[Doyoung's pov]
Aku senang sekali melihat Hana dan Daehyun mesra, dah seperti ibu dan anak mereka itu.
Tapi Hana gelarkan dirinya 'saya' semasa bercakap dengan Daehyun. Itu menunjukan Hana masih janggal dengan Daehyun.
Dan tadi, aku takda niat pun nak marahkan Hana. Aku tahu dia tak sedia untuk jadi 'mama' kepada Daehyun. Tapi cubalah faham perasaan budak yang baru nak berkomunikasi dengan orang asing dalam hidup dia.
Daehyun tak pernah bersemangat untuk jumpa sesiapa pun kecuali nenek, atok dan paklong dia je. Tapi di mata Daehyun, Hana ini nampak istimewa seperti nenek, atok dan paklong dia.
Aku membelai rambut Daehyun yang sedang lena tidur di sebelahku. Dia nampak gembira sangat waktu dia tidur. Mungkin sedang mimpi Hana.
Kalau betul, aku sedikit cemburu sebab aku sangat sukakan perwatakan baik dia. Sesuai sangat untuk jadi mama kepada Daehyun.
Aku tersenyum pada Daehyun dan cium ubun-ubunnya.
"Sweet dream sayang"
◈◈◈◈◈
Harini ini aku bawa Daehyun ke pejabat lagi. Tapi kami masuk lewat lah sikit sebab kami pergi breakfast dulu. Biasalah hidup takda bini ni. Kena laa breakfast kat luar. Kalau omma aku ada kat Korea, aku pergi hantar Daehyun ke sana dan omma pasti ajak breakfast. Jadi begitu laa rutin hari hari aku.
Sampai saja di pejabat. Daehyun turun dari dukungan aku dan masuk ruang office aku.
"Mama!!!" Jeritnya. Aku tergelak kecil. Patutlaa tak sabar sangat. Nak jumpa Hana rupanya.
Dia keluar ke arahku.
"Papa, mana mama?" Soalnya teruja ingin tahu dimana Hana.
Honestly, aku pun tak pasti sebab kita baru je sampai. Aku tengok di mejanya dia juga tiada. Pergi manalah dia.
"Tuan?" Aku berpaling ke arah pemilik suara.
"Ya Yoonji, mana Hana?" Soalku.
"Ohh, Hana ke tandas tuan. Ada apa apa yang tuan nak ke?"
Ada, aku nak tengok Hana.
Eh.
"Takpa, cuma suruh Hana masuk office saya kalau dia datang sini balik okay"
"Baiklah tuan"
Aku terus masuk dan bawa Daehyun yang merengek mencari Hana ke dalam office.
Susah betul budak ni. Macam dilamun cinta pun ada.
Tapi dia budak. Mana tahu perasaan itu wujud.
[End Doyoung's pov]
◈◈◈◈◈
"Hana, bos panggil masuk office dia tadi" kata Yoonji kepada Hana selepas dia kembali ke tempat duduknya.
"Oh? Ada masalah apa apa ke?" Soal Hana bingung. Kalau boleh dia taknak jumpa bos dia tu sebab dia masih kecil hati akibat dimarahi oleh bosnya kelmarin.
"Tak, dia cuma nak kau masuk office dia je"
"Okay lah, kejap-kejap lagilah" kata Hana, lalu dia terus melakukan kerjanya. Tapi si minah bawang tu sibuk di tempat Hana.
"Eh Hana, kau ada cer tapi tak bagitau aku ke?" Soal Yoonji. Kan betul tu. Kerja dia nak membawang laa tu.
Hana mendecit "Apa cer? Aku takda cer lah"
"Eleh yelaaa tu, kau ada hubungan apa dengan tuan Kim?"
Hana memutarkan bola matanya.
"Takda apalah!"
"Lepastu? Kenapa anak dia panggil kau mama?"
"Hmm aku tak tahu. Maybe anak dia mesra dengan semua orang, so semua dia panggil mama"
Yoonji membuat muka.
"Tak logik, kenapa aku dia tak panggil mama?"
