25 ◈

1K 119 15
                                        

Setelah beberapa minggu, Taeyong akhirnya mendapat restu dari pihak keluarga Seulgi. Jadi, bolehlah perkahwinan mereka dijalankan.

"Taeyong, macam mana dengan gaun ni?" Soal Seulgi selepas mencuba gaun pengantin yang ke-lapan itu.

Taeyong yang sibuk dengan henfonnya berhenti untuk memandang Seulgi.

"Wah cantiknya dia" monolog Taeyong, jantungnya berdebar-debar. Tanpa disedari, apakah perasaan itu?

"Taeyong! Okey ke tak gaun ni? Saya dah letih lah cuba semua ni. Awak dari tadi duduk, main fon je, awak takda pulak pergi pilih baju. Awak yang nak kahwin ke-"

"Ambil yang ni" Taeyong memotong omelan Seulgi, lalu dia berdiri dan pergi memilih tuxedo-nya.

Seulgi memandang dirinya pada pantulan cermin. Senyumannya hilang apabila sedar bahawa perkahwinan ini adalah satu lakonan.

"Kau boleh buat Seulgi! Jangan terlalu berharap yang dia akan suka kau".

Manakala di bilik salinan,

Taeyong memegang dadanya yang berdegup kencang.

"Kenapa ni?" Soal dia sendiri.

"Takkanlah sebab tengok dia pakai baju pengantin dah buat aku jatuh cinta? Dia sihir aku ke?".

Taeyong menggeleng kepalanya laju.

"Tak, mana boleh macam tu. Kat korea mana ada sihir-sihir ni"

Zimzalabim~

Kemudian, Taeyong pula mencuba pakaian yang dipilih.















Setelah beberapa jam, mereka selesai membeli baju kahwin mereka. Sekarang tiba masanya untuk membeli cincin kahwin.

"Selain cincin? Awak ada nak apa apa lagi?" Soal Taeyong apabila sampai di depan kedai eksesori perkahwinan.

"Takda"

"Kalau adapun, nak awak cintakan saya je" sambung Seulgi, tapi di dalam hati.

"Okey jom" dia bawa Seulgi masuk ke dalam kedai itu. Kedai itu dari luar nampak biasa-biasa sahaja. Tapi bila masuk je dalam, wah, sangat mewah, eksesori yang dipamerkan untuk jualan juga berada dalam peti kaca yang diterangi lampu dan dijaga dengan baik.

"Ye cik, boleh saya bantu?" Soal seorang pekerja disitu bernama Qian Kun.

"Saya nak beli cincin kahwin" balas Taeyong sambil melihat pelbagai bentuk cincin yang berada di dalam meja kaca itu.

Kun mengeluarkan koleksi cincin berpasangan untuk Taeyong dan Seulgi. Seulgi hanya melihat cincin-cincin itu dengan pandangan kosong manakala Taeyong perhatikan satu-persatu bentuk permata cincin itu sebelum mengambilnya.

"Awak nak yang mana?" Soal Taeyong pada Seulgi.

"Mana-mana pun boleh" balas Seulgi ringkas. Lalu, Taeyong mengambil sebentuk cincin permata lalu diberi pada Seulgi.

"Cuba ni"

Seulgi ambil cincin itu dan sarungkan pada jari manisnya.

"Hmm okeylah"

"Okey?" Soal Taeyong, senang betul belikan cincin, baju, barang-barang keperluan kahwin untuk Seulgi. Dah la tak banyak ragam. Terima je apa yang Taeyong pilih. "Memang dia ni lain dari yang lain"

"Ye okey? Kenapa? Awak tak suka yang ini?"

"Eh tak, ini kan cincin kawin kita, kenalah pilih yang betul-betul awak suka. Takkan awak dah tengok satu ni awak okey je?"

i want a mama!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang