAY JEFFREY!!!!

URI CZENNIES VALENTINE BOIII 🌱💚

URI CZENNIES VALENTINE BOIII 🌱💚

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


#HAPPYJAEHYUNDAY

💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚

i want a mama!Where stories live. Discover now