"Ada apa awak nak jumpa saya?"
"Doyoung! Betul ke kita tak buat apa-apa malam tadi?" Soal Hana dengan nada yang masih sabar. Kalau tak sabar, dah terpelanting meja dalam cafe MAD CITY ini. Wuish, MAD LIFE MAD LIFE MAD LIFE~
Doyoung menghirup hot coffee nya sebelum menjawab soalan Hana.
"Hmm, kita takda buat apa-apa. Tapi awak yang buat nafsu saya naik semalam. So, saya ter-buat sesuatu kat awak"
Muka Hana merah padam "Sesuatu? Maksud awak? Lebih dari gigitan nyamuk besar kat leher saya ni?" Katanya sambil menunjuk kesan ungu di lehernya.
"Tak lebih pun, sebab saya boleh kawal nafsu saya dan saya taknak ambil kesempatan pun kat awak. Hmm, tapi tulah, awak yang goda saya. Sepatutnya awak yang kena bertanggungjawab ke atas saya" balas Doyoung sambil bersandar pada kerusi dan berpeluk tubuh.
"What?" Hana tiba-tiba jadi bengang dengan Doyoung, kenapa pulak nak bertanggungjawab. Apa yang dia buat?
"Awak cuba rogol saya tau, kalau saya pregnant macam mana?" Soal Doyoung. Hana menekup mulut Doyoung dengan tangannya.
"Apa awak cakap ni? Malu lah orang dengar"
Doyoung alihkan tangan Hana dari terus menekup mulutnya.
"Kenapa? Takut?"
"Bukan macam tulah, haish" pandangan sinis Doyoung membuatkan Hana hilang kata.
Tiba-tiba Doyoung tergelak kecil melihat Hana yang sedang mencebik.
"Hey, janganlah macam ni. Saya bergurau jelah. Cuba pikir logik sikit. Mana ada lelaki pregnant kalau buat dengan perempuan"
Hana diam. Bodohnya diperbodohkan.
"Dan, saya tak buat lebih dari tinggalkan hickey kat situ" kata Doyoung dan dia menunding jari sekilas di leher Hana.
"Saya minta maaf okay, saya yang bersalah. Saya tak patut buat apa-apa kat awak masa awak mabuk even awak yang goda saya" sambung Doyoung, dia memandang Hana yang mula mendongak melihatnya.
Muka Hana kemerah-merahan. Tak tahu sama ada marah atau malu.
Pertama, dia marah sebab dia diperbodohkan, tapi dia tak rasa marah sebab Doyoung tinggalkan hickey di lehernya. Dia juga tak faham kenapa, tapi bila tahu kesan itu dari Doyoung, dia jadi tak marah, malah suka pula. Dan kedua, dia malu sebab Doyoung ni sweet sangat. Auchh. Nak move on tak pernah jadi. Asyik move off je.
"Awak maafkan saya tak?" Soal Doyoung lagi.
"Tak!" Kata Hana lalu berpeluk tubuh. Ego.
"Aaa waeee?" Soal Doyoung dengan nada suara ngada-ngada.
"Sebab awak lah, saya kena tengking dengan Taeyong" kata-kata Hana membuatkan Doyoung tersentap bercampur marah.
"Taeyong?"
"Ha'a, dia tengking saya sebab nampak nyamuk besar gigit ni"
Doyoung memutarkan bola matanya keatas.
"Dia jeles ah tu. Kalau itu boleh buat dia jeles. Satu tubuh saya letak nanti" kata Doyoung main-main. Hana memukul perlahan lengan Doyoung. Tapi dia suka gurauan itu.
"Yah! Awak jangan bukan-bukan eh, saya report polis nanti!"
"Apa bukan-bukan. Saya serius. Saya suka tengok dia jeles tau"
"Haish, Doyoung!"
"Apa!?"
Lalu mereka berdua bertepuk tampar sambil gelak ketawa tanpa mereka sedari ada seseorang yang sedang perhatikan mereka.
◈◈◈◈◈
"Mereka nampak sesuai bersama kan?" Soal seseorang membuatkan Taeyong segera berpaling melihat pemilik suara tersebut.
