[No one POV]
Di rumah Doyoung.
"Papa!!! Bila Daehyun boleh jumpa mama Hana lagi?" Soal Daehyun setelah Doyoung sedar dari tidur. Iya, harini hari minggu. Why not membuta sampai tengah hari. Anak pulak yang kejutkan bapak bangun pagi.
"Papaaa! Bangun lah cepat!"
Doyoung bangun dari baringan dan memisat-misatkan matanya.
"Papa dah bangun lah ni" jawabnya.
"Papa, Daehyun rindu mama Hana" kata Daehyun sambil membuat muka sedih. Papanya memeluk dan mencium pipi anaknya.
"Papa pun rindu mama Hana"
"Papa tiap tiap hari jumpa mama Hana, takkan rindu lagi?"
Doyoung mengusap kepala anaknya. Bijaknya budak ni.
"Memanglah jumpa hari-hari. Tapi mama Hana dah tak perdulikan papa"
Daehyun bercekak pinggang. Muka nak marah. Tapi jadi comel pulak.
"Mama tak perdulikan papa? Sampai hati mama!"
"Kan, sampai hati mama" balas Doyoung dengan pura-pura nangis.
"Daehyun nak jumpa mama! Daehyun nak mama minta maaf dengan papa!"
Doyoung bagi reaksi terkejut. Sejak bila anaknya jadi wira dia ni.
"Mama kena minta maaf dengan papa sebab buat papa sedih! Daehyun tak boleh biarkan papa Daehyun sedih"
Alahh Doyoung pura-pura sedih je. Sedih sebab takleh pikat Hana. Lagi-lagi ada saingan. Bukan sebab Hana tak perdulikan dia.
"Papa takpape lah Daehyun. Mama sibuk je, sebab tu dia takda masa dengan papa"
"Betul ke ni papa?"
"Betul sayang"
Daehyun senyum. Aish comel.
"Daehyun tahu mama takkan buat papa sedih"
Doyoung peluk anaknya.
"Ha'a"
"Tapi papa, bila Daehyun boleh jumpa mama?"
◈◈◈◈◈
"Mamaaaaaa!"
"Daehyunnnnn!"
Mereka berdua berpelukan.
"Daehyun rindu mama Hana"
"Mama pun rindu Daehyun" Hana memberi satu ciuman di pipi Daehyun. Lalu dia mencubit pipi Daehyun.
"Kenapa nampak makin kurus ni, papa tak bagi makan ke?" Soal Hana pada Daehyun tapi yang jawabnya bapak Daehyun.
"Papa bukan tak bagi makan. Tapi Daehyun ni yang taknak makan. Nak mama Hana katanya"
Muka Hana memerah malu.
"Daehyun rindu mama" kata Daehyun, Daehyun masih atas dukungan Hana dan sambil memeluk Hana. Hal ini sentiasa membuat Doyoung cemburu dengan anak sendiri.
Hana membelai rambut Daehyun lembut.
"Mama pun rindu Daehyun. Tapi Daehyun kena makan, nanti sakit"
"Baik mama!" Jawabnya semangat. Lalu mereka pun meneruskan family date mereka dengan menghabiskan masa bersia-sia di taman permainan berdekatan sungai Han itu.
◈◈◈◈◈
"Hmm Hana jagakan Daehyun kejap, saya nak pergi toilet" kata Doyoung kepada Hana. Lalu, Doyoung pun berlari mencari tandas di kawasan taman itu.
"Mama, Daehyun nak aiskrim" kata Daehyun sambil menarik tangan Hana untuk ke satu basa aiskrim.
"Ye ye, baiklah"
Sampai di basa itu, Daehyun mula memesan perisa yang dia mahu. Pakcik yang menjual aiskrim itu sibuk membuat pesanan Daehyun.
"Nah aiskrim adik" kata pakcik aiskrim sambil menghulurkan satu kon aiskrim perisa vanilla kepada Daehyun.
"Barapa ya cik?"