"Hmm, maybe kau hodoh kot. Hahahhahaha"
"Amboi kau sedap je mulut tu kan"
"Err kau pernah rasa ke?" Soal Hana sambil angkat kening.
Yoonji sinis "Maybe aku tak pernah rasa, tapi tuan Doyoung dah rasa" katanya sambil gelak. Hana sudah memerah mukanya.
"Apa kau merepek ni, bibir aku virgin lagi lah! Dah ah aku pergi kalau kau taknak pergi dari sini" Hana bangun dari tempat duduknya untuk ke office bosnya. Dah stress melayan si Yoonji tu agaknya.
"Oii nak pergi mana tu?" Usiknya lagi.
Hana tidak hiraukan usikan kawannya itu jadi dia ketuk saja pintu bilik tuan Kim.
Selepas dapat kebenaran masuk. Dia terus masuk dan dia rasa ada sesuatu peluk kakinya.
"Mama!"
"Daehyun"
Tanpa Hana sedari, Doyoung tersenyum melihat mereka berdua.
"Mama! Daehyun rindu mama" kata Daehyun selepas Hana mendukungnya dan menghadiahkan satu ciuman di pipi Hana.
"Saya pun rindu Daehyun" balas Hana dan berikan satu ciuman di pipi Daehyun.
Doyoung yang berada di kerusinya terasa sedikit cemburu kerana tidak dapat menerima atau memberi sebarang kiss kepada mereka berdua.
"Daehyun dah breakfast?" Soal Hana. Sekarang dia langsung tak hiraukan bosnya. Yang dia nampak adalah Daehyun.
"Dah!" Jawab Daehyun riang.
"Makan apa?"
"Waffle strawberry!!"
"Wahh sedapnya"
"Lagi sedap kalau mama yang suapkan"
"Hehe, ada ada jelah Daehyun ni" kata Hana lalu dia mencuit hidung Daehyun.
"Ehem ehem" Doyoung berdiri dari duduknya dan hampiri mereka berdua.
Dia mengambil Daehyun dari dukungan Hana. Itu membuatkan Hana rasa terkilan. Dengan raut wajah Doyoung yang serius memandangnya membuatkan dia teringat pasal kelmarin yang dia kena marah dengan Doyoung.
Hana terus memandang lantai. Tak sanggup pandang muka Doyoung lagi. Sungguh dia terasa pasal hal itu.
"Papa! Nak turun" Doyoung menurunkan Daehyun dari dukungannya. Lepas saja dia turun. Dia ke arah mainannya.
Doyoung pandang Hana atas bawah kerana Hana berdiri memandang lantai dan langsung tidak bergerak. Seolah olah kaku dirinya.
Doyoung tersenyum lalu dia duduk di kerusinya dan menyuruh Hana duduk di mengadapnya.
Hana mengikuti arahan bosnya tapi masih tak angkat kepalanya.
"Jadi, apa schedule saya harini?"
Mendengar Doyoung menukarkan cara bercakapnya membuat Hana lega sedikit. Dia mati mati ingat nak kena buang kerja tadi.
"Tengah hari ni pukul 12, ada pembentangan projek dengan jabatan pengeluaran tuan. Itu sahaja schedule tuan setakat ini"
"Baiklah" balas Doyoung sambil menanda sesuatu di bukunya.
"Kalau tak ada apa apa, saya keluar dulu" Hana bangun dan tunduk hormat kepada Doyoung sebelum melangkah keluar.
"Hana"
Langkah Hana terhenti.
"Saya minta maaf sebab terkasar bahasa dengan awak semalam"
Hati Hana sudah berbunga bunga mendengar bosnya meminta maaf. Tapi bunga itu hanya mekar seketika kerana dia cepat cepat kawal dirinya supaya jangan cair dan ingat bahawa dia itu BOS dan dia tidak layak.
"Takpape bos. Saya minta diri dulu"
"Dan terima kasih sebab layan Daehyun"
Hana senyum "Sama-sama" gumam Hana sebelum keluar dari office Doyoung.