"Alah, kau macam laa tak pernah kena reject dengan dia" kata Taeil selepas Taeyong menceritakan segalanya.
"Masalah sekarang ni, dia reject aku tu macam aku ni takda peluang langsung untuk bersama dia. Kau tahu tak? Aku dah buat yang terbaik. Habis romantik dah plan aku. Tapi dia. arghh! Stress!" kata Taeyong sambil kusutkan rambutnya.
"Give up lah Taeyong"
"Aku give up? Excuse me, Taeyong bukan mudah untuk give up"
Taeil menjeling Taeyong. "Suka hati kau lah, aku buat kerja aku dulu" Katanya lalu berjalan ke pintu, sebelum dia membuka pintu itu "by the way, cik Kang tu hot" dia pun terus keluar dari pejabat Taeyong.
"Hot? Celah mana hot dia? Ariana Grande tu betul lah hot"
She's hot.
◈◈◈◈◈◈
"Tumpang tanya, cik cari siapa?" Soal Hana pada Seulgi, kerana dia melihat Seulgi seperti tak tahu hala tuju disitu.
"Sebenarnya saya tak cari siapa-siapa, saya cuma tengok-tengok tempat ni" jawab Seulgi sambil mengukirkan senyuman pada Hana.
"Ohh, cik ni siapa?"
"Saya Kang Seulgi, ahli pemasaran dari W thing, saya telah dihantar untuk berkerja dengan syarikat TY untuk pelancaran produk baru nanti" jelas Seulgi.
"Ohh cik Kang, selamat bertemu cik Kang, saya Jung Hana, sub-setiausaha encik Lee. Marilah saya tunjukkan tempat duduk cik" kata Hana lalu dia terus menuju ke meja kosong iaitu meja cik Kang.
Seulgi mengikut Hana, "Ini tempat duduk untuk cik Kang, selamat bertugas" kata Hana.
"Terima kasih Hana, kalau awak tak tegur saya tadi, saya rasa saya masih pusing-pusing dalam pejabat ni"
"Takda masalah cik Kang. Ni memang kerja saya. Saya minta diri dulu, kalau ada apa-apa boleh cari saya, meja saya dekat dengan pintu bilik encik Lee" lalu Hana ingin pergi dari situ, tapi Seulgi memanggilnya "Cik Jung?"
"Ya?"
Seulgi tersenyum malu, "Em, memandangkan saya first day kat sini, saya takda kawan, apa kata we lunch together?"
Hana membalas senyuman itu, "Mestilah boleh".
SKIP
Lunch time,
Taeyong seperti biasa, tak akan mengalah dan tak akan kalah. Dia keluar dari pejabat dia dan menuju ke meja Hana.
"Hana" panggil Taeyong lembut, dia yang bersiap untuk keluar lunch itu memandang bosnya.
"Ye?"
Maka, mulalah situasi awkward apabila mata mereka bertentangan.
"Jom lunch"
"Tapi encik Lee, saya dah janji dengan cik Kang"
Taeyong memutarkan bola matanya, tangan dicelup dalam poket seluar.
Dengan berat mulut dia membalas. "Bawa dia sekali", yelah, kalau tak buat macam ni. Mana tahu Hana akan tolak permintaannya.
"Betul ke encik Lee?" Soal Hana teruja.
"Ye betul. Panggil dia, saya tunggu kat kereta" kata Taeyong lalu pergi dari situ dengan muka redha.
SKIP
CAFE MAD CITY
"Oh jadi cik Kang selalu datang sini?" Soal Hana, mereka berdua sedang berbual-bual hingga abaikan Taeyong. Malah, tak sedar pun Taeyong ada kat situ.
"Ya, sebab Mark tu boyfriend dia. Jadi saya selalu lah teman dia lepak-lepak kat sini" balas Seulgi, mereka berdua ketawa. Entah apa yang lucu. Biasalah makcik bawang.
Tiba-tiba Hana teringat sesuatu.
"Encik Lee? Bukan ke encik kata cafe ni milik kawan encik?" Soal Hana, Taeyong angguk.
"Jadi, kawan encik tu Mark? Betul ke?"
Taeyong angguk lagi.
Hana menutup mulutnya dengan tangan kerana terkejut dan excited pelik.
Seulgi langsung nampak tak terkejut dengan berita itu, sebab dia dah lama kenal Taeyong sebagai kawan Mark, sebab Mark selalu cerita pasal Taeyong kepada Seulgi dan Yeri, teman wanitanya.
"Wah, maknanya, encik Lee kawan Mark, and Mark boyfriend kawan cik Kang? Wahhh, pertemuan apa ini" kata Hana dengan excited, sambil dia menggenggam tangannya dan pandang atas.
"Tapi kan, kenapa saya tak pernah nampak awak kat sini?" Soal Hana lagi.
"Hmm maybe kita datang lain waktu, saya selalu datang breakfast kat sini" balas Seulgi.
"Oh ya, saya biasanya datang waktu lunch je. Kadang-kadang pergi tempat lain"
Seulgi angguk saja dengar apa yang Hana bualkan. Kemudian mereka sambung makan. Tapi sewaktu mereka bertiga menjamu selera. Taeyong dan Seulgi asyik memandang sesama sendiri. Hana tak sedar pun, dia sibuk dengan makanan dia.
~~~~~~~~
Sorry part ni pendek dan takda part Doyoung ng Daehyun.