"Apa? Tak sesuai langsung!" Balas Taeyong lalu dia pergi ke arah sudut bertentangan dengan meja Doyoung dan Hana. Tak mahu ganggu pasangan sedang bermesra lah katakan.
Orang itu mengikut Taeyong dan duduk mengadap Taeyong.
"Kenapa awak ikut saya?" Soal Taeyong dingin.
"Sebab saya nak tanya encik Lee sesuatu"
"Kalau hal kerja, bincang kat pejabat sajalah. Sekarang waktu lunch, saya nak tenangkan fikiran"
"Bukan hal kerja, tapi hal pribadi"
Taeyong mendengus sebelum menyoal "Apa?" Soalnya acuh tak acuh.
"Sebenarnya saya bukan nak masuk campur urusan encik Lee. Tapi, sejak saya kerja dengan syarikat encik. Saya terperasan sesuatu. Encik Lee suka cik Jung? Atau perasaan saya je"
Taeyong menghempap tangannya atas meja membuatkan pelanggan yang duduk berhampiran berpaling ke arahnya.
"Cik Kang" Taeyong menghembus nafas berat. "Awak macam tahu je perasaan saya sekarang" sambung Taeyong. Mukanya mula panas dan tubir matanya dilimpahi dengan cecair putih.
"Encik Lee? Kenapa ni?" Cik Kang atau Seulgi mula panik. Dia terkejut melihat Taeyong yang hampir menangis. Dia cepat-cepat menukar tempat duduknya dah duduk disebelah Taeyong dan cuba tenangkan bosnya itu.
"Encik Lee, saya minta maaf. Tak tahu pula soalan tadi sensitif sangat"
Taeyong cuba menahan dari air matanya jatuh. Lelaki kan, gentle lah sikit. Taeyong ni nampak saja macam hebat, karisma, gentle tapi hati dia lembut sangat bak cotton candy.
"Saya cintakan dia, tapi dia langsung tak bagi peluang kat saya. Kenapa hidup saya selalu malang bab-bab cinta ni cik Kang? Kenapa orang yang suka saya hanya sebab status saya? Bukan sebab ikhlas sukakan saya? Kenapa cik Kang? Kenapa!?" Akhirnya air mata lelaki Taeyong jatuh juga dan kepalanya tiba-tiba dilentokkan atas bahu Seulgi.
Seulgi seperti terkaku apabila Taeyong berbuat begitu kepadanya. Pipinya mula memerah kerana malu. Dia tak tahu apa perasaannya, tapi hatinya berdebar dua kali pantas dari biasa.
"Kenapa cik Kang? Adakah saya ditakdirkan hidup membujang sepanjang hanyat?" Soal Taeyong selepas dia angkat kepalanya kembali. Dia pandang wajah Seulgi yang sedang blushing itu. Tapi dia tak kesah pun, sebab Taeyong bengap bab-bab ini.
"Uh? Tak? Encik Lee janganlah sedih. Mungkin dia bukan jodoh encik" Seulgi mengukirkan senyuman nipis di hujung kata untuk menenangkan Taeyong.
"Kalau bukan dia? Siapa"
"Saya?" Seulgi cepat-cepat menutup mulutnya dengan tangan. Monolognya memaki-maki dirinya kerana terlepas cakap.
"Aduh bodohnya, apa yang aku cakap ni. Tahulah nak pujuk tapi takda lah nak ambil risiko berani mati macam ni"
"Apa? Awak?"
"Tak, em, saya kena masuk pejabat dulu ni. Banyak kerja saya yang belum siap" Seulgi cepat-cepat bangun dari situ dan mengatur langkah keluar dari cafe dengan membawa segelas lemon ais yang dipesan tadi.
Taeyong hanya duduk memandang makanan yang berada di atas meja itu. Nasi goreng bumbu pasta hitam itu langsung tidak disentuhnya akibat sedih punya pasal.
Seulgi pergi meninggalnya keseorangan disitu juga membuatkan dia rasa bertambah sedih.
Taeyong melepaskan keluhan berat sebelum mencapai sudu yang berada dalam pinggan dihadapannya.
"Nampaknya aku kena terima saja calon omma aku pilih"
