"Apa kata petang nanti kita pergi memancing?" Soal appa Hana kepada bakal menantunya, Doyoung.
"Boleh juga tu, dah lama Doyoung tak buat aktiviti luar macam ni".
"Baguslah, boleh rehat-rehatkan minda sambil menikmati alam semula jadi. Kerja kamu mesti terperap dalam pejabat je kan?" Soal appa Hana membuatkan Doyoung menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Papa, boleh tak Daehyun nak ikut juga" soal Daehyun, dia menarik-narik lengan baju Doyoung supaya Doyoung memberi perhatian kepadanya.
"Boleh anak papa, tapi jangan nakal-nakal tau" balas Doyoung sambil mengusap kepala anaknya.
"Aigoo, cucu atok nak ikut ya. Boleh-boleh, tapi kalau kena gigit nyamuk jangan nangis ya" gurau atoknya sambil mencubit pipi tembam Daehyun.
"Daehyun kuat! Daehyun tak nangis" balas Daehyun sambil mencebik membuatkan dua lelaki dewasa itu ketawa.
"Yelah tu kuat" kata Doyoung sambil ketawa. Cebikkan Daehyun makin menjadi-jadi. Hinggakan dia turun daripada sofa dan berlari ke dapur mencari mamanya.
"Mama!"
"Ya sayang kenapa ni?" Hana rendahkan tubuhnya untuk samakan ketinggiannya dengan Daehyun.
"Papa, atok. Buli Daehyun!" Hana ketawa kecil melihat perangai Daehyun yang comel ni. Caranya melaporkan dia kena buli oleh papa dan atok dia tu nampak comel. Pipi merah, mulut dimuncungkan dan mata tu dah mula berair.
Hana mengusap kepala Daehyun dan angkat Daehyun ke dukungannya.
"Omma, Hana ke ruangtamu kejap" kata Hana sebelum meninggalkan ommanya di dapur.
"Kesiannya anak mama, jom kita buli papa dengan atok balik ya" kata Hana untuk memujuk Daehyun. Daehyun angguk sambil mengelap air matanya yang menitis dipipi menggunakan tangan.
Setelah mereka di ruangtamu, Hana terus ke arah Doyoung untuk buli Doyoung. Yelah, takkan Hana nak buli ayah dia pulak.
"Doyoung, kenapa awak buli anak saya hah! Tengok ni dah nangis" Kata Hana dengan nada serius tapi realitinya dalam hati itu tak tahan nak ketawa.
"Bila masa pula saya buli anak awak yang manja ni" balas Doyoung sambil gelak.
"Aigoo, cucu atok nangis ya? Kena gigit nyamuk ke?" soal atoknya, dia ke arah Hana untuk ambil Daehyun atas dukungan Hana. Tapi Daehyun taknak menyambut tangan appa Hana bila appa Hana mahu mengambilnya.
Daehyun memeluk leher Hana kuat. Wajahnya disorokkan dileher Hana.
"Appa, Doyoung dah, kesian budak ni. Nangis teruk dah ni" kata Hana, kali ini dia serius bila leher dia tu dah basah akibat air mata Daehyun.
Doyoung dan appa Hana berhenti ketawa. Doyoung bangun dari Sofa untuk mengambil Daehyun dari dukungan Hana.
"Meh sini"
Kali ini Daehyun pergi ke papanya. Doyoung mengelap air mata yang membasahi pipi anaknya, Belakang Daehyun diusap perlahan untuk redakan tangisannya.
"Macam mana nak ada adik kalau abang manja macam ni?" soal Doyoung pada Daehyun.
"Daehyun tak manja kalau ada adik! Daehyun akan jadi kuat untuk adik! Tapi sekarang adik takda" balas Daehyun. Pipi dicuit oleh Doyoung.
"Menjawab pandai" kata Doyoung geram. Hana dan appanya ketawa.
"Betul juga tu, diakan adik sekarang. Sebabtu lah dia manja. Jadi, Doyoung Hana, jadikan Daehyun abang secepat mungkin" kata appa Hana membuatkan Hana dan Doyoung tersipu malu.