"3 ringgit"
"Kejap ya cik"
Hana melepaskan pegangan tangan Daehyun dan mula mencari beg duitnya. Tapi susah pula nak jumpa.
Tanpa disedari, mata Daehyun tertangkap sesuatu yang menarik dari seberang jalan berdekatan taman itu. Iaitu belon-belon berterbangan yang pelbagai warna dan bentuk.
Dengan keadaan Hana yang sibuk mencari beg duitnya dalam beg tangannya dan pakcik aiskrim yang sibuk dengan pelanggan lain. Daehyun mula berjalan melintas jalan tanpa melihat kiri kanan.
"Nah cik duitnya, sorry lambat" kata Hana sambil menghulurkan duit itu pada pakcik aiskrim.
"Jom Daehyun" dia tengok sebelah dia.
"Daehyun?" Hana mula cemas kerana tiada bayangan Daehyun ditepinya. Dia pandang sekeliling.
Daehyun takda.
"Pakcik, ada nampak budak kecik tadi yang dengan saya pergi mana?" Soal Hana pada pakcik aiskrim.
"Maaf cik, saya tak perasan pula dia pergi mana" jawab pakcik aiskrim.
Hana makin cemas.
"Takpa cik, terima kasih" kata Hana, dia terus pergi mencari Daehyun.
Hana berjalan beberapa langkah, lalu dia ternampak susuk tubuh kanak-kanak yang mahu melintas dan dari jauh, ada sebuah kereta yang sedang laju meluncur di jalan raya.
Kalau Daehyun tak sempat elak atau kereta itu tak break. Mungkin Daheyun akan dilanggar oleh kereta itu.
Pittpitttttt!
Daehyun kaku mendengar hong itu.
Hana cepat-cepat berlari ke arah Daehyun. Tapi tak sempat sampai kerana Hana jauh.
"Daehyun!" Panggil seseorang dan yang pasti bukan Hana.
Orang itu adalah Doyoung.
OMG DOYOUNG!
Doyoung pantas menangkap anaknya, nasib saja Doyoung cepat. Kalau tidak anaknya sudah dilanggar.
Habis aiskrim ditangan Daehyun tadi jatuh.
Kesian Daehyun, lain kali beli lagi ya. Takda rezeki kali ni.
"Tuan Kim! Daehyun!!!" Jerit Hana.
Dia terkejut melihat aksi spiderman Doyoung menyelamatkan anaknya.
Hana berlari menuju ke arah mereka yang terguling atas tar.
"Tuan, Daehyun tak pape?" Soalnya cemas.
Lengan kiri Doyoung luka kerana terseret tar, dan Daehyun selamat tak terluka apa apa.
Hana cuba menolong Doyoung bangun. Tapi Hana pula ditolaknya rebah.
"Auch!"
"Papa! Kenapa tolak mama?" Soal Daehyun terkejut melihat kelakuan papanya.
"Aku suruh kau tengokan anak aku kejap pun kau tak boleh ke?" Marah Doyoung. Hana tergamang.
Doyoung berdiri dengan tenaganya sendiri.
Hana pun berdiri.
"Saya min-"
"Jom Daehyun kita balik!" Ajak Doyoung. Lengannya yang berdarah dia biarkan begitu saja.
"Tuan Kim! Saya mintak maaf" Hana cuba meminta maaf lagi. Tangan Doyoung ditarik.
Doyoung menarik tangannya kembali.
"Kalau macam nilah sikap kau! Cuai, tak amanah! Aku takkan bagi Daehyun dekat dengan kau! Kau bahayakan nyawa dia!" Kata-kata Doyoung membuatkan Hana hendak menangis.
Apa salah Hana? Budak tu yang pergi macam tu je tadi. Kenapa nak salahkan Hana teruk sangat macam ni?
"Tuan..." Hana menangis selepas ditinggalkan macam tu je.
"Mungkin betul kata tuan Kim, aku cuai, aku tak amanah"'