[Taeyong's POV]
Aku menatap wajahku di hadapan cermin. Tali leher diikat kemas sebelum betulkan kolar baju.
Hmm, apa aku ni kurang sempurna? Atau si Hana yang tak pandai nilai aku? Semua perempuan yang pandang aku terus tergoda. Tapi 90% daripada mereka tu tergoda sebab duit aku je. Kalau nak yang betul-betul ikhlas sukakan aku. Memang susah.
Haish, aku menyikat rapi rambut sebelum keluar dari bilik.
Aku terus ke kereta aku dan pandu menuju ke pejabat.
Biasanya aku akan menjemput Hana di rumahnya tetapi semalam, dia buat hati lelaki aku ni nak menangis tahu tak? Takpernah aku nangis sebab pompuan reject.
Ha yelaa, nak kena reject macam mana kalau aku tak pernah ngorat pompuan. Pompuan je ngorat aku. Sekarang aku tahu. Betapa pedihnya kena reject. Sorry girls diluar sana yang saya pernah reject secara halus, kasar, sengaja atau tak sengaja dulu.
|| flashback ||
Di HOTEL SIMON.
Aku telah menempah satu ruang makan yang ekspensif dan paling cantik di hotel itu.
Dan itu untuk Hana, hanya untuk Hana. ONLY HANA.
Semua makanan yang dipesan pun special dan layanan oleh pelayan pun paling terbaik. Tambah lagi ada pemain musik dalam ruang itu dan lilin lilin yang mengelilingi segenap ruang itu. Cantik dan romentik.
Semasa aku dan Hana sedang menjamu makan malam kami, aku telah membuat satu kejutan untuknya di mana aku telah menyuruh chef meletakkan sebentuk cincin di atas kek Hana.
Jadi, apabila Hana hendak memakan desert nya. Dia ternampak satu bentuk cincin bermatakan berlian di atas keknya.
"Uh? Taeyong, apa ni?" Soal Hana sambil melihat cincin itu.
Aku senyum.
"Awak suka?"
"Tak, kenapa ada cincin atas kek saya?" Soal Hana. Dia tak faham lagi apa yang aku nak sampaikan.
Aku pun berdiri dan pergi kearahnya. Aku mengambil cincin itu dan lap dengan tisu.
Aku ambil tangannya dan sarungkan cincin itu pada jari manisnya.
"Kawen dengan saya"
"Taeyong... Tapi ni cepat sangat"
"Saya tahu, tapi saya betul-betul cintakan awak"
"Taeyong, saya... Saya tak boleh" dia cabut cincin aku sarungkan tadi.
"Hana, saya ikhlas, saya betul-betul cintakan awak"
Hana berdiri, dia pandang mata aku tepat.
"Saya minta maaf Taeyong. Saya tak boleh suka awak. Saya tak pernah ada perasaan cinta kat awak. Saya tak boleh pura-pura cintakan awak. Saya taknak awak terluka Taeyong. Saya minta maaf. Saya tak boleh terima ni"
Dia bagi balik cincin itu pada aku.
Aku tahu ini terlalu cepat. Tapi, aku perlu lakukan sebelum ia terlewat. Aku taknak Doyoung ambil orang yang aku cinta. Sekali lagi.
|| end flashback ||
"Hot americano and sweet buns"
Hari ini aku breakfast sorang-sorang. Dah lama tak breakfast sorang-sorang camni. Tu pun sebab aku pergi ambil Hana sebelum datang kerja dan pergi sarapan sama-sama. Kalau tak, memang alone la.